hafiz razak

Monday, March 8, 2010

EPISOD SEORANG MUFTI

Penulis hanya ingin berkongsi pandangan…

Adakah wajar seorang yang berpangkat mufti mengeluarkan kenyataan yang tidak menggambarkan pandangan yang cerdik bagi seorang mufti, begitulah yang berlaku terhadap mufti perak yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengiktiraf dasar sekuler yang diwarisi oleh pemerintah.

Harussani dilaporkan mendakwa keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya diperkenan Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan tertinggi parti itu.

Mengambil dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata, “Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur?

Adakah beliau bersedia mengiktiraf sebuah parti yang berdasarkan sekuler boleh duduk semeja dengan parti islam sedangkan al-quran juga menyebut : tidak bercampur kebenaran dengan kebatilan.

Apabila bercakap isu perpaduan melayu, cadangan yang paling baik harus dilontarkan oleh seorang mufti bukannya mengeruhkan lagi keadaan yang ada, dengan menjajar nama individu-individu tertentu bagi menarik perhatian pendengar forum, tetapi tanggungjawab lebih besar wajib dimainkan sebagai seorang mufti dengan bercakap isu perpaduan menurut lunas lunas Islam yang syumul.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya, masekan Islam boleh bergabung dengan parti sekuler untuk mendokong amanah yang ditinggalkan rakyat, seharusnya Umno yang Melayu itu perlu diISLAMkan secara syumul terlebih dahulu, barulah boleh berurusan dengan baik dan membincangkan isu perpaduan Islam dan Melayu.

Bercakap diatas sendi sendi golongan politik, tidak sewajarnya seorang mufti melibatkan diri dengan mengeluarkan kenyataan menyebelahi mana mana pihak, kerana cakap cakap mufti didengar orang. Mengeluarkan kenyataan seolah cenderung untuk sesuatu pihak dan mengkondem pihak yang lagi satu apa tujuannya tanpa kehadiran orang yang terlibat.

Atau sang mufti telah mengiktiraf bahawa seorang mufti tiadak lagi boleh duduk berdiam diri dengan apa yang berlaku sekarang, bukan lagi perada didalam zone non-partisen dan harus mengeluarkan hujah hujan bagi membantu usaha usaha kearah yang diimpikan, sepatutnya terlebih dahulu sang mufti tersebut mengabungkan dirinya dengan gerakan Islam dalam bersama mencari penyelesaian berkaitan isu perpaduan melayu.

Sewajarnya seorang mufti tidak boleh mewakafkan dirinya sebagai seorang ejen mana mana pihak, kemudian merelakan dirinya menjadi ejen terutamanya ejen golongan sekuler.

2 comments:

  1. Salam, DAP bukan parti sekular ke?

    ReplyDelete
  2. BEKERJASAMA DGN DAP BUKAN MELIBATKAN PERKARA DASAR, TETAPI MENGAMBIL MANFAAT UTK MENJATUHKAN KEZALIMAN YANG DILAKUKAN, DASAR GERAKAN ISLAM JELAS..CUMA PENDEKATAN TAHALUF SIASI DIGUNAKAN UTK MELAWAN KEBATILAN YANG NYATA.

    MENGAMBIL CONTOH NABI PERNAH BERPAKAI DENGAN GOLONGAN KAFIR QURAISH UTK MENGHALAU PEDAGANG2 YANG MENINDAS PENDUDUK DI MEKAH SATU KETIKA DAHULU

    ReplyDelete