hafiz razak

Tuesday, March 23, 2010

MANSUH GST PERKASA INSTITUSI ZAKAT

GST (Goods and Services Tax) yang dibentangkan di parlimen pada 24 Nov. 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia dan akan dilaksanakan pada 2011 selepas melalui proses bacaan kedua seterusnya dijadikan akta bagi menggantikan cukai jualan dan pembelian yang selama ini dikutip kerajaan.

Kadar 4% akan dikutip bagi setiap cukai pengeluaran dan import itu tidak ada jaminan bahawa kadar yang ditetapkan oleh kerajaan tidak akan dinaikkan dengan sewenang wenangnya satu hari nanti. Sistem yang diperkenalkan ini hanya dilihat membebankan lagi rakyat yang miskin berbanding golongan kaya, jelas sistem ini adalah lanjutan dari sistem sosialis yang diambil dari barat.

Negara Singapura yang telah melaksanakan GST pada tahun 1994 juga sekarang sedang mengkaji semula sistem yang telah digunapakai sekian lama yang hanya mampu memberi kadar keuntungan kepada pengimport sahaja berbanding rakyat sebagai pengguna. Mula-mula Singapura mengekalkan (GST) tiga peratus, sekarang (meningkat pada) tujuh peratus dan apa setiap kali GST dinaikkan, maka inflasi juga akan turut meningkat.(inflasi)

INSTITUSI ZAKAT SEBAGAI ALTENATIF

Maqasid kewajipan Zakat adalah mengambil harta orang kaya yang berlebihan, lalu diberikan kepada 8 asnaf, terutama kepada fakir miskin. Sabda Nabi SAW;maksudnya;

"Sesungguhnya ALLAH fardukan atas mereka sedekah pada harta mereka. (harta itu) diambil daripada orang-orang kaya mereka, dan diberikan kepada orang-orang miskin dari kalangan mereka" (Al-Bukhari : 1308)

Asnaf yang 8, wajib diberikan zakat. Adapun asnaf dari kalangan orang fakir dan miskin hendaklah didahulukan.Firman Allah;maksudnya;

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"(Surah At-taubah : 60)

Adapun GST, mahu dilaksanakan untuk mengutip cukai dari rakyat secara melata; tidak kira mereka yang miskin, mahupun kaya. Rakyat yang kaya, tidak menjadi keberatan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan cukai yang dikenakan, tetapi bagaimana pula keadaan si miskin?

Sudah kelihatan kezaliman yang wujud dalam GST yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan. Lebih parah lagi, apabila GST mahu dilaksanakan, tetapi dalam masa yang sama, cukai import Buggy (kereta golf) dihapuskan cukai serta-merta oleh Kerajaan.

Dengan kata lain, Kerajaan sebenarnya hendak menjaga rakyat, atau mahu memberikan keistimewaan hidup kepada golongan yang kaya?

Ia sangat bertentangan dengan kadar yang boleh diambil oleh amil zakat bagi memenuhi upah (al-ujrah) sebanyak 12% yang telah ditetapkan kerajaan hasil dari kerja yang dilakukan berbanding dengan sumber yang datang dalam sistem GST yang regresif.

Sistem Islam sudah lama menganjurkan sistem yang kadarnya memberi keadilan diri skop fitrah manusia boleh menerima bahawa bebanan yang ditanggung oleh golongan kaya dan miskin adalah sama walaupun kadar bayaran yang dikenakan adalah berbeza. Contoh yang boleh diutarakan disini adalah sistem yang bersifat prograsif kepada masyarakat iaitu golongan yang bergaji tinggi seperti rm 3000 maka cukainya 8% dan jika gajinya 15 ribu maka cukainya turut naik sehingga 25% site mini boleh membantu masyarakat sebenarnya.

Berbanding dengan sistem regresif yang hanya mengikut kadar belanjawan seseuatu pihak contohnya gajinya 15 ribu namun mereka berbelanja sebahagian sahaja hasil dari gaji mereka, bermakna mereka dapat menyelamatkan sebahagian lagi gaji yang mereka simpan. Disini menunjukkan tetidaksaksamaan berlaku dalam menentukan bebanan yang ditanggung oleh pengguna khususnya.

Justeru, GST perlu dihapuskan bagi memberi keadilan kepada semua pengguna dinegara ini dan perlu kepada usaha usaha kerajaan untuk membuat penelitian kembali kepada sistem Ekonomi Islam yang semakin mendapat tempat.

2 comments:

  1. Salam blog owner,
    Harap buat kajian terperinci sebelum mengkritik GST. Tahukah anda bahawa dalam sistem GST yang bakal diperkenalkan di Msia, keperluan asas termasuk makanan dan bahan pertanian akan diberi zero-rated GST, maknanya tidak akan dicukai di bawah GST? Dalam GST, orang kaya yang membeli barangan mewah yang tidak mampu dibeli oleh si miskin pasti akan membayar cukai yang lebih tinggi, kerana cukai akan dikenakan berasaskan harga barangan tersebut. Tahukah anda bahawa di kalangan negara ASEAN, hanya Malaysia dan Myanmar (selain Brunei) belum melaksanakan GST? Bahkan negara miskin seperti Laos, Bhutan, Sudan, Lesotho juga telah melaksanakan GST. Kesimpulan, GST bukan bertujuan membebankan rakyat tetapi hanya alternatif bagi sistem percukaian yang lebih menyeluruh dan berkesan (yakni orang kaya yang tidak berdaftar di bawah LHDN turut akan dicekup di bawah GST). Tidak Islamikkah GST apabila ternyata ia memberi keadilan untuk rakyat? Jangan terlalu terpengaruh dengan sikap pembangkang yang hanya tahu mengharamkan segala tindakan Kerajan yang baik dan menghalalkan segala tindakan sendiri yang ternyata salah. Berpijaklah di atas fakta dan ilmu apabila mengritik kerana itulah suruhan dan ajaran Islam yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. dear anonymous..
    0 rated dlm bidg pertanian dan kperluan asas mmg tanggunjwb pemerinth mentadbir rakyt..
    kite persoalkn kdr yg dikenakan bleh dinaik sewenang2nya jika ekonomi ngara mendesak...
    bk dikekalkan sistem percukaian yg ada skrg dri memberi laluan kpada sistem berunsur sosialis dilaksankan...

    btol tak hafizz

    ReplyDelete