hafiz razak

Wednesday, October 5, 2011

Kem Tahfiz Al Quran Sempena Musim Cuti Sekolah 2011

Kem ini diadakan selama TIGA MINGGU pada cuti sekolah penggal terakhir bagi memenuhi permintaan ramai dan menyediakan peluang kepada anak-anak yang sedang bercuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat. Peserta kursus akan diberi pendedahan tentang teknik menghafal surah-surah pilihan dan memahami ayat al-Quran yang khusus. Ia dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap A (umur 9-12 tahun) dan B (umur 13-15 tahun) dan tahap bacaan peserta.

Objektif Kursus
•Memberi pendidikan tentang teknik menghafal al-Quran
•Mendalami ilmu al-Quran
•Memenuhi cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat


Tentatif Program
Tempoh Kursus : 28 Nov 2011 hingga 15 Dis 2011 (Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis)
Masa : 9 pagi hingga 4 petang (rehat 1pm-2.30pm)
Lokasi : No 4, Bazaar Rakyat, Pusat Tahfiz Al-Hijamah, Masjid Al-Azim, Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur.


Maklumat Tambahan
Makanan dan pengangkutan PERCUMA di sediakan untuk para peserta kursus.
Tenaga pengajar berkelulusan dari Maahad Darul Quran JAKIM dan UKM

Anda berminat? hubungi
Ust Hafiz Razak 013-2469027
Ustazah Nisa' 013-2469021
En Khairul Zhafran 013-4926898

Tempat terhad kepada 20 orang peserta sahaja.

No comments:

Post a Comment