hafiz razak

Monday, April 20, 2009

KAU MAHU DIDEKATI, TAPI....


Macam ragam manusia kite boleh lihat disekeliling kita terutamanya kita yang duduk ditempat yang dipanggil menara gading

 

Ada satu golongan ashik dengan buku-bukunya....ada pula golongan yang sebok dengan lap topnya..tak ketinggalan ada juga yang sebok mencari keseronokan dunia....di sini.

 

Dressingnya tak payah cerita, kalah golongan artis yang diluar sana, mekapnya tebal 2 inci, pakainya berkilat mcm bintang dilangit, sumenya hanya ingin didekati.

 

Ada juga golongan yang berkopiah, berjubah sebok pula dengan dakwah bil halnya, lantaran kesibokanya habis tidak dihiraukan orang sekelilingnya yang dahagakan mahu didekati...

 

Jika diperhatikan semua golongan diatas ada alasannya yang tersendiri mahu didekati...mahu mencuri perhatian.. maka adakah mereka layak didekati orang kebanyakan dan tidak sebulu dengannya..

 

Jika golongan minah baju ketat dengan baju ketatnya, bro seluar londeh dengan seluar londehnya, mamat rambut dai dengan rambut dainya...ustazah tudung labuh dengan tudung labuhnya, ustaz kopiah dengan kopiahnya adakah mereka ini ingin didekati...

 

Semua ada alasannya tersendiri...pokoknya dimana kita mahu cari sepadan dan sedondonya yang boleh menghilangkan tanggapan (first imprestion) golongan yang mahu dekati kita...

 

Tiada guna kita hebat berkata hanya diplanet kita sahaja sehingga tiada terkesan orang disekeliling kita..berjayakah matlamat KAU MAHU DIDEKATI...

 

Atau tunggu sahaja orang yang berubah mengikut rentak kita, nak masuk golongan ini kene berkopiah, nak join golongan ini mesti berdai rambut....bukankah terbantutnya MAHU DIDEKATI ITU TADI..

 

Jika MAHU DIDEKATI pun sukar dicari...bagaimana dengan matlamat kita yang ingin dicapai bersama..

 

Bergerak seiringan memimpin perubahan

4 comments:

  1. salam, knp glgn tudung labuh sering dipersalahkan? antum tidak berhak mengHukum sedemikian.Pemakaian bukan penghalang selagi kita tahu peranan kita sebagai da'ie.Ingin degaskan, orang yang tetap denag prinsipnya, dan fleksible denag wa'qieyyahnya mampu untuk mencari mad'u wl antum mungkin tidak dapat melihat di depan mata.

    ReplyDelete
  2. dalam kaedah usul fiqh, sumber hukum klasifikasi meraikan urf dirai bagi mendapatkan manfaat yang lebih..bukan tudung yang dipersalahkan, tetapi gaya pembawakan diri dai'e perlu diperhalusi,supaya orang tak tengok kita terkejut mcm tengok hantu

    ReplyDelete
  3. sedihnya kalau yg ustaz hafiz maksudkan adalah golongan btudung labuh yg memakai tudung labuh nih..
    hanya nak tarik perhatian..

    ReplyDelete
  4. salam, saudara, method dakwah mempunyai pelbagai cara yang boleh kita gunakan, tapi saudara melihat skop yang cukup kecil sedangkan islam tidak pernah mengecilkan ruang lingkup dakwah, mengapa harus melihat jika muslimat bertudung labuh perlu untuk berubah bagi mendekati mad`u sedangkan aspek yang lain tidak dititikberatkan. dari sudut thaqafah pula bagaimana dan lain2 aspek lg. perubahan bagus tapi pemahaman kepada perubahan adalah penting, jika kita sebagai pengerak islam sendiri tidak mampu untuk memaham diri kita sendiri, jangan kita berbicara untuk memahamkan orang lain tentang islam. sama-sama kita fikirkan bersama...

    ReplyDelete