hafiz razak

Saturday, January 8, 2011

HAFIZ RAZAK - MAHASISWA SAMBUT BAIK SARANAN TAN SRI ABDUL RAHIM TAMBY CHIK



Saranan yang diberikan oleh Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dalam sinar harian hari ini berkaitan Mahasiswa boleh lakukan transformasi ekonomi Bumiputera akan disambut baik di kalangan mahasiswa khususnya di UKM.

Perkara ini dilihat memberi peluang kepada para graduasi yang masih belum mendapatkan kerja untuk menceburi bidang usahawan dalam pelbagai bidang kepakaran.

Ini juga bertepatan dengan kedudukan Mahasiswa dalam masyarakat yang mana mereka terdiri dari golongan yang terpelajar seterusnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membantu masyarakat seterusnya meningkatkan ekonomi nagara.

Contoh yang boleh diberikan menunjukkan keseriusan pihak pentadbiran UKM untuk mengetengahkan perkara ini kepada para Mahasiwa boleh dilihat apa yang berlaku di Fakulti Pengajian Islam UKM sendiri yang telah menubuhkan Kelab Usahawan yang diurus atur oleh Mahasiswa sendiri.

Bidang keusahawanan ini juga dapat memberikan satu suppliment degree kepada mereka sebagai satu nilai tambah untuk berbakti kepada negara Malaysia tercinta seterusnya menghembuskan sifat patriotisme kepada rakan dan masyarakat dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.

BerGM Lebih Baik..
HAFIZ RAZAK

No comments:

Post a Comment