hafiz razak

Wednesday, May 26, 2010

JAWAPAN KEPADA KENYATAAN PRESIDEN PMUKM BERKAITAN 4 ORANG MAHASISWA YANG DIDAKWA

Menjawab kenyataan yang diutarakan oleh PRESIDEN PMUKM Saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin terhadap dakwaan yang dilemparkan keatas empat orang Mahasiswa UKM dari jurusan Sains Politik iaitu Saudara Ismail Aminuddin, Hilman Idham , Woon king Chai, dan saudari Azlin Shafina Adzha, Tuan PRESIDEN diingatkan berpijak dibumi yang nyata apabila mengeluarkan kenyataan yang akan memberi kesan kepada diri seterusnya Mahasiswa UKM.

Mohan dijelaskan kepada Mahasiswa, dimanakah tidakan yang TIDAK WAJAR telah diambil oleh mereka semata mata untuk mendapatkan hak mereka yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan mereka empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), pindaan 2008, melarang kesemua pelajar IPTA, kecuali UIAM dan UITM menyertai, atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik, atau mana-mana pertubuhan, badan, atau kumpulan yang menyalahi undang-undang. Persoalannya adakah dengan menghalang mahasiswa berpencak silat didalm medan politik yang sebenar memberi kesan kepada perkembangan pembelajaran yang dihadapi oleh mereka terutamanya mereka adalah dari jurusan Sains Politik??

Sepatutnya tidak timbul rasa sangsi pada hemat PRESIDEN yang mengatakan penglibatan pelajar secara aktif dalam politik akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama dalam kalangan pelajar. Ini tidak benar, apa yang cuba digambarkan oleh PRESIDEN sebenarnya bagaimana corak pembawaan kepimpinan yang cuba dibawa oleh PMUKM sendiri harus dipersoal. Adakah dengan terlibat secara aktif dalam pertubuhan dan persatuan yang ada di UKM sendiri akan mencipta polarisasi, kita sememannya sudah diajarkan diUniversiti dengan nilai nilai perpaduan antara kaum dengan kursus yang ditawarkan oleh Universiti sendiri, jadi pada hemat saya ini adalah andaian yang salah.

Yang kedua, tuan PRESIDEN mengatakan perkara ini untuk mengelakkan pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh mempengaruhi keutamaan pelajar untuk menuntut ilmu. Cuba kita teliti dengan sedalam dalamnya, tujuan mahasiswa datang ke Universiti untuk apa? Adakah Mahasiswa seperti kita punya kelas minda seperti kebudak budakkan yang baru di tahap menengah? Dimana halatuju mahasiswa sehingga mereka lupa tujuan asal merea kemari. Andaian PRESIDEN seolah olah memperkecilkan potensi Mahasiswa yang punya peluang dan ruang yang amat besar didalam semua arena.

Yang ketiga PRESIDEN mengatakkan Pelajar universiti telah menerima hampir 90% subsidi pendidikan daripada peruntukan kewangan kerajaan. Ya memang benar, perkara ini tidak dinafikan, justeru Mahasiswa hadir sebagai agen Check n balance kepada kerajaan yang memerintah, ini adalah satu usaha murni Mahasiswa untuk membantu Pihak kerajaan atas sumbangan yang mereka telah berikan, adakah PRESIDEN mengharapkan Mahasiswa seperti diibaratkan lembu dicucuk hidung atas kenyataan yang dikeluarkan.??

Berkenaan kenyataan keempat-empat tertuduh ingin membuat kerja lapangan di Hulu Selangor, mereka mendapat kebenaran bertulis daripada pensyarah, dan di sokong oleh Prof. Dato’. Dr. Mohammad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, ingin saya timbulkan persoalan kepad PRESIDEN, adakah wajar untuk seseorang Mahasiswa mendapatkan kebenaran bertulis jika mereka mahu melakukan kajian atau penyelidikan disesebuat agensi atau kawasan?? Adakah perkara ini patut berlaku? dan dilihat amat menyusahkan pelajar pelajar itu sendiri memandangkan Universiti melangkah kearah Universiti penyelidikan dan para Mahasiswa disajikan dengan lambakkan assignment dan kajian setiap hari, adakah perlu kepada surat kebenaran?? Jika benar memerlukan surat kebenaran harus diterangkan kepada Mahasiswa terlebih dahulu kajian yang bagaimana memerlukan surat kebenaran. Itu adalah alternatifnya.

Secara kesimpulannya, saya selaku PENGERUSI GABUNGAN MAHASISWA( GMUKM ) ingin mengajak kesemua front front di Universiti termasuk PMUKM untuk bersama kita menjayakan visi misi dan matlamat Mahasiswa dihantar ke Universiti. ayuh kita bersatu untuk membantu rakan rakan kita yang ditindak dengan jahatnya semata mata untuk mencapai agenda busuk mereka. Janganlah kita gadaikan pertaruhan masyarakat kepad tubuh badan kita semata mata untuk meraih simpati dan mencari sesuapa nasi diatas muka bumi ALLAH ini dengan jalan yang tidak diredhainya.

SALAM JUANG UNTUK SEMUA

REALISASI VARSITI

Monday, May 24, 2010

GMUKM MENUNTUT PENTADBIRAN UKM MENGGUGURKAN DAKWAAN KEATAS 4 0RANG MAHASISWA

Isu penangkapan 4 orang Mahasiswa Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen di pilihanraya kecil Hulu Selangor semakin memberi kesan yang negetif kepada pihak pentadbiran Universiti, ini kerana sikap diam diri yang ditunjukkan oleh pihak Universiti menjadi seribu tanda Tanya kepada pelbagai pihak.

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik UKM itu iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Merespon isu berkenaan, pengerusi GMUKM saudara Hafiz Razak dengan tegasnya mengeluarkan kenyataan supaya pihak Universiti menggugurkan dakwaan keatas mereka yang terlibat kerana ini sangat bertentangan dengan apa yang tertera pada Perlembagaan Persekutuan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warga negara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihan raya tegasnya.

Seterusnya beliau mempertikaikan pihak Universiti yang jelas sekali melanggar hareki perlembagaan yang patut dipatuhi, sistem rimba mana yang mereka ikuti jelasnya lagi. AUKU yang telah digubal sejak tahun 1971 telah banyak memandulkan Mahasiswa dari segi ideology serta keterampilan Pimpinan didalam diri Mahasiswa itu sendiri.
AUKU sudah tidak realistik untuk digunakan pada zaman sekarang memandangkan UKM sendiri ingin mencipta matlamat termasuk dalam Universiti terbaik dunia. Bagaimana untuk Universiti melahirkan bakal pemimpin pemimpin Negara pada masa akan datang sedangkan mereka mengekang Mahasiswa dari melontarkan pendapat dan idea mereka.

Mereka menggunakan AUKU sebagai alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka. Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mereka tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik.

Perkara ini juga dilihat bertentangan dengan hak kebebasan bersuara bagi Mahasiswa yang tertera didalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia yang jelas bercanggah dengan tindakan yang mereka lakukan keatas empat orang Mahasiswa tersebut.

Justeru GMUKM menuntut supaya mereka dilepaskan dari dakwaan tersebut yang dilihat tidak relevan dan memberi black fire kepada pihak Univesiti sendiri akibat sikap berdiam diri yang ditunjukkan mereka.

Tuesday, May 4, 2010

Kewangan Islam turut tarik minat masyarakat bukan Islam

MANAMA 4 Mei - Pertumbuhan kewangan Islam seluruh dunia yang berterusan dan tanpa gangguan telah menarik minat besar di peringkat antarabangsa, bukan sahaja daripada negara-negara Islam, malah juga daripada masyarakat bukan Islam, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, kewangan Islam terus memperlihat daya tahannya dalam persekitaran kewangan antarabangsa semasa yang mencabar.

"Pusat-pusat kewangan seperti London, Perancis, Hong Kong dan Singapura meningkatkan usaha untuk menggalakkan lagi perkembangan kewangan Islam di pusat-pusat kewangan masing-masing," katanya dalam ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Gabenor Datuk Mohd Razif Abd. Kadir pada Jamuan Malam Malaysia Showcase di ibu kota Bahrain ini, Isnin.

Pameran Malaysia Showcase diadakan sempena Sidang Kemuncak Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) Ketujuh yang bermula esok.

Zeti berkata, peluasan kewangan Islam di peringkat antarabangsa juga menyaksikan jalinan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Asia dan Timur Tengah dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

"Kemunculan pusat-pusat kewangan baharu di Asia dan Timur Tengah serta sifatnya yang semakin bersepadu memperkukuh asas bagi kewujudan Laluan Sutera baharu," tegasnya.

Di samping itu, ia juga telah membuka dan memperluas potensi ini kepada ekonomi-ekonomi maju bagi memupuk hubungan kewangan yang lebih teguh dengan wilayah-wilayah pertumbuhan Asia dan Timur Tengah, kata gabenor bank pusat itu.

Beliau berkata, meskipun kewangan Islam telah memperlihatkan daya tahannya dalam tempoh-tempoh mencabar, namun usaha berterusan sedang dijalankan untuk meningkatkan lagi daya tahan itu dan mempermudah pengurusan mudah tunai berkesan merentasi sempadan.

Bank Pembangunan Islam, contohnya, mengadakan kerjasama dengan IFSB dan membentuk dua pasukan petugas — Pasukan Petugas mengenai Kewangan Islam dan Kestabilan Kewangan Global, serta Pasukan Patugas Peringkat Tinggi mengenai Pengurusan Mudah Tunai.

Melalui Pasukan Petugas mengenai Kestabilan Kewangan, ia telah mewujudkan satu Forum Kestabilan Kewangan Islam yang diadakan dua kali setahun. Forum ini merupakan platform strategik bagi dialog membina untuk memupuk kestabilan kewangan.

Zeti berkata, satu dimensi penting kewangan Islam bukanlah hanya peranannya yang berpotensi dan kerelevanannya dalam menyumbang kepada kestabilan kewangan dunia, malah juga potensinya untuk menyokong keseluruhan pertumbuhan ekonomi global.

Lebih penting lagi, ia juga merupakan saluran yang amat perlu bagi mewujudkan hubungan yang lebih erat di kalangan ekonomi-ekonomi baru, bukan sahaja bagi meningkatkan perdagangan dan pengaliran pelaburan malah juga pengaliran kewangan antarabangsa antara negara-negara.

Kata Zeti, penggemblengan usaha ini akan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan antarabangsa dan kemakuran ekonomi dunia. - Bernama