hafiz razak

Tuesday, March 23, 2010

KENAPA HATI ?

Sewaktu Ibrahim Adham keluar ke pasar Basrah kerana suatu keperluan, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai yang ingin menimba ilmu daripadanya.

Dalam pertemuan itu Ibrahim telah ditanya maksud sebenar firman Allah swt di dalam Al-Qur’an tentang anjuran agar sentiasa berdoa kepada-Nya, kelak Dia akan memperkenankannya.

Kata mereka, “Wahai Ibrahim, kami telah berdoa kepada Allah swt, tetapi masih tidak diperkenankan-Nya. Beritahulah kami apa sebabnya?.

Ibrahim Adham menjawab “Mati hati disebabkan oleh 10 perkara…

a. Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (perintahnya)
b. Kamu membaca Al-Qur’an, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
c. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tetapi kamu menurut hasutannya.
d. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah saw, tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
e. Kamu mendakwa mencintai syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
f. Kamu mendakwa membenci neraka, tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
g. Kamu mendakwa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
h. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
i. Kamu makan rezeki yang dikurniai Allah, tetapi kamu lupa mensyukurinya.
j. Kamu mengebumikan jenazah saudaramu, tetapi kamu lupa mangambil ikhtibar darinya.


JIKA KAMU BELUM TAHU APAKAH SYURGA ATAU NERAKA ITU TEMPATMU, NESCAYA TIDAK ADA MASA UNTUK KAMU KETAWA, KAMU TIDAK AKAN BERMANDI DENGAN AIR MATA.
JIKA KAMU TAHU BETAPA NIKMATNYA SYURGA ITU, KAMU PASTI TIDAK AKAN TERPESONA DENGAN NIKMAT DUNIA.

Oleh
Ibnu Abdul Razak

No comments:

Post a Comment