hafiz razak

Sunday, June 21, 2009

“ UNITY GOVERNMENT ” MENCARI DAMAI YANG HILANG

Masih ramai yang tidak faham Unity Government, itulah luahan kata-kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang didalam Harakah bertarikh 20-23 April 2009 berkenaan dengan isu kerajaan perpaduan yang hangat diperkatakan sekarang.

Meskipun telah ditarik balik !! cadangan kerajaan Perpaduan oleh Tuan Guru sendiri memandangkan masih ramai yang tidak faham akan istilah yang dimaksudkan termasuk ahli-ahli PAS sendiri, namun isu ini menjadi topic hangat dan mendapat liputan yang luar biasa oleh kebanyakan media massa.

Apa puncanya, sehinggakan perkara ini tidak dapat lagi dikawal, yang berani mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan soal individu lain. Adakah ini sandiwara politik yang dimainkan oleh UMNO.??

Zahirnya kita melihat pertikaman lidah antara dua permata Tuan Guru berkaitan isu ini, ditambah pula dengan propaganda yang dimainkan oleh media UMNO sendiri,namun pastinya apa yang diucapkan oleh mereka sudah terlebih dahulu difikirkan oleh mereka sendiri.

Pokoknya dimana damai yang hilang selepas PAS baru selesai bermuktamar, seolah-olah muktamar tahun ini hanya sekadar melepaskan batuk ditangga, tidak dijadikan medan bermuhasabah dan mencari titik persamaan pendapat antara pimpinan.

Ketahuilah, satu ketika dahulu pernah dilafazkan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sendiri bahawa kita menarik balik cadangan gagasan Kerajaan Perpaduan ini dan kita yakin satu hari gagasan ini akan diterima oleh semua..

Nah…sekarang telah terbukti, bahawa bapak PM kita telah menagih simpati menyatakan kesungguhan mereka untuk duduk semeja membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Guru.

Jika kita orang kebanyakan melihat sesuatu perkara itu secara zahiriyyahnya, atau taktikalitinya sahaja, tetapi yakin dan percayalah bahawa para alim ulama diberi oleh Allah untuk melihat sesuatu perkara itu berpandukan mata hati yang suci bersih atas panduanNyadisusuli dengan perkara-perkara yang disebutkan tadi.

Setiap hujjah yang dikemukakan mestilah disusuli dengan ilmu dan fakta, ada baiknya dalam menangani ini begini semua yang terlibat perlu berlapang dada untuk menerima hujjah yang dikemukakan dan dianalisa supaya ianya dapat membentuk satu keputusan yang bernas.

Kita yakin didalam PAS adanya majlis syura yang akan menentukan dasar parti tersebut.
Tidak mungkin sesuatu keputusan dan cadangan dari individu tertentu terus diterima untuk dijadikan bahawa itu datangnya dari PAS sendiri.

Semua yang hadir ini adalah ketentuan Ilahi, menunggu masa untuk kita merasai hikmahnya. Jangalah kita hebat bercakap hari ini, dikemudian hari kita yang akan menjorokkan muka kita.
Bersama kita merapatkan kembali saf-saf yang baru kita perkuatkan pada muktamar yang lalu untuk kita bersama memimpin perubahan mencipta masa depan bersama ISLAM.

No comments:

Post a Comment