hafiz razak

Monday, November 30, 2009

10 SEBAB KENAPA MAHASISWA/I UKM PERLU MENGUNDI CALON GMUKM

10 Sebab Kenapa Mahasiswa/i UKM Perlu Mengundi Calon GMUKM

Dengan berbaki 1 bulan lagi kita akan melangah ke tahun baru iaitu tahun 2010. Apa yang pasti tahun 2010 pasti menjanjikan kita pelbagai cabaran mendatang yang harus kita tempuhi bersama.

Tahun ini juga bakal menyaksikan kepada kita pertukaran pimpinan disemua peringkat baik Negara, negeri, mahupun kampus yang kita cinta. Diwar-warkan berlakunya pilihan raya umum pada tahun 2010, tetapi kite serahkan perkara ini kepada PM kita yang kita cintai.

Pada tahun ini juga akan berlakunya Pemilihan Majlis Perwakilan pelajar (MPP) dikebanyakan kampus sekitar Lembah Klang. Jika di UKM menyaksikan 2 pertembungan seteru yang tidak asing lagi kepada kita iaitulah Gabungan Mahasiswa (GMUKM) dan Aspirasi.

Justeru saya mengajak rakan-rakan mahasiwa/i khususnya UKM untuk bersama melakukan perubahan pada pemilihan MPP tahun akan datang yang dijangka berlangsung pada 13 hb 2010.

Sudah 6 tahun/sesi Mahasiswa/i UKM memberi Aspirasi peluang untuk membawa Mahasiswa/i ketahap yang sepatutnya, tetapi malang yang menimpa.

Disini saya menyatakan hujah kenapa Mahasiswa/i UKM harus memilih GMUKM sebagai barisan pimpinan pada pemilihan MPP yang akan datang,

1. GMUKM menjunjung tinggi Falsafah Universiti selaras dengan program-program yang dianjurkan oleh GMUKM.
2. 3 dasar utama GMUKM iaitu Falsafah Universiti, Keintelektualan, dan Kebajikan pelajar menjadi tunjang kepada pembentukan GMUKM.
3. GMUKM menjuarai program-program Keintelekutalan yang meningkatkan thaqafah (ilmu) Mahasiswa/i
4. Faktor kebajikan menjadi isu dan fokus utama didalam GMUKM
5. GMUKM berhasrat untuk meletak ranking Universiti ketahap yang sepatutnya, yang telah jatuh pada tangga ke 250 ranking seluruh dunia.
6. Calon dari GMUKM adalah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh badan pemilihan Calon yang dilantik oleh Universiti sendiri.
7. Barisan pimpinan GMUKM berhasrat mendokong Aspirasi rakyat terutamanya Mahasiswa/i UKM selaras dengan dasar yang dibawa
8. 1 Malaysia menjadi teras utama dalam mencapai perpaduan semua kaum yang ada didalam kampus
9. Proses melahirkan modal insan dan pelapis pimpinan Negara satu hari nanti menjadi agenda utama dalam program-program anjuran GMUKM
10. Kuasa dikembalikan kepada Mahasiswa/i dalam mencorak masa depan dan kerjaya yang mereka akan ceburi

Marilah bersama kita kembalikan sinar kecemerlangan dan kegemilangan Mahasiswa/i yang kian pudar ditelan zaman.

BERSATU BERUBAH

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kelihatan 'hujah'anda begitu umum dan seakan metafora yang mengaburi mata dan kalbu..

    Minta jelaskan secara lebih terperinci.Kita tahu anda lebih baik dari pihak satu lagi..Tapi kelihatan baiknya itu, jarknya hanya sedikit..

    Kelihatan retorik pemikiran pihak anda masih blm bnyk yg berubah.Konseptual menyalahkan pihak lain, mencari salah pihak lain, dan bermain dengan isu2 picisan serta gaya rentak yg bnyk dicoraki politik luar..politik yg kurang sesuai untuk dihidangkan kepada masyarakat kampus secara serkap jarang...

    Bagaimana kepimpinan di pihak Anda? sekadar cadangan, minta kepimpinan anda supaya lebih jelas dgn tanggungjwab di Universiti Ini..mencoraki rentak mahasiswa, jngn sampai prestasi di kuliah adalah hambar..hambar dan hambar lantas merobek segala modeling yang dibawa..Minta diperhatikan.


    Abdullah

    ReplyDelete
  3. wahai gm, ckp bunga2 blh la,

    ReplyDelete
  4. calon2 GMUKM hensem2, add value tuk capai kemenangan..kerje hampeh

    ReplyDelete
  5. Saya berminat untuk tau lebih lanjut mengenai

    "GMUKM berhasrat untuk meletak ranking Universiti ketahap yang sepatutnya, yang telah jatuh pada tangga ke 250 ranking seluruh dunia."

    Adakah saudara tau secara perinci cara penilaian THES RANKING?

    Kalau boleh huraikan apa peranan yang pelajar boleh lakukan?

    ReplyDelete
  6. antara penilaian ranking u seluruh dunia dilihat kepada organisasi pelajar sesebuah u..
    tahap keintelektualan yang dirangsangkan o organisasi pelajar

    ReplyDelete
  7. Kalu siang malam menabur benih utk mbenci kerajaan, kenapa guna frasa 1Malaysia? Saja mengaburi mata mahasiswa2 untuk kepentingan perjuangan korang yang SIA-SIA ini.

    ReplyDelete