hafiz razak

Thursday, January 29, 2009

Mahasiswa Dipersimpangan Jalan

Seminggu sudah berlalu bagi pilihanraya kampus-kampus yang berada disekitar lembah klang, seperti di UM,UKM,UIAM, dan sebagainya, yang mana keputusan telah diperolehi disetiap kampus masing-masing, apa yang pasti momantem perubahan yang ditunjukkan oleh para mahasiswa disetiap kampus menunjukkan paras yang positif untuk bersatu berubah, tetapi dikekang habis-habisan oleh tangan-tangan ghaib dalam pilihanraya yang lalu.

Apa yang penting kita mahukan mood ini dipertingkatkan dari semasa ke semasa, agar hak-hak mahasiswa kembali menyinar. Sebagaimana yang diketahui semakin hari mahasiswa semakin berada dipersimpangan antara perjuangan idealisme dan pragmatisme, peranan mahasiswa sebagai agent of change dan guardian of value seolah-olah terus memudar seiring berjalanya waktu.

Begitu janggal mengapa suara mahasiswa sejak kebelakangan ini tidak kedengaran seolah kontra dengan harapan pada mahasiswa sebagai aspirasi murni pembawa suara murni rakyat.? Mungkin catatan sejarah tiddak lagi mencatat mahasiswa sebagai motor pengerak kepada perubahan sosial? Bagaimana pula dengan jolokan menara gading yang diberikan kepada kampus universiti? Atau apakah mahasiswa kini lebih suka dunggu daripada bakti siswa kepada sosial?

Realiti hari ini dilihat bahawa mahasiswa semakin jauh dengan masyarakat, asosial, egois sudah lama menjadi bualan mulut orang, mahasiswa lebih melulu kepada urusan akademik dan menjauji aktivitis kemasyarakatan, ungkapan mahasiswa sebagai agen perubahan menuntut mahasiswa harus selalu di hadapan sejajar dengan jolokan sebagai kaum intelektual dan kelompok yang terpilih, namun bukan beerti mahasiswa memisahkan diri dari masyarakat dengan gerakannya yang elitis dan bersifat eksklusif. Mahasiswa dan masyarakat bekerjasama ini kerana mahasiswa adalah sebahagian daripada masyarakat.

Mahasiswa kini sebok dengan essingment dalam bidang ilmu pengetahuan, terkadang tidak ubah seperti menampal balang yang bocor, jika pemerintah kini diibaratkan seperti balang yang bocor itu tadi, seharusnya mahasiswa mengambil peranan sebagai penampal kepada balang yang bocor tadi ataupun menjadi menggantikanya sahaja. Dalam hal ini mahasiswa berperanan sebagai kontrol politik mencari cara untuk melakukan kontrok tersebut dan harus memikirkan dan disesuaikan agar tetap berada diatas jalur damai.

Jika dikira terdapat banyak faktor yang menyebabkan mahasiswa kini tipis dengan sensitiviti sosialnya dan sebok dengan urusan sendiri walaupun tidak semua mahasiswa begitu. Sebut sahaja sistem pendidikan kini yang besalut kapitalistik, yang hanya berbicara soal material dan penciptaan kuantiti, bukannya kualiti. Namun tak akan ada habisnya untuk kita menyalahkan itu dan ini jika tidak bermula dengan diri kita dan komuniti yang berhampiran kita terdahulu.

Sebaiknya mahasiswa tidak terjebak dengan polorisasi dan pengkotak-katik, akhirnya menguntungkan sesuatu pihak dan merugikan mahasiswa sendiri. Perbezaan ideologi mesti dilepaskan demi perjuangan atas nama masyarakat yang luas. Perjuangan ini menuntut kerja keras dan bahkan terkadang mengganggu jam belajar kuliah namun ini semua bukan boleh dijadikan alasan yang kukuh untuk mahasiswa berdia diri sahaja. Peranan mahasiswa boleh disesuaikan dengan kapasiti masing-masing misalnya mewujudkan budaya keilmuan seperti diskusi, dan menjadi pahlawan dalam bidang masing-masing serta turun kejalan sekala-sekala. Apa yang penting mahasiswa berani menunjukkan sikap dan komitmennya.

Monday, January 19, 2009

Calon anda no 6

Assalamualaikum rakan-rakan//
Setelah beberapa hari berlalu pilihanraya kampus ukm, barulah hari ini calon anda no 6 diberi oleh ALLAH ruang dan peluang untuk mencoret sedikit kata hati di blog ini..

Bukan untuk menceritakan perkembangan pilihanraya kampus dan sedikit pengalaman yang ku dapat dari peristiwa yang berlaku semasa pilihanraya kampus lalu tetapi hanya ingin memanjangkan ucapan TAHNIAH KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG BERJAYA MENGHARUNGI PILIHANRAYA DENGAN JAYANYA.

Setinggi penghargaan juga ku ucapkan kepada papa dan mama (bro syi & kak ha) dan lain-lain kerana sanggup bersengkang mata untuk mengajar kami calon-calon ini meningkatkan prestasi diri sebagai calon pro-m takbir....
semua urusetia-urusetia yang terlibat dalam menjayakan pilihanraya kampus kali ini yang menyaksikan pro-m ukm menggondol 12 kerusi dari 4 tahun lalu...
ini berkat dari kalian semua, tahniah, i love u alll...

Tuesday, January 6, 2009

Monday, January 5, 2009

HANCUR ISRAEL

Setiap hari dan waktu kita terdengar penderitaan dan tangisan daripada saudara kita yang berada di PALESTIN melalui saluran-saluran media masa dan sebagainya. Sejak awal muharram 1430 israel laknatullah telah melakukan jenayah perang terhadap negara palestin yang kita cinta. Dimana salah dan silap yang menjadi percaturan golongan anjing itu yang sewenang-wenagnya melancarkan serangan terhadap rakyat palestin yang tidak berdosa itu..
Dunia hari ini bersatu tanpa mengira kaum, agama, etnik, bersatu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap serangan yang dilakukan oleh israel. Mereka (israel) memberi alasan bahawa yang mereka serang itu adalah kem-kem tentera hamas, tetapi apa yang dapat dilihat bukan sahaja kem tentera dan pusat-pusat pentadbiran sahaja menjadi sasaran israel malah tempat-tempat awam juga dijadikan sasaran untuk mereka melancarkan serangan...
Kita mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan yang dilakukan...malah masyarakat dunia boleh bersatu untuk menyatakan pendirian mereka supaya menghentikan serangan tersebut
Jumlah terkini yang syahid dikhabarkan mencecah 500 orang dan 87 terdiri daripada kanak-kanak..dimana obama yang dikatakan wira baru masyarakat dunia..serupa macam ogawa je....
justeru dimanakah peranan kita sebagai saudara seislam sehinggakan hendak mengangkat tangan berdoa dan solat hajat dan ghaib pun tidak mampu untuk dilakukan, apatah lagi untuk bersama-sama syahid di medan pertempuran.
bersama-sama kita memboikot barangan israel dan amerika....

hidup islam