hafiz razak

Monday, March 30, 2009

Bahang Exam Telah Terase

huh...tu la kau ni 1 year dah sebok2 nak aktif ngan persatuan, aku dah pesan kat kau banyak kali...relekxx dulu, awal lagi nak aktif-aktif pun...kan dah tak cukup tangan nak wat keje pesatuan lagi,kelas lagi,mcm2 la lagi...aku tengok sekarang ni kau pun dah tak terurus la bro..

itulah ucapan yang terpacul dari rakan2 yang menyayangi diri ku yang hina nih...ape boleh buat, dah jadi tanggungjawab tu pikul sume tugas-tugas nih...terutamanya tugas yang ditinggalkan o nabi-nabi terdahulukan...

ape pun, kehidupan mesti diteruskan, ini lah yang akan mematangkan kita dalam kehidupan bro....kelas, kelas la cam biase, persatuan tetap persatuan kan, sape yang dah berkeluarg, berkeluarga la kan...exam, exam la..nak wat cam ne, SUNNATULLAH sume nih, cam ne kite nak maneg timeing kt bagi betul dengan kehidupan realiti kt kan..

kadang-kadang kite je tak sedar yang hari-hari kt dah terbuat keje persatuan secara tak langsung kn...yang kt belaja tu bukan ke kesatuan untuk daulah islamiyyah...kene ade orang yang sebahagiannya pergi perang yang sebahagian yang lain pergi belajar, ape pun, nak cakap kat sini..kalau kite terlibat ngan persatuan, kite dapat bonus untuk mengasuh,mengasah bakat kepimpinan dalam persatuan kan

kite tak sedar ke sehari-hari kite exam dengan Allah, malaikat kiri,kanan tak henti2 perhatikan kite buat exam dalam kehidupan...dah ape nak takut ngan exam dunia ni brooo...kate aktif persatuan poiter jatuh la....pointer tu sape yang bagi...usaha tu sape yang bagi broooo....


sory la tak sempat nak ngadap com betul2...edit ape yang ade je,salam

Saturday, March 21, 2009

DKI V MEMBUKTIKAN KESYUMULAN ISLAM

DKI V MEMBUKTIKAN KESYUMULAN ISLAM

Syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya ISIUKM dengan kerjasama Aman Palestin telah berjaya menganjurkan konsert Dimensi Kesenian Islam KE – 5 pada hari semalam.

Apa yang boleh dikongsi disini, bahawa konsert ini telah membuktikan kesyumulan Islam dalam memberi alternetif kepada program-program hiburan yang menjalar di vasiti kita yang tercinta ini.

Konsert yang di mc kan oleh saudara Amin Idris yang diimport khas dari UIAM itu telah membuka mata hati para pencinta muzik tanah air bahawa konsert ini bukan sekadar dihadir oleh umat islam sahaja malah turut menyertainya ialah orang dari Negara Jepun yang baru sahaja ditanyakan soalan kepadanya oleh bro Amin Idris pada malam tadi.

Hahaha..ape lagi hujah ayang boleh kamu semua berikan yang mengatakan Islam ini jumud, tak bersifat kontemperori dan sebagainya..hari ini kami telah buktikan..berhibur bolehhhhh…

Berhibur boleh, tetapi islam tidak terhenti setakat berhibur sahaja, malah Islam menyediakan elemen2 untuk menyedapkan lagi hiburan tersebut..

Takkan Islam yang selama ini mengajar kita bersifat future view tidak dapat menyelesaikan masalah yang kecil ini…atau kita yang tidak tahu bagaimana berhibur dengan betul kan..fikir2 kan,

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ISIUKM DAN AMAN PALESTIN KERANA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN KONSERT YANG GILANG GEMILANG, KESAN YANG CEMERLANG DAN INSYALLAH TERBILANG INI..

ISLAM 4 ALLL LAH…

Monday, March 16, 2009

ALTERNATIF KEPADA SEMUA KONSERT DI UKM

Konsert Amal Manis V (DKI II)

Anjuran ISIUKM, Dengan kerjasama Aman Palestin, Nasyid Fm dan Pusat Kebudayaan UKM yang akan diadakan pada 21 MAC 2009 jam 8.00 malam di DECTAR UKM, akan menjadi alternatif kepada pencinta-pencinta seni suara terutamanya yang masih mencari-cari muzik yang bercorak mengajak kepada insan kembali menyulan jiwa dengan ketuhanan..konsert ini dirasakan memberi peluang kepada para muda-mudi terutamanya di UKM ini untuk berhibur mengikut lunas-lunas syariat yang ditetapkan, orang lain berhibur juga kan..tetapi tidaklah sampai lupa akan dunia yang dipinjamkan kepada kita nihhh..

Cite banyak tak guna..jom beli tiket yang berharga 6 ringgit shj

Jumpa disana..

Tuesday, March 3, 2009

Ekonomi Menurut Islam

Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap merangkumi segala aspek, termasuklah dari segi menentukan kelakuan ekonomi. Islam mempunyai nilai yang berbeza dari segi menentukan kelakuan ekonomi ini disebabkan islam itu sendiri bermaksud tunduk dan menyerah diri. Segala amalan ekonomi mestilah dirujuk pada perintah Allah s.w.t dari segi hukum halal, haram, wajib, sunat, harus dan makruh. Islam juga melengkapkan sistem ekonominya dengan ciri-ciri akhlak yang unik seperti sifat ikhlas, jujur, amanah, ihsan, sabar, takwa, tidak angkuh, tidak tamak, tidak dengki semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., ini kerana ekonomi Islam ditegakkan berdasarkan peganagan ajaran agama terhadap kehidupan, manusia dan Allah s.w.t. Dapat ditegaskan di sini bahawa ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian demi mendapat keredhaan Allah s.w.t

Muamalat merupakan perhubungan sosial yang mengandungi berbagai-bagai kegiatan ekonomi dan bukan ekonomi, dari segi hubungan dengan kegiatan ekonomi, islam mengatur kegiatan ini dengan peraturan dan prinsip yang unik, ia merupakan had-had Allah s.w.t yang barangkali dapat memberikan kelebihan sistem-sistem ekonomi Islam jika dibandingkan dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Ekonomi Islam dengan sendirinya melibatkan ibadat dan diberi nilai pahala jika mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan baik dari segi memenuhi tuntutan aqidah, akhlak mahupun syariat. Disamping menyentuh soal pemberian pahala yang akan dibawa di ke akhirat kelak ia juga membincangkan konsep hak milik dan kesamaan manusia yang berlandaskan konsep tauhid kepada Allah s.w.t . Konsep tauhid merangkumi hubungan antara manusia dengan penciptanya dan hubungan manusia dengan manusia. Ini dikuatkan lagi dengan konsep rububiyyah kepada Allah s.w.t sebagai penguasa yang membuat peraturan bertujuan menjaga dan menampung kehidupan mahluk kepada kesempuraan. Dalam konteks ekonomi, rububiyyah merupakan peraturan Ilahi bagi menyusun rezeki dan kegiatan ekonomi manusia demi kepentingan yang sebenar. Konsep Tazkiyyah pula memberi kesucian jiwa dan ketinggian akhlak, pembersihan harta adalah melalui zakat dan sedekah dapat memenuhi konsep rububiyyah seterusnya menjadikan pengamalnya terpaut dengan ketiga –tiga konsep yang disebut untuk melahirkan perlakuan yang mereka lakukan terutamanya dalam bidang ekonomi ini sebagai satu tuntutan Ilahi.

CIRI – CIRI EKONOMI ISLAM

Ekonomi Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri berbeza dengan sistem yang diperkenalkan oleh barat yang hanya mementingkan keuntungan menjadi ciri utamanya. Al-Assal dan Abdul Karim mengemukakan dua ciri ekonomi Islam yang penting iaitu merupakan sebahagian daripada sistem kehidupan dan kedua keseimbangan antara kepentingan individu dengan masyarakat. Ciri-ciri yang terdapat dalam Islam itu juga sebenarnya menjadi ciri-ciri ekonomi Islam. Antara ciri-ciri ekonomi Islam ialah :

1. Ekonomi yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah

2. Ekonomi yang merupakan bahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan Islam yang lengkap.

3. Ekonomi yang akan sentiasa menyeimbangkan kepentingan individu dan masyarakat.

4. Kegiatan ekonomi yang bersifat kebendaan tetapi masih bercorak kerohanian

5. Ekonomi yang sentiasa sesuai sepanjang zaman dan masa kerana sifatnya yang tetap dan dinamik

6. Ekonomi yang asas hukumnya ialah Al-Quran dan As-Sunnah.