hafiz razak

Friday, May 22, 2009

MB HARAM MENANG HARAM

Akhirnya keputusan mahkamah rayuan hari ni berpihak kepada MB HARAM dengan keputusan yang mengecewakan rakyat jelata.

apakah yang akan terjadi selepas ini :

jangan kemana-mana

Wednesday, May 13, 2009

PANDUAN BERBEKAM SECARA BERKESAN

Pengenalan Bekam

Berbekam Dari Sudut Islam :

Sebagaimana telah diperakui oleh Junjungan besar umat Islam nabi Muhammad s.a.w di dalam satu hadisnya bahawa sebaik-baik ubat untuk umatku adalah berbekam, sabda baginda :
خير ما تداويتم به الحجامه و الفصد
“ sebaik- baik ubat yang kalian gunakan adalah berbekam dan fash”
sehinggakan sebuah riwayat lagi mengatakan penduduk langit (malaikat) memerintahkan kepada penduduk bumi (melalui nabi Muhammad s.a.w) melakukan bekam kerana terdapat rahmat Allah di dalamnya. Demikianlah peringatan yang diberikan oleh malaikat kepada nabi Muhammad sewaktu perjalanan isra’ nabi.
Bagi kita yang beragama islam harus percaya bahawa berbekam banyak keistimewaanya dan faedahnya kepada pengamal rawatan tersebut, kerana ia adalah kaedah pengubatan syari’ah yang diajar oleh nabi sendiri melalui hadis-hadisnya yang sahih.

Berbekam Dari Sudut Sains :

Jika dikaji pula dari sudut sains menurut kedoktoran tradisional di bawah kulit, otot mahupun fascia terdapat suatu point atau titik yang mempunyai sifat istemewanya, jaringan antara point yang ada saling berhubungan membujur dan melintang membentuk jaring-jaring atau jala atau dikenali oleh istilah sains meridian atau habl, dengan adanya jala ini, maka terdapat hubungan erat antara bahagian tubuh sebelah atas dan bawah, kiri dan kanan, organ tubuh dan jaringan bawah kulit, organ satu dengan yang lain, kaki dan tangan, padat dan berongga dan lain-lain sehingga membentuk satu kesatuan dan beraksi secara serentak.
Maka teori yang dinyatakan diatas dapatkah dijelaskan bahawa seseorang yang sakit mata tidak perlu dibekam dimatanya, tetapi dibekam ditempat pointnya iaitu di kepala atau tengkuknya, manakala seseorang yang mengalami masalah pencernaan dapat dilihat gambaran penyakitnya di lidahnya, dan dibekam di point pencernaanya.
Adapun point istimewa yang disebut diatas dikenali sebagai motor point oleh doktor moden yang mengandungi mitokondria, kaya pembuluh darah, tinggi mioglobin dan selnya mengandungi metabolism oksidatif dan lebih banyak mengandungi cell mast, kelenja limfe, kapiler, venula, bundle dan plekus saraf.
Mereka membuat kajian apabila dibekam pada satu point, maka kulit, jaringan bawah kulit, fascia dan ototnya akan terjadi kerosakan dari mast cell dan lain-lain. Akibat dari kerosakan itu maka akan dilepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamine, bradikinin, slow reacting substance (srs) serta zat-zat yang dapat mengelokan sistem badan. Zat-zat ini menyebabkan terjadinya dilatsi kapiler yang menyebabkan terjadinya pembaikan mikrosirkulasi pembuluh darah, akibat dari itu timbul efek relakasi otot-otot yang kaku serta akibat vasodilatasi umum yang akan menurunkan tekanan darah secara stabil.
Satu lagi penelitian menunjukan bahawa pembekaman di kulit akan menstimulasi kuat saraf pemukaan kulit yang akan dilanjutkan pada pada cornu posterior medulla spinalis melalui saraf A-delta dan C, serta traktus spino thalamicus kea rah thalamus yang akan menghasilkan endorphin. Sedangkan sebahagian rangsangan lainnya akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju ke motor neuron dan menimbulkan reflek intubasi,efek lainnya adalah dilatasi pembuluh darah kulit dan peningkatan kerja jantung
Demikianlah kajian yang dibuat mengenai kelebihan berbekam menurut pandangan sains dan banyak lagi penemuan yang dibuat dengan mengkaji proses berbekam yang tidak dinyatakan di sini. Diharap dengan pendedahan yang dinyatakan diatas dapat meyakinkan kita terutamanya umat Islam untuk mengamalkan sunnah yang semakin ditinggalkan.

Persediaan Awal Perawat dan Pesakit
Persedian Perawat
• Amalan pendinding bagi perawat islam
• Ikhlas
• Alatan bekam termasuk pump vakum, gelas bekam moden, paip penyambung
• Minyak gano
• Sarung tangan satu kali pakai
• Jarum bekam satu kali pakai
• Pisau cukur satu kali pakai
• Dettol
• Kapas


Persedian Pesakit
• Puasa sebelum berbekam selama 2 jam
• Berwuduk lebih baik sebelum memulakan rawatan
• Tidak mandi selama 4 jam selepas melakukan rawatan bekam
• Jangan makan makanan yang gatal seperti telur selepas melakukan rawatan bekam
• Lakukan secara berterusan (istiqamah) rujuk perawat tempoh rawatan
• Tawakal kepada Allah yang menyembuhkan penyakit yang dihidapi
• Upah untuk perawat

Keistimewaan Amalan Berbekam
Bekam Angin
• Sunnah nabi
• Mengeluarkan angin jahat di dalam badan
• Melancarkan perjalanan darah kesemua anggota badan
• Melegakan lenguh-lenguh anggota badan
• Mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur
• Membaiki sistem dalam badan
• Mengatasi penyakit lelah, asma
• Menambah tenaga
• Mencerahkan mata
• Menyihatkan tubuh badan

Bekam Darah
• Sunnah nabi
• Mengeluarkan darah kotor dalam badan
• Mengatasi masalah kulit cth : bisul, jerawat, gatal-gatal dan sbgnya
• Mengatasi keracunan
• Cuci darah, pembuluh darah yang tersumbat
• Menyahkan toksin yang tidak diperlukan badan
• Memperbaiki sistem ketahanan badan
• Mencerahkan mata
• Menghilangkan pening kepala
• Menghilangkan sengal-sengal anggota badan
• Membetulkan sistem pencernaan
• Menyihatkan tubuh badan


Waktu Yang Terbaik Untuk Berbekam
• Pagi hari sehinggah tengahari tempoh yang terbaik
• Semasa perut kosong
• Pertengahan bulan
• Sunnah nabi pada 17, 19, 21 hb
• Sunnah nabi pada hari isnin dan selasa kerana nabi ayub disembuhkan pada hari tersebut
• Hari khamis juga sunnah mendapat berkat dari Allah

Cara / Kaedah Berbekam
Bekam angin :
1. Gosok tubuh pesakit dengan minyak gano disertakan dengan urutan
2. Letakan gelas bekam keatas tubuh pesakit dengan kadar pam yang sedarhana
3. Gerakan gelas tadi keatas dan kebawah, kiri dan kanan selama 2 minit (ini untuk menjalankan darah dan membuang angin)
4. Letakan gelas ketitik tubuh pesakit, pum gelas sehingga dapat dirasai pesakit, tekan punat hujung gelas
5. Tunggu selama 5-10 minit setiap satu gelas
6. Lakukan langkah 1-4 untuk gelas yang seterusnya
7. Selepas itu cabut gelas dari tubuh pesakit dengan menarik punat tujung gelas
8. Sapu minyak ditempat yang dibekam
9. Untuk ulangi rawatan bekam tunggu selepas 1 hari
10. Jika gelas tidak dapat menyedut,tukar punat dengan bahan bekalan yang dibekalkan
11. Akhirnya cuci alat bekam dengan dettol
12. Lap sebelum digunakan semula alat tersebut




Bekam Darah :
1. Gosok tubuh pesakit dengan menggunakan minyak gano disertakakan dengan urutan
2. Letakan gelas keatas tubuh pesakit dengan kadar pum yang sedarhana
3. Gerakan gelas tadi keatas dan kebawah kiri dan kanan(ini untuk menjalankan darah dan membuang angin)
4. Letakan gelas ketitik tubuh pesakit, pum gelas sehingga dapat dirasai pesakit, tekan punat hujung gelas
5. Tunggu selama 5-10 minit setiap gelas
6. Cabut gelas, sediakan jarum bekam untuk mengeluarkan darah kotor
7. Cucuk jarum bekam ditempat yang dibekam tadi
8. Bilangan cucukan sebanyak 40 kali untuk gelas kecil dan 50 bagi gelas besar
9. Kemudian tarik balik tempat cucukan dengan gelas yang digunakan tadi
10. Tunggu selama 10 minit lagi untuk memberi peluang darah kotor & toksin keluar
11. Sediakan kapas untuk menyapu darah kotor
12. Balut gelas bekam dengan kapas
13. Cabut punat gelas, tarik gelas tersebut dan salutkan kapas ke darah kotor
14. Lap permukaan tubuh yang dibekam dengan kapas baru dan diletakan sedikit minyak ke atas permukaan tubuh
15. Lakukan langkah 1-14 untuk gelas yang seterusnya
16. Lakukan urutan sedikit keatas tubuh pesakit
17. Basuh gelas tersebut dengan dettol
18. Jarum dan sarung tangan yang digunakan hendaklah dibuang
19. Lap alatan bekam selepas dicuci
20. Lap semula sebelum digunakan kembali

Contoh-contoh gambar rajah kaedah rawatan bekam darah :






Kelebihan Rawatan Bekam Moden
• Selamat
• Bersih
• Mudah untuk digunakan
• Boleh selaraskan kadar tarikan angin mengikut kemampuan pesakit
• Sesuai untuk semua golongan tua, muda, kanak-kanak mahupun bayi
• Lebih diyakini








Contoh alatan bekam angin & darah moden




Orang-orang Yang Dilarang Berbekam
• Orang yang sangat lemah tubuhnya cth : demam panas, terlalu tua
• Wanita yang selalu keguguran kandungan
• Wanita hamil pada tiga bulan pertama
• Orang yang baru menderma darah
• Orang yang sangat lapar atau terlalu kenyang
• Pengidap gout yang serius
• Bayi 2 tahun kebawah

Tuesday, May 5, 2009

'GHAIBNYA' SEORANG MUFTI

Pergolakan yang berlaku dinegeri Perak sehingga kini menemui jalan buntu. Peralihan kuasa yang dilakukan oleh Umno amatlah jijik dengan menggunakan Undang-undang sebagai mainan politik mereka.

Sehingga hari ini ketidakpuasan hati pimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak masih membeku didalam diri, mereka buntu dengan apa yang dilakukan Umno, betul pelbagai keputusan telah diambil, tetapi adakah keputusan itu dapat dilaksanankan dan memberi kesan kepada penceroboh untuk mengadakan Pilihan Raya semula.

Dahulunya seorang mufti yang lantang bersuara, bak singa dirimba dengan perjuangannya membela agama, dan anak bangsa, kes murtad diketengahkan, masalah sosial dikalangan remaja di suarakan, tampil mengelurkan hujah dan pendapat.

Namun apabila isu besar yang melanda melibatkan pemimpin negeri tersebut, dimana perginya suara yang lantang negara itu, dimana hujahnya berkenaan dengan kes pencerobohan yang dilakukan oleh Umno keatas kerajaan PR di Perak.

Adakah seorang mufti layak bercerita tentang agama sahaja, adakah seorang yang arif dan faqih tentang ilmu agama dan dunia layak bercerita tentang masalah sosial sahaja, siapa yang mahu mempedulikan tentang kepimpinan.

Isu kepimpinan dan menyalahgunakan kuasa adalah isu yang besar, bagaimana seorang mufti yang diberi kepercayaan dan dihormat hilang entah kemana bagaikan menyorok dibelakang dinding istana sahaja..

Sentimen tidak berpolitik, tidak berpihak harus dibuang ke tong sampah, isu di Perak adalah isu agama, bagaimana dahulunya begitu lantang dan amat digeruni dengan isu yang dibawa, tidak sedikitpun menyatakan pendapat tentang apa yang berlaku di Perak,


Golongan perundangan menyatakan hujjah dari skop perundangan, golongan agama juga wajib tampil menyatakan hujjah mereka dari skop agama. Jangan sampai nasi menjadi bubur baru terdetik untuk bersuara…

Islam itu berada pada semua perkara. Maka adakah islam lupa menunjukkan bagaimana cara berpolitik Islam.

FIKIR DAN ZIKIR...

SAYUQ HANYA SATU ISTILAH

Penulis rase terpanggil untuk menerangkan perkataan sayuq yang kebelakangan ini selalu digunakan dikalangan mahasiswa UKM. Istilah sayuq ini pada asalnya berasal dari perkataan sayur,sayur sayuran yang mana lahjah atau lograt kedahnya dipanggil sayuq.

Apa yang menggamit jiwa ialah, perkataan ini digunapakai oleh golongan senior ke atas golongan junior untuk melambangkan mereka ini lemah, lesu, tak kehadapan dan sebagainya. Rase tercabar juga apabila mengetahui makna disebalik istilah tersebut..

Kerana penulis juga salah seorang junior di UKM, tapi berpangkat senior. Apa yang nak dikongsikan disini, istilah sayuq itu jika melambangkan maksud yang sedemikian, ini bermakna kita golongan senior ini secara tidak langsung telah mendoakan adik2 kita ini menjadi lemah dengan tidak sengaja..

Patutkah apa yang dicapai oleh golongan junior pada hari ini langsung tidak membanggakan golongan senior, malah mereka memperlekehkan kita dalam usaha2 kearah yang mereka harapkan…

Berhentilah wahai abang2 senior dari menceluparkan mulut kalian tu..menyingkap sejarah anda semua menjadi junior dahulu, adakah abg2 senior pada ketika itu mengata seperti anda mengata kami sekarang..

Mana buktinya, cuba tunjukkan, cukuplah dari mendoakan kami kearah itu..kami tahu akan kemampuan kami, kami tahu kebolehan kami, sepatutnya kami dan anda dapat bersama mengembeling tenaga dan ilmu dalam mencapai masud yang satu…

Ini satu amaran dari kami golongan junior, nantikan kebangkitan kami pada semester hadapan dalam melawan arus masa yang terlaju ini…tunggulah sayuq itu akan berbalik ke tempat asalnya sedia kala..

Ayuh rakan-rakan junior, buktikan bahawa kita bukan seperti yang mereka maksudkan,kita anak jantan yang tahu berkokok, diajak bersabung kita turun…mmari bersatu dalam mencari bergerak seiringan memimpin perubahan