hafiz razak

Sunday, May 19, 2013

Monday, May 13, 2013

MELAYU MESTI LAJU BARU MAJU

Ramai yang mengetahui bahawa Piliharaya yang ke-13 adalah pertarungan yang sengit didalam sejarah Politik Tanah Air kita, dengan lihat sendiri peratus keluar mengundi yang telah dilaporkan oleh SPR sehingga mencecah 85% atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) Mengikut pecahan antara kaum, Melayu di Malaysia berjumlah 67%, Cina 25% manakala yang selebihnya adalah kaum-kaum lain. Bagi Semenanjung Malaysia, analisis menunjukkan 61.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 9.8% undi Cina dan 33.2% undi kaum India dan lain-lain. Namun apa yang kita lihat dalam keputusan PRU-13 menunjukkan bahawa jika dijumlahkan peratus yang membuang undi boleh disimpulkan kaum Melayu masih lagi bersama Barisan Nasional manakala kaum Cina, India dan Lain-lain menunjukkan peratus yang sangat sedikit Bersama Barisan Nasional. Jika di teliti kaum Melayu yang bersama dengan Barisan Nasional kebanyakannya adalah dari luar bandar yang tidak mendapat eksais Internet ataupun maklumat terkini tentang sesuatu yang berlaku di dalam Negara. Mungkin inilah sebab utama mengapa Dato Najib Razak mentafsirkan bahawa keputusan PRU-13 kali ini adalah Tsunami Cina. Benar pengundi Cina telah melakukan apa yang dipanggil “Total Swing” dengan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Tetapi sebaliknya keputusan yang diperolehi di Bandar-bandar mahupun Ibu Negeri hanya pekan sahaja yang telah dimenangi oleh Barisan Nasional dengan mejoriti yang besar manakala yang lain hampir 20 bandar-bandar dan Ibu Negeri telah dikuasai oleh Calon Pakatan Rakyat. Menyedari hakikat ini teringat kata-kata keramat Tun Doktor Mahathir Mantan Perdana Menteri Malaysia yang selalu mengungkap kata-kata “ Melayu mudah Lupa” malah kata-kata itu semakin hari semakin menjadi doa membuatkan melayu terus Layu bersama Barisan Nasional. Majoriti rakyat dahagakan perubahan, ini boleh dibuktikan dengan 53% rakyat menolak Barisan Nasional dengan undian Populor tyang telah didapati oleh Pakatan Rakyat, tetapi Melayu masih begitu. Bangsa Melayu harus cepat bangkit bersatu di bawah Pakatan Rakyat mencipta masa depan anak cucu yang lebih gemilang, sudah tiada apa yang boleh diharapkan lagi kepada Barisan Nasional yang kian lama kian karam bersama pemimpin Korupnya. Sedar sebelum terlambat “ Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa itu sehingga bangsa itu mengubah nasibnya “ (Quran) marilah bersama mengembeling tenaga membina satu bangsa Melayu yang kuat dan disegani oleh bangsa lain sebelum nasib bangsa ini ditentukan oleh bangsa lain. @UHR