hafiz razak

Tuesday, June 25, 2013

KURSUS PERUBATAN ISLAM AL-HIJAMAH

Kepada sesiapa yang berminat boleh sertai kami, penyertaan masih dibuka sehingga sekarang !

Wednesday, June 19, 2013

DEWAN PEMUDA PAS PANDAN (DPPP) MENYOKONG PENUH USAHA EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMBINA 3 BUAH MAAHAD TAHFIZ SAINS.

KENYATAAN AKHBAR DPPP DEWAN PEMUDA PAS PANDAN (DPPP) MENYOKONG PENUH USAHA EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMBINA 3 BUAH MAAHAD TAHFIZ SAINS. Dewan Pemuda PAS Pandan (DPPP) Menyokong Penuh Usaha Exco Hal Ehwal Agama Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Kerajaan Negeri Selangor Al-Fadhil Ustaz Sallehin Mukhyi untuk menyediakan sekurang-kurangnya 3 maahad tahfiz sains kepada rakyat Selangor. Usaha ini dianggap dapat melahirkan penuntut yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran dan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang seterusnya melahirkan generasi muda yang celik al-Quran yang dapat mengimbangi tuntutan duniawi dan ukhrawi. Bagi Dewan Pemuda PAS Pandan (DPPP) Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya memenuhi kehendak rakyat yang mahukan perubahan disemua peringkat terutamanya di peringkat pendidikan yang dapat menjamin masa depan anak-anak mereka. Keberjayaan usaha Kerajaan negeri ini patut disokong oleh semua lapisan masyarakat tanpa memikirkan soal perbezaan politik, oleh kerana perkara ini adalah satu usaha yang sangat baik bagi semua pihak sebagaimana saranan Nabi S.A.W didalam hadisnya : "Sebaik-baik dikalangan kamu adalah seseorang yang mengajarkan al-Quran dan mengajarkannya" Perkara ini juga boleh dijadikan panduan serta contoh terhadap penyediaan plan pendidikan negeri seterusnya dapat diikuti oleh negeri-negeri lain dalam usaha membangunkan generasi Quran yang unik. Ini seterusnya dapat membuka peluang kepada Kerajaan Negeri untuk memgadakan kerjasama dengan mana-mana Universiti Luar Negara berhubung dengan program lanjutan yang akan ditempuhi oleh penuntut di maahad tahfiz ini seterusnya dapat mengeratkan hubungan Kerajaan Negeri dengan negara-negara luar. Dewan Pemuda PAS Pandan (DPPP) juga bersedia membantu usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memberi cadangan bagi tapak lokasi yang sesuai untuk melaksanakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua pihak. Ustaz Hafiz Razak Al-Hafiz AJK Dewan Pemuda PAS Pandan (DPPP) Kenyataan Media 13 Jun 2013 / 3 Syaaban 1434 H