hafiz razak

Monday, January 4, 2010

SKREW PUN PENTING

SKREW PUN PENTING

Beberapa hari sebelum saya bertolak ke Sabah satu ketika dahulu untuk memenuhi jemputan, program TV yang paling banyak saya tonton adalah “ Seconds From Disaster ” atau dalam Bahasa Malaysia, “ beberapa saat sebelum malapetaka ”
Ianya merupakan satu siri rancangan yang menceritakan tentang kemalangan-kemalangan yang kebanyakannya melibatkan kapalterbang-kapalterbang yang terhempas akibat dari beberapa faktor sama ada sebab-sebab teknikal atau kesilapan manusia.

Sepatutnya bagi seseorang yang akan menaiki kapalterbang sebentar saja lagi merantasi lautan dan gunung ganang, siri tersebut merupakan siri yang paling akhir yang hendak saya tontoni. Tetapi saya amat tertarik kepadanya dan ianya mungkin kerana rumusan-rumusan yang dibuat pada akhir setiap siri tersebut.

Mengikut apa yang saya fahami, selalunya faktor utama yang menyebabkan kemalangan bukan faktor-faktor besar seperti enjin kapalterbang yang meletup atau gagal berfungsi, atau kemalangan itu disebabkan kesilapan juruterbang atau pembantunya. Selalunya kemalangan berlaku akibat dari perkara-perkara kecil yang kadang-kala dianggap remeh tetapi kesannya sungguh besar.

Dalam satu kes dimana kapalterbang telah terhempas, punca utama kenapa kemalangan itu berlaku adalah disebabkan 2 biji skrew. Skrew-skrew yang begitu kecil tetapi sungguh penting. Akibat dari pemasangan yang tidak menurut garis panduan yang ditetapkan, akhirnya salah satu dari engin kapalterbang itu jatuh ke bumi dalam masa 31 saat sahaja, kapalterbang yang malang tersebit terhempas dan mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.

Ada banyak contoh dimana kemalangan telah berlaku akibat perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil. Contohnya satu kes lain yang mana sebiji lampu di “cockpit”sebuah kapalterbang telah tidak berfungsi dan ini mengakibatkan juruterbang itu telah membuat keputusan yang salah. Akibat kapalterbang itu telah terhempas hanya kerana satu daripada berpuluh-puluh biji lampu telah tidak berfungsi.
Ini bermakna setiap bahagian atau kompenen sebuah kapalterbang itu sama pentingnya. Tidak ada yang lebih,tidak ada yang kurang.

PERKARA YANG SAMA JUGA BENAR BAGI SEBUAH ORGANISASI ATAU SEBUAH GERAKAN SEPERTI GMUKM. SAMA POSISI DISETIAP PERINGKAT, KETUA, TIMBALAN KETUA, SETIAUSAHA, BENDAHARI DAN SELURUH EXCO YANG MENGGERAKKAN ORGANISASI TERSEBUT…mereka mempunyai tugas masing-masing. Tugas mereka sama penting, sama ada kedudukan mereka diatas mahupun dibawah, mempunyai peranan yang tersendiri. Tidak ada seorangpun boleh berkata “ aku hanya seorang Ajk, aku tidak penting, tidak payah kerja pun tak apa.
Ingat!!!! apa yang terjadi kepada kapalterbang yang terhempas kerana kehilangan enjin akibat 2 biji skrew, beratus telah kehilangan nyawa. Kita tenggelam dan timbul bersama.

Justeru…ayuh bangkitkan semangat, kerahkan seluruh kekuatan dan tenaga yang ada bagi membantu menghadapi Kempen Majlis Pemilihan Pelajar bagi sesi 2009/2010 untuk kita GMUKM memenangi seluruh kerusi yang dipertandingkan seterusnya menerajui tampuk Kepimpinan PMUKM pada tahun ini…

Selamat berjuang….
REALISASI VARSITI

1 comment:

  1. salam juang..
    satu perkongsian yang sangat bermanfaat kepada rakan-rakan GMUKM..
    teruskan beridealisme ;-)

    ReplyDelete