hafiz razak

Wednesday, June 17, 2009

KHAIRY OH KHAIRY JAMALUDDIN

Mengambil petikan dari akhbar sinar harian pada 14 jun (ahad) mengenai kenyataan saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang menyatakan tindakan PR satu ugutan, menyifatkan pembangkang mendahului keputusan mahkamah berhubung perbicaraan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, begitu menunjukkan kebodohan Khairy Jamaluddin sendiri.

Lupakah beliau badan kehakiman terutamanya keputusan mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak sekalipun, hatta beliau menyatakan ada ura-ura akan berlaku demonstrasi jalanan sekiranya Anwar didapati bersalah sebagai satu ugutan kepada mahkamah….

Nampak sangat kebodohan Khairy dengan alasan yang diberikan berikutan demonstrasi itu boleh mempengaruhi keputusan mahkamah.

Beliau juga turut menyatakan bahawa perkara ini seolah-olah mendahului keputusan mahkamah, mereka (pembangkang) sudah mengeluarkan ugutan ternyata tidak berasas.

Jika beliau menyatakan itu satu ugutan, kami meminta beliau membuktikan bahawa itu satu ugutan kepada mahkamah yang boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat.

Ternyata Khairy masih terbawa-bawa rentaknya sendiri yang selalu melakukan sediemikian, ini adalah satu budaya dalam UMNO yang telah dijelmakan oleh Khairy sendiri.

Ucapkan selamat tinggal pada UMNO dan Barisan Nasional.

2 comments:

  1. khairy memamg hebat berhujah,macam kucing mengejar tikus sambil menari

    ReplyDelete
  2. Jangan, kita perlu menyahut seruan untuk perpaduan... Tiada masa untuk berpangku tangan... Mahasiswa sentiasa menanti aksi Nta...

    ReplyDelete