hafiz razak

Wednesday, May 26, 2010

JAWAPAN KEPADA KENYATAAN PRESIDEN PMUKM BERKAITAN 4 ORANG MAHASISWA YANG DIDAKWA

Menjawab kenyataan yang diutarakan oleh PRESIDEN PMUKM Saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin terhadap dakwaan yang dilemparkan keatas empat orang Mahasiswa UKM dari jurusan Sains Politik iaitu Saudara Ismail Aminuddin, Hilman Idham , Woon king Chai, dan saudari Azlin Shafina Adzha, Tuan PRESIDEN diingatkan berpijak dibumi yang nyata apabila mengeluarkan kenyataan yang akan memberi kesan kepada diri seterusnya Mahasiswa UKM.

Mohan dijelaskan kepada Mahasiswa, dimanakah tidakan yang TIDAK WAJAR telah diambil oleh mereka semata mata untuk mendapatkan hak mereka yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan mereka empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), pindaan 2008, melarang kesemua pelajar IPTA, kecuali UIAM dan UITM menyertai, atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik, atau mana-mana pertubuhan, badan, atau kumpulan yang menyalahi undang-undang. Persoalannya adakah dengan menghalang mahasiswa berpencak silat didalm medan politik yang sebenar memberi kesan kepada perkembangan pembelajaran yang dihadapi oleh mereka terutamanya mereka adalah dari jurusan Sains Politik??

Sepatutnya tidak timbul rasa sangsi pada hemat PRESIDEN yang mengatakan penglibatan pelajar secara aktif dalam politik akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama dalam kalangan pelajar. Ini tidak benar, apa yang cuba digambarkan oleh PRESIDEN sebenarnya bagaimana corak pembawaan kepimpinan yang cuba dibawa oleh PMUKM sendiri harus dipersoal. Adakah dengan terlibat secara aktif dalam pertubuhan dan persatuan yang ada di UKM sendiri akan mencipta polarisasi, kita sememannya sudah diajarkan diUniversiti dengan nilai nilai perpaduan antara kaum dengan kursus yang ditawarkan oleh Universiti sendiri, jadi pada hemat saya ini adalah andaian yang salah.

Yang kedua, tuan PRESIDEN mengatakan perkara ini untuk mengelakkan pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh mempengaruhi keutamaan pelajar untuk menuntut ilmu. Cuba kita teliti dengan sedalam dalamnya, tujuan mahasiswa datang ke Universiti untuk apa? Adakah Mahasiswa seperti kita punya kelas minda seperti kebudak budakkan yang baru di tahap menengah? Dimana halatuju mahasiswa sehingga mereka lupa tujuan asal merea kemari. Andaian PRESIDEN seolah olah memperkecilkan potensi Mahasiswa yang punya peluang dan ruang yang amat besar didalam semua arena.

Yang ketiga PRESIDEN mengatakkan Pelajar universiti telah menerima hampir 90% subsidi pendidikan daripada peruntukan kewangan kerajaan. Ya memang benar, perkara ini tidak dinafikan, justeru Mahasiswa hadir sebagai agen Check n balance kepada kerajaan yang memerintah, ini adalah satu usaha murni Mahasiswa untuk membantu Pihak kerajaan atas sumbangan yang mereka telah berikan, adakah PRESIDEN mengharapkan Mahasiswa seperti diibaratkan lembu dicucuk hidung atas kenyataan yang dikeluarkan.??

Berkenaan kenyataan keempat-empat tertuduh ingin membuat kerja lapangan di Hulu Selangor, mereka mendapat kebenaran bertulis daripada pensyarah, dan di sokong oleh Prof. Dato’. Dr. Mohammad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, ingin saya timbulkan persoalan kepad PRESIDEN, adakah wajar untuk seseorang Mahasiswa mendapatkan kebenaran bertulis jika mereka mahu melakukan kajian atau penyelidikan disesebuat agensi atau kawasan?? Adakah perkara ini patut berlaku? dan dilihat amat menyusahkan pelajar pelajar itu sendiri memandangkan Universiti melangkah kearah Universiti penyelidikan dan para Mahasiswa disajikan dengan lambakkan assignment dan kajian setiap hari, adakah perlu kepada surat kebenaran?? Jika benar memerlukan surat kebenaran harus diterangkan kepada Mahasiswa terlebih dahulu kajian yang bagaimana memerlukan surat kebenaran. Itu adalah alternatifnya.

Secara kesimpulannya, saya selaku PENGERUSI GABUNGAN MAHASISWA( GMUKM ) ingin mengajak kesemua front front di Universiti termasuk PMUKM untuk bersama kita menjayakan visi misi dan matlamat Mahasiswa dihantar ke Universiti. ayuh kita bersatu untuk membantu rakan rakan kita yang ditindak dengan jahatnya semata mata untuk mencapai agenda busuk mereka. Janganlah kita gadaikan pertaruhan masyarakat kepad tubuh badan kita semata mata untuk meraih simpati dan mencari sesuapa nasi diatas muka bumi ALLAH ini dengan jalan yang tidak diredhainya.

SALAM JUANG UNTUK SEMUA

REALISASI VARSITI

13 comments:

  1. bro... aku ada bukti kukuh dorang ni berkempen kat sana...

    softcopy poster kempen pon ada kat dorang...
    nak tolong dedahkan ke?

    hati2 bila nak bela org secara tksub dan membabi buta...

    Kang umpama melepaskan anjing yang tersepit...

    ReplyDelete
  2. nak dedahkan kat online ke?
    boleh aib bebudak nie...

    ReplyDelete
  3. kau dedah je,
    nak tunggu ape lagi..
    ke tak berani, cakap lebat je kau ni..
    mane bukti bak sni bg aku..

    ReplyDelete
  4. to anonymous 123..
    salam sejahtera..
    jika kalian punya bukti, nah tunggu ape lagi, ddahkan cpt. jgn cabar mahasiswa, kami punya banyak koleksi pernah mahasiswa terlibat dalam perhimpunan parti2 politik, tunggu mase utk dedah.
    kpada anonymous sekarang bukan zaman utk gentarkan mahasiswa dgn akta2 yg mengarut ini, dunia laju meluncur, seharusnya mahasiswa berjalan selincir arus ke hadapan mendepani harapn masyarakat.tidak timbul bakeup sesiapa, ini agenda mahasiwa, harus dipikul bersama

    ReplyDelete
  5. kata perjuangan...lantak la kene hukum apa pon..itu undang2 manusia kan..yang penting berjuang.ngaku je berkempen kt hulu selangor.baru gentar sume org.ni tidak,belom bicara lagi nk mengelabah mintak sokongan sane sini.gembar gembur sana sini.siap wat poster lagi..kelakar la..perjuangan la sangat....takut de ler...

    .....kahkahkahlah...

    ReplyDelete
  6. betul tu tukar tiub.. tunjukkan keberanian.. buang masa je nk bela 4 ekor ni.. ade ramai lg mahasiswa dalam kesusahan..

    ReplyDelete
  7. tunggu kuage enkau pulak kene
    orang wat tak tau je
    tak kene atas batang idung kau lagi
    kate lebat laaaa.

    ReplyDelete
  8. kalau kene batang idong aku,aku g la mahkamah dulu kalau betul tak bersalah.xpyh nk heboh2.kalau la keputusan mahkamah universiti berat sebelah baru la perlukan sokongan.

    ni tak.dulu kate nk perjuangkan mahasiswa ni xbersalah.tibe2 skang ni nk mansuhkan AUKU plak.nmpak sgt 4 org tu bersalah. Allah tau niat kite.jgn kerana kite taksub sgt dgn pengaruh sampai kite xdpt bezekn antara betul dgn slh.

    ReplyDelete
  9. hehehehe.. perbicaraan belum bermula dah mintak injuksi.. hahahahah... klu korg benar xya mintak2 tangguh2.. hahaha nk tggu korg smpi gred ke? hahahaha tau dah taktik hilman idham.. same je ngan nuar berahi hahaha tangguh tangguh tangguh tangguh tangguh.. ko cuti sem xde watpe pn... g ceramah Pr je byk...

    ReplyDelete
  10. Kalo lah terbukti bebudak nie mmg pergi berkempen dan mereka menggunakan alasan utk tujuan akademik UTK MENIPU...
    Secara tidak langsung MENFITNAH UNIVERSITI menangkap mereka yang kononnya tidak bersalah,
    maka ramai2 lah KITA yang asyik posting protect dorang nie dan kutuk UKM berkongsi DOSA MENFITNAH....

    Kalo da betul pergi berkempen...
    Mengaku je lah...
    Kata nak tegakkan perjuangan...

    ReplyDelete
  11. TERUSKAN PERJUANGAN GMUKM!!

    JANGAN DIDENGAR AMJING MENYALAK

    ReplyDelete
  12. SETUJU... TERUSKAN BERJUANG WALAUPUN KUMPUL DOSA....

    ReplyDelete
  13. teruskan perjuangan sahabat sahabatku 1 malaysia, pengerusi GMUKM Support 1 malaysia ape wat

    ReplyDelete