hafiz razak

Tuesday, May 5, 2009

'GHAIBNYA' SEORANG MUFTI

Pergolakan yang berlaku dinegeri Perak sehingga kini menemui jalan buntu. Peralihan kuasa yang dilakukan oleh Umno amatlah jijik dengan menggunakan Undang-undang sebagai mainan politik mereka.

Sehingga hari ini ketidakpuasan hati pimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak masih membeku didalam diri, mereka buntu dengan apa yang dilakukan Umno, betul pelbagai keputusan telah diambil, tetapi adakah keputusan itu dapat dilaksanankan dan memberi kesan kepada penceroboh untuk mengadakan Pilihan Raya semula.

Dahulunya seorang mufti yang lantang bersuara, bak singa dirimba dengan perjuangannya membela agama, dan anak bangsa, kes murtad diketengahkan, masalah sosial dikalangan remaja di suarakan, tampil mengelurkan hujah dan pendapat.

Namun apabila isu besar yang melanda melibatkan pemimpin negeri tersebut, dimana perginya suara yang lantang negara itu, dimana hujahnya berkenaan dengan kes pencerobohan yang dilakukan oleh Umno keatas kerajaan PR di Perak.

Adakah seorang mufti layak bercerita tentang agama sahaja, adakah seorang yang arif dan faqih tentang ilmu agama dan dunia layak bercerita tentang masalah sosial sahaja, siapa yang mahu mempedulikan tentang kepimpinan.

Isu kepimpinan dan menyalahgunakan kuasa adalah isu yang besar, bagaimana seorang mufti yang diberi kepercayaan dan dihormat hilang entah kemana bagaikan menyorok dibelakang dinding istana sahaja..

Sentimen tidak berpolitik, tidak berpihak harus dibuang ke tong sampah, isu di Perak adalah isu agama, bagaimana dahulunya begitu lantang dan amat digeruni dengan isu yang dibawa, tidak sedikitpun menyatakan pendapat tentang apa yang berlaku di Perak,


Golongan perundangan menyatakan hujjah dari skop perundangan, golongan agama juga wajib tampil menyatakan hujjah mereka dari skop agama. Jangan sampai nasi menjadi bubur baru terdetik untuk bersuara…

Islam itu berada pada semua perkara. Maka adakah islam lupa menunjukkan bagaimana cara berpolitik Islam.

FIKIR DAN ZIKIR...

No comments:

Post a Comment