hafiz razak

Sunday, July 5, 2009

Tahniah Kepada Mahasisawa/i Baru UKM sesi 2009/2010

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik-adik mahasiswa/i baru UKM sesi kali ini 2009/2010 yang bertuah terpilih memikul amanah Allah s.w.t dan keluarga tercinta dalam mendalami ilmu dibumi bertuah ini.

Sedar dan yakinlah adik-adik sekalian, pemilihan adik-adik semua adalah ketentuan Allah s.w.t untuk bersama mendokong amanah besar diatas muka bumi ini sebagai pemimpin dan khalifat Allah.

Seramai butir-butir mutiara yang ada diluar dalam bersaing untuk memenuhi tempat belajar di UKM ini, adik-adik adalah orang yang bertuah dan beramanah untuk meneruskan proses mendalami ilmu pengetahuan bagi memakmurkan muka bumi Allah ini dengan ilmu yang dipelajari.

Dunia mahasiswa/i bukan seperti digambarkan pada hari ini, cukup sekadar memenuhi ruang didalam kelas, asyik bermain dengan (3 k). kelas, kolej dan kafe sahaja, malah ia lebih parah lagi apabila mahasiswa/i melibatkan diri dengan dunia anggan-anggan yang tak sudah iaitu dunia “kekasih” ini semua membantutkan mahasiswa/i dan potensinya untuk maju, bangun dalam mencipta tamadun yang hebat ditinggalkan oleh para sarjana Islam satu ketika dahulu.

Budaya keintelekualan dan berkebajikan harus diterapkan didalam diri mahasiswa/i selaras dengan nama yang gah diberikan kepada kita, dimana kekuatan MAHA yang dicanangkan boleh menukar sesuatu ruang dalam kampus seterusnya Negara tercinta.

Tentunya ia terletak pada diri adik-adik yang akan menentukan hala tuju mahasiswa/i kemana hendak kita corakkan. Adakah sekadar berbangga dengan segulug ijazah yang tidak tahu kemana mahu dipersembahkan satu hari nanti.

Ayuh !!!mari sama-sama kita bangunkan semula kehebatan mahasiswa/i satu ketika dahulu yang telah digari.

BERGERAK SEIRINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. nape comment dia atas kne buang ek?adekah disebabkan satu kebenaran yg ingin didedahkan oleh penulis comment n admin rase ayt nye mengancam mereka?

    kalau asik nak blame kolej je korg jgn la duduk kolej ye..tapi bile aku ckp mcm tu korg ckp lak yg kolej tu sume org de hak nk duduk kan?kalau mcm tu bek org2 yg aktif berpersatuan ni dok dlm bilik je sbb kompem stay kt kolej..korg je la yg betul ek..lyn jela.kalau berani jgn delete comment aku..

    ReplyDelete