hafiz razak

Sunday, February 28, 2010

PERBEZAAN ANTARA SEBAT SIVIL DAN SYARIE

Kebelakangan ini isu yang hangat diperkatakan di media arus perdana berkaitan dengan sebatan yang dijalankan oleh pesalah pesalah bagi peruntukan dibawah bidang kuasa negeri negeri.

Belum reda isu yang melibatkan bekas model sambilan (Kartika) telah diberitakan ada pesalah yang mendahului Kartika dalam menerima hukuman sebat yang akan dijalankan, iaitu bagi kesalahan persetubuhan haram yang masing masing menerima 100 kali sebatan.

Disini penulis cuba berkongsi bagaiamana cara sebatan yang dijalankan menurut peruntukan dibawah bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil, penulis cuba memberi sedikit gambaran perbezaan sebatan cara sivil dan syarie dijalankan.

Sebatan Sivil

1. Hukuman sebat tidak boleh dikenakan kepada banduan perempuan atau lelaki yang melebihi 50 tahun kecuali jika membabitkan jenayah seksual.
2. Hukuman sebat lebih daripada 10 kali dengan rotan ringan tidak boleh dijatuhkan kepada banduan muda iaitu yang berusia kurang 21 tahun manakala bilangan sebatan maksimum untuk mereka ialah enam kali.
3. Hukuman sebat dengan rotan hendaklah dikenakan pada punggung pesalah.
4. Rotan yang digunakan untuk pesalah dewasa tidak boleh lebih daripada 1.25 sentimeter garis pusatnya.
5. Banduan yang muda pula menggunakan rotan yang ringan.
6. Hukuman sebat tidak boleh dikenakan secara beransur-ansur.
7. Pegawai yang menjaga dan pegawai perubatan mesti hadir sewaktu hukuman dan pegawai perubatan itu hendaklah memberi arahan bagi mencegah sebarang kemudaratan.
8. Hukuman sebat tidak boleh dikenakan dalam masa 24 jam selepas hukuman dijatuhkan kecuali dengan perintah khas membabitkan hal kecemasan.
9. Pegawai perubatan boleh mengesyorkan hukuman dihentikan apabila ia perlu bagi mencegah kemudaratan kepada kesihatan banduan.
10. Jika ia berlaku, pegawai yang menjaga hendaklah menangguh atau meringankan hukuman yang masih berbaki (Utusan Malaysia 2009: 15).
(Akta Penjara 1995, Peraturan-Peraturan Penjara 2000)


Sebatan Syarie

1. Alat sebatan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas.
2. Panjangnya tidak lebih 1.22 meter manakala tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3. Bagi pesalah hamil, hukuman hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan melahirkan anak.
4. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh mengenai muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
7. Sebatan hendaklah dijalankan secara kekuatan sederhana dengan tukang sebat tidak mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesakit.
8. Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan (Utusan Malaysia 2009: 15).
(Akta Penjara 1995, Peraturan-Peraturan Penjara 2000)