hafiz razak

Wednesday, May 13, 2009

PANDUAN BERBEKAM SECARA BERKESAN

Pengenalan Bekam

Berbekam Dari Sudut Islam :

Sebagaimana telah diperakui oleh Junjungan besar umat Islam nabi Muhammad s.a.w di dalam satu hadisnya bahawa sebaik-baik ubat untuk umatku adalah berbekam, sabda baginda :
خير ما تداويتم به الحجامه و الفصد
“ sebaik- baik ubat yang kalian gunakan adalah berbekam dan fash”
sehinggakan sebuah riwayat lagi mengatakan penduduk langit (malaikat) memerintahkan kepada penduduk bumi (melalui nabi Muhammad s.a.w) melakukan bekam kerana terdapat rahmat Allah di dalamnya. Demikianlah peringatan yang diberikan oleh malaikat kepada nabi Muhammad sewaktu perjalanan isra’ nabi.
Bagi kita yang beragama islam harus percaya bahawa berbekam banyak keistimewaanya dan faedahnya kepada pengamal rawatan tersebut, kerana ia adalah kaedah pengubatan syari’ah yang diajar oleh nabi sendiri melalui hadis-hadisnya yang sahih.

Berbekam Dari Sudut Sains :

Jika dikaji pula dari sudut sains menurut kedoktoran tradisional di bawah kulit, otot mahupun fascia terdapat suatu point atau titik yang mempunyai sifat istemewanya, jaringan antara point yang ada saling berhubungan membujur dan melintang membentuk jaring-jaring atau jala atau dikenali oleh istilah sains meridian atau habl, dengan adanya jala ini, maka terdapat hubungan erat antara bahagian tubuh sebelah atas dan bawah, kiri dan kanan, organ tubuh dan jaringan bawah kulit, organ satu dengan yang lain, kaki dan tangan, padat dan berongga dan lain-lain sehingga membentuk satu kesatuan dan beraksi secara serentak.
Maka teori yang dinyatakan diatas dapatkah dijelaskan bahawa seseorang yang sakit mata tidak perlu dibekam dimatanya, tetapi dibekam ditempat pointnya iaitu di kepala atau tengkuknya, manakala seseorang yang mengalami masalah pencernaan dapat dilihat gambaran penyakitnya di lidahnya, dan dibekam di point pencernaanya.
Adapun point istimewa yang disebut diatas dikenali sebagai motor point oleh doktor moden yang mengandungi mitokondria, kaya pembuluh darah, tinggi mioglobin dan selnya mengandungi metabolism oksidatif dan lebih banyak mengandungi cell mast, kelenja limfe, kapiler, venula, bundle dan plekus saraf.
Mereka membuat kajian apabila dibekam pada satu point, maka kulit, jaringan bawah kulit, fascia dan ototnya akan terjadi kerosakan dari mast cell dan lain-lain. Akibat dari kerosakan itu maka akan dilepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamine, bradikinin, slow reacting substance (srs) serta zat-zat yang dapat mengelokan sistem badan. Zat-zat ini menyebabkan terjadinya dilatsi kapiler yang menyebabkan terjadinya pembaikan mikrosirkulasi pembuluh darah, akibat dari itu timbul efek relakasi otot-otot yang kaku serta akibat vasodilatasi umum yang akan menurunkan tekanan darah secara stabil.
Satu lagi penelitian menunjukan bahawa pembekaman di kulit akan menstimulasi kuat saraf pemukaan kulit yang akan dilanjutkan pada pada cornu posterior medulla spinalis melalui saraf A-delta dan C, serta traktus spino thalamicus kea rah thalamus yang akan menghasilkan endorphin. Sedangkan sebahagian rangsangan lainnya akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju ke motor neuron dan menimbulkan reflek intubasi,efek lainnya adalah dilatasi pembuluh darah kulit dan peningkatan kerja jantung
Demikianlah kajian yang dibuat mengenai kelebihan berbekam menurut pandangan sains dan banyak lagi penemuan yang dibuat dengan mengkaji proses berbekam yang tidak dinyatakan di sini. Diharap dengan pendedahan yang dinyatakan diatas dapat meyakinkan kita terutamanya umat Islam untuk mengamalkan sunnah yang semakin ditinggalkan.

Persediaan Awal Perawat dan Pesakit
Persedian Perawat
• Amalan pendinding bagi perawat islam
• Ikhlas
• Alatan bekam termasuk pump vakum, gelas bekam moden, paip penyambung
• Minyak gano
• Sarung tangan satu kali pakai
• Jarum bekam satu kali pakai
• Pisau cukur satu kali pakai
• Dettol
• Kapas


Persedian Pesakit
• Puasa sebelum berbekam selama 2 jam
• Berwuduk lebih baik sebelum memulakan rawatan
• Tidak mandi selama 4 jam selepas melakukan rawatan bekam
• Jangan makan makanan yang gatal seperti telur selepas melakukan rawatan bekam
• Lakukan secara berterusan (istiqamah) rujuk perawat tempoh rawatan
• Tawakal kepada Allah yang menyembuhkan penyakit yang dihidapi
• Upah untuk perawat

Keistimewaan Amalan Berbekam
Bekam Angin
• Sunnah nabi
• Mengeluarkan angin jahat di dalam badan
• Melancarkan perjalanan darah kesemua anggota badan
• Melegakan lenguh-lenguh anggota badan
• Mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur
• Membaiki sistem dalam badan
• Mengatasi penyakit lelah, asma
• Menambah tenaga
• Mencerahkan mata
• Menyihatkan tubuh badan

Bekam Darah
• Sunnah nabi
• Mengeluarkan darah kotor dalam badan
• Mengatasi masalah kulit cth : bisul, jerawat, gatal-gatal dan sbgnya
• Mengatasi keracunan
• Cuci darah, pembuluh darah yang tersumbat
• Menyahkan toksin yang tidak diperlukan badan
• Memperbaiki sistem ketahanan badan
• Mencerahkan mata
• Menghilangkan pening kepala
• Menghilangkan sengal-sengal anggota badan
• Membetulkan sistem pencernaan
• Menyihatkan tubuh badan


Waktu Yang Terbaik Untuk Berbekam
• Pagi hari sehinggah tengahari tempoh yang terbaik
• Semasa perut kosong
• Pertengahan bulan
• Sunnah nabi pada 17, 19, 21 hb
• Sunnah nabi pada hari isnin dan selasa kerana nabi ayub disembuhkan pada hari tersebut
• Hari khamis juga sunnah mendapat berkat dari Allah

Cara / Kaedah Berbekam
Bekam angin :
1. Gosok tubuh pesakit dengan minyak gano disertakan dengan urutan
2. Letakan gelas bekam keatas tubuh pesakit dengan kadar pam yang sedarhana
3. Gerakan gelas tadi keatas dan kebawah, kiri dan kanan selama 2 minit (ini untuk menjalankan darah dan membuang angin)
4. Letakan gelas ketitik tubuh pesakit, pum gelas sehingga dapat dirasai pesakit, tekan punat hujung gelas
5. Tunggu selama 5-10 minit setiap satu gelas
6. Lakukan langkah 1-4 untuk gelas yang seterusnya
7. Selepas itu cabut gelas dari tubuh pesakit dengan menarik punat tujung gelas
8. Sapu minyak ditempat yang dibekam
9. Untuk ulangi rawatan bekam tunggu selepas 1 hari
10. Jika gelas tidak dapat menyedut,tukar punat dengan bahan bekalan yang dibekalkan
11. Akhirnya cuci alat bekam dengan dettol
12. Lap sebelum digunakan semula alat tersebut




Bekam Darah :
1. Gosok tubuh pesakit dengan menggunakan minyak gano disertakakan dengan urutan
2. Letakan gelas keatas tubuh pesakit dengan kadar pum yang sedarhana
3. Gerakan gelas tadi keatas dan kebawah kiri dan kanan(ini untuk menjalankan darah dan membuang angin)
4. Letakan gelas ketitik tubuh pesakit, pum gelas sehingga dapat dirasai pesakit, tekan punat hujung gelas
5. Tunggu selama 5-10 minit setiap gelas
6. Cabut gelas, sediakan jarum bekam untuk mengeluarkan darah kotor
7. Cucuk jarum bekam ditempat yang dibekam tadi
8. Bilangan cucukan sebanyak 40 kali untuk gelas kecil dan 50 bagi gelas besar
9. Kemudian tarik balik tempat cucukan dengan gelas yang digunakan tadi
10. Tunggu selama 10 minit lagi untuk memberi peluang darah kotor & toksin keluar
11. Sediakan kapas untuk menyapu darah kotor
12. Balut gelas bekam dengan kapas
13. Cabut punat gelas, tarik gelas tersebut dan salutkan kapas ke darah kotor
14. Lap permukaan tubuh yang dibekam dengan kapas baru dan diletakan sedikit minyak ke atas permukaan tubuh
15. Lakukan langkah 1-14 untuk gelas yang seterusnya
16. Lakukan urutan sedikit keatas tubuh pesakit
17. Basuh gelas tersebut dengan dettol
18. Jarum dan sarung tangan yang digunakan hendaklah dibuang
19. Lap alatan bekam selepas dicuci
20. Lap semula sebelum digunakan kembali

Contoh-contoh gambar rajah kaedah rawatan bekam darah :






Kelebihan Rawatan Bekam Moden
• Selamat
• Bersih
• Mudah untuk digunakan
• Boleh selaraskan kadar tarikan angin mengikut kemampuan pesakit
• Sesuai untuk semua golongan tua, muda, kanak-kanak mahupun bayi
• Lebih diyakini








Contoh alatan bekam angin & darah moden




Orang-orang Yang Dilarang Berbekam
• Orang yang sangat lemah tubuhnya cth : demam panas, terlalu tua
• Wanita yang selalu keguguran kandungan
• Wanita hamil pada tiga bulan pertama
• Orang yang baru menderma darah
• Orang yang sangat lapar atau terlalu kenyang
• Pengidap gout yang serius
• Bayi 2 tahun kebawah

2 comments:

  1. salam..ana tringin nk mmpelajari teknik berbekam dan mmbeli alat2 utk berbekam.. Boleh ana tahu cara nya..
    hamidi-0132002469

    ReplyDelete
  2. rawatan bekam memang bagus pun..rugi bg sesape yg xmngetahui manfaatnya n xmencuba kaedah rawatan ini..

    ReplyDelete