hafiz razak

Wednesday, October 21, 2009

MAHASISWA MENYAMBUT BAIK SARANAN TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH.

MAHASISWA MENYAMBUT BAIK SARANAN TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH.

Sudah sekian lama Mahasiswa dibelenggu dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1975, banyak kesan yang kelihatan pada Mahasiswa hari ini yang buta tentang isu-isu semasa malah mereka dibantutkan potensi mereka dengan Akta ini selama hampir 35 tahun.

Hasilnya boleh kita lihat sekarang bagaimana Mahasiswa langsung tidak diharapkan oleh masyarakat dalam mendepani isu-isu yang menperjuangkan kebajikan masyarakat malah apa yang lebih malang lagi suara mahasiswa sunyi dari memberi pandangan hatta mereka berada didalam bilik kuliah sekalipun.

Apa yang harus dilakukan oleh Mahasiswa ialah mengembalikan zaman kegemilangan mereka satu ketika dahulu yang diidamkan oleh masyarakat untuk memperjuangkan nasib mereka apabila dizalim pemerintah.

Jika dahulu zaman Anwar Ibrahim memimpin Mahasiswa menperjuangkan isu-isu kemiskinan di Baling dan peristiwa mogok lapar yang berlaku satu ketika dahulu atas sebab Mahasiswa peka dan didedahkan oleh pimpinan pelajar melalui speaker Corner atau sudut pidato yang disediakan oleh pihak Universiti, Mahasiswa hari ini begitu Positif dengan saranan atau pendangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi untuk mewujudkan semua sudut tersebut.

Sudat tiba masanya mahasiswa diberi hak mereka semula setelah sekian lama hampir 35 tahun dibatutkan oleh AKTA AUKU tersebut.

Pimpinan Negara harus sedar bahawa Mahasiswa adalah tonggak pimpinan Negara pada masa akan datang, mahu tidak mahu, mereka mesti member ruang dan peluang seluas-luasnya kepada Mahasiswa untuk menunjukkan potensi mereka memimpin Negara satu masa akan datang.

Mahasiswa juga berharap agar perkara ini diperhalusi di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi supaya perkara ini benar-benar dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Besar harapan Mahasiswa untuk membantu dan menjadi agen check and balane kepada kerajaan sekarang agar dasar-dasar Negara dapat sama-sama di perhalusi di semua peringkat masyarakat.

1 comment:

  1. stuju,stuju sgt mahasiswa diberi peluang

    ReplyDelete