SPIRIT OF HUFFAZ - Menerjah DUNIA
BERANI KERANA BERJUANG DI LANDASAN YANG BENAR
hafiz razak
Saturday, December 28, 2013
KELAB MEMANAH DARUL HIJAMAH
Coretan dari seorang teman berkenaan Kelab Memanah Darul Hijamah moga bermanfaat pd semua - http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/menyemarak-sunnah-memanah.html?m=1
Thursday, August 8, 2013
Thursday, July 4, 2013
Tuesday, June 25, 2013
Wednesday, June 19, 2013
DEWAN PEMUDA PAS PANDAN (DPPP) MENYOKONG PENUH USAHA EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMBINA 3 BUAH MAAHAD TAHFIZ SAINS.
KENYATAAN AKHBAR DPPP
DEWAN PEMUDA PAS PANDAN (DPPP) MENYOKONG PENUH USAHA EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMBINA 3 BUAH MAAHAD TAHFIZ SAINS.
Dewan Pemuda PAS Pandan (DPPP) Menyokong Penuh Usaha Exco Hal Ehwal Agama Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Kerajaan Negeri Selangor Al-Fadhil Ustaz Sallehin Mukhyi untuk menyediakan sekurang-kurangnya 3 maahad tahfiz sains kepada rakyat Selangor.
Usaha ini dianggap dapat melahirkan penuntut yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran dan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang seterusnya melahirkan generasi muda yang celik al-Quran yang dapat mengimbangi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Bagi Dewan Pemuda PAS Pandan (DPPP) Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya memenuhi kehendak rakyat yang mahukan perubahan disemua peringkat terutamanya di peringkat pendidikan yang dapat menjamin masa depan anak-anak mereka.
Keberjayaan usaha Kerajaan negeri ini patut disokong oleh semua lapisan masyarakat tanpa memikirkan soal perbezaan politik, oleh kerana perkara ini adalah satu usaha yang sangat baik bagi semua pihak sebagaimana saranan Nabi S.A.W didalam hadisnya : "Sebaik-baik dikalangan kamu adalah seseorang yang mengajarkan al-Quran dan mengajarkannya"
Perkara ini juga boleh dijadikan panduan serta contoh terhadap penyediaan plan pendidikan negeri seterusnya dapat diikuti oleh negeri-negeri lain dalam usaha membangunkan generasi Quran yang unik.
Ini seterusnya dapat membuka peluang kepada Kerajaan Negeri untuk memgadakan kerjasama dengan mana-mana Universiti Luar Negara berhubung dengan program lanjutan yang akan ditempuhi oleh penuntut di maahad tahfiz ini seterusnya dapat mengeratkan hubungan Kerajaan Negeri dengan negara-negara luar.
Dewan Pemuda PAS Pandan (DPPP) juga bersedia membantu usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memberi cadangan bagi tapak lokasi yang sesuai untuk melaksanakan program ini.
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua pihak.
Ustaz Hafiz Razak Al-Hafiz
AJK Dewan Pemuda PAS Pandan (DPPP)
Kenyataan Media 13 Jun 2013 / 3 Syaaban 1434 H
Sunday, May 19, 2013
Monday, May 13, 2013
MELAYU MESTI LAJU BARU MAJU
Ramai yang mengetahui bahawa Piliharaya yang ke-13 adalah pertarungan yang sengit didalam sejarah Politik Tanah Air kita, dengan lihat sendiri peratus keluar mengundi yang telah dilaporkan oleh SPR sehingga mencecah 85% atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen)
Mengikut pecahan antara kaum, Melayu di Malaysia berjumlah 67%, Cina 25% manakala yang selebihnya adalah kaum-kaum lain. Bagi Semenanjung Malaysia, analisis menunjukkan 61.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 9.8% undi Cina dan 33.2% undi kaum India dan lain-lain.
Namun apa yang kita lihat dalam keputusan PRU-13 menunjukkan bahawa jika dijumlahkan peratus yang membuang undi boleh disimpulkan kaum Melayu masih lagi bersama Barisan Nasional manakala kaum Cina, India dan Lain-lain menunjukkan peratus yang sangat sedikit Bersama Barisan Nasional.
Jika di teliti kaum Melayu yang bersama dengan Barisan Nasional kebanyakannya adalah dari luar bandar yang tidak mendapat eksais Internet ataupun maklumat terkini tentang sesuatu yang berlaku di dalam Negara.
Mungkin inilah sebab utama mengapa Dato Najib Razak mentafsirkan bahawa keputusan PRU-13 kali ini adalah Tsunami Cina. Benar pengundi Cina telah melakukan apa yang dipanggil “Total Swing” dengan berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Tetapi sebaliknya keputusan yang diperolehi di Bandar-bandar mahupun Ibu Negeri hanya pekan sahaja yang telah dimenangi oleh Barisan Nasional dengan mejoriti yang besar manakala yang lain hampir 20 bandar-bandar dan Ibu Negeri telah dikuasai oleh Calon Pakatan Rakyat.
Menyedari hakikat ini teringat kata-kata keramat Tun Doktor Mahathir Mantan Perdana Menteri Malaysia yang selalu mengungkap kata-kata “ Melayu mudah Lupa” malah kata-kata itu semakin hari semakin menjadi doa membuatkan melayu terus Layu bersama Barisan Nasional.
Majoriti rakyat dahagakan perubahan, ini boleh dibuktikan dengan 53% rakyat menolak Barisan Nasional dengan undian Populor tyang telah didapati oleh Pakatan Rakyat, tetapi Melayu masih begitu.
Bangsa Melayu harus cepat bangkit bersatu di bawah Pakatan Rakyat mencipta masa depan anak cucu yang lebih gemilang, sudah tiada apa yang boleh diharapkan lagi kepada Barisan Nasional yang kian lama kian karam bersama pemimpin Korupnya.
Sedar sebelum terlambat “ Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa itu sehingga bangsa itu mengubah nasibnya “ (Quran) marilah bersama mengembeling tenaga membina satu bangsa Melayu yang kuat dan disegani oleh bangsa lain sebelum nasib bangsa ini ditentukan oleh bangsa lain.
@UHR
Subscribe to:
Posts (Atom)