hafiz razak

Friday, April 24, 2009

POLITIK RETORIK KAMPUS

Cakap tak serupa bikin, itulah lafaz yang paling layak diberikan kpd ahli majlis perwakilan pelajar 09 yang terpilih dalam pilihanraya kampus tahun ini.

Pelbagai janji dan manifestor ditabur dihadapan mahasiswa/I semasa sesi berkempen untuk merai undi simpati, namun janji tinggal janji..

Sudah hampir 5 bulan diberikan peluang dan ruang kepada mereka Mpp 09, tetapi tidak nampak satu habuk pun usaha yang mereka jalankan untuk memperjuangkan hak2 mahasiswa/i

Berjuang atas nama kebajikan, tidak ketinggalan mencanang nama sebagai aspirasi kepada pelajar, hanya istilah sahaja gah, tetapi perlaksanaan goyah.

Faktor keilmuan dan pengamalan harus diterapkan kedalam diri Mpp, jangan jadi macam burung kakak tua yang hanya pandai berlagu tetapi tidak ngeri apa yang disebut..

Ayuh rakan2 yang diberi kesedaran, gerakan minda bawah sedar anda untuk memberi kesan kepada mereka2 yang masih nyenyak tidur dikolej2 supaya bangun memperjuangkan hak kta bersama.

Mari kita gerakan Mpp yang sedang lena dibuai mimpi yang panjang, supaya mereka terkesan dengan kehadiran kita..

Mari, besatu berubah

1 comment:

  1. salam, menkritik memang bagus, check n balance kepada MPP tidak kira aspirasi mahupun GMUKM tp biar ilmiah, beserta hujah yang rasional. tp artikel ni ulang perkara yang sama, kita perlu untuk tunjuk nilai mengkritik sebagai seorang mahasiswa. Kerja masih bnyak menanti, jadi khusus kepada penggerak mahasiswa gerak kerja bersama untuk membantu MPP mahasiswa merialisasikan perkara yang telah dirancang adalah perlu. bergerak seiringan memimpin perubahan........

    ReplyDelete