hafiz razak

Wednesday, December 30, 2009

KRONOLOGI SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Perjalanan sirah Nabi Muhammad S.A.W menempuh satu tempoh perjalanan yang panjang. Sejak dari peristiwa sebelum kelahiran Nabi diatas muka bumi lagi telah tercatat catatan sirah perjalanan Baginda. Sirah baginda mesti dikaji bagi setiap muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin islam itu semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam itu satu bersatu. Dengan tertulisnya kronologi sirah Rasulullah ini sedikit sebanyak membantu kita memahami peribadi Nabi Muhammad menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Selain itu memberi gambaran sirah Nabi Muhammad sejak dilahirkan sehingga Baginda wafat seterusnya membentangkan kepada kita perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut perkiraan tahun masihi dan hijrAH.

1. Tahun 569 Masihi : Meninggalnya Ayah Baginada, Abdullah
Pada tahun ini bapa Baginda Nabi Muhammad telah meninggal dunia, Baginda adalah anak yatim ketika dilahirkan, ayahandanya wafat ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya Aminah.

2. Tahun 570 Masihi, Tanggal kelahiran Nabi Muhammad (perkiraan), 20 April
Baginda dilahirkan pada tahun gajah, iaitu tahun dimana Abrahah al-Asyram telah melanggar masuk ke kota Mekkah dalam percubaan hendak menawan dan memusnahkan Kabbah. Mengikut pendapat yang paling hamper dengan kenyataan, baginda telah dilahirkan pada hari isnin tanggal 12 haribulan Rabi’ul Awal.

3. Tahun 576 Masihi, Meninggalnya ibu Baginda, Aminah
Bondanya telah wafat ketika baginda berusia 6 tahun. Ini membawa baginda menjadi seorang yatim piatu. Dengan itu maka datuknya pula yang mengambil peranan mendidik Rasulullah tetapi tidak berape lame kemudian datuknya pula meninggal dunia, masa itu baginda berusia 8 tahun dan dipelihara oleh bapa saudaranya pula Abu Talib.

4. Tahun 583 Masihi, Perjalanan pertama ke negeri Syam.
Pada usia Nabi 12 tahun bapa saudaranya Abu Talib telah membawanya bersama-sama ke negeri Syam ( Syria ) ketika mereka sampai ke tempat yang bernama Basra mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama “Buhaira” seorang yang bijak mengenai kitab injil dan agama Nasrani (Kristian) beliau memerhatikan Nabi Muhammad dan bertanya kepada Abu Talib adakah budak yang bersama kamu adalah anakmu, maka jawab Abu Talib ia adalah anakku, oleh kerana Abu Talib terlalu menyayangi Nabi Muhammad maka beliau telah mengakui Nabi adalah anaknya. Lalu tertanya Buhaira lagi, mustahil ini adalah anak kamu sedangkan bapanya telah wafat, lalu barulah Abu Talib mengakui bahawa Nabi Muhammad bukan anak nya tetapi adalah anak saudaranya dan memberitahu bahawa Nabi adalah seorang yatin piatu, paderi itu menambah, memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam injil dan disini ingin saya member nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh puak-puak orang yahudi mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini dimasa hadapan nanti akan membawa suatu khabar yang besar dan agung, maka Abu Talib pun bersegera pulang ke Mekah bersam Rasulullah s.a.w.

5. Tahun 595 Masihi, Bertemu dan menikah dengan Khadijah
Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah adalah seorang saudagar yang mahsyur pada masa itu, ramai orang-orang arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya itu sebagai modal perniagaan mereka.
Bila mana khadijah mendengar khabar tentang Nabi Muhammad yang mulia dan akhlaq yang terpuji itu lalu ia terus mempelawa Nabi Muhammad supaya menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup member untung lebih dari apa yang pernah diberikan oleh orang lain. Dalam usaha menjalankan urusan perniagaan barangan Khadijah itu, Baginda diiringi oelh seorang budak suruhan Khadijah yang bernama Maisarah. Tawaran itu telah diterima oleh Nabi dengan rea hati dan ikhlas. Baginda terus belayar bersama budak suruhan yang bernama Maisarah itu ke negeri Syam. Dalam perniagaan itu Baginda telah mendapat untung yang banyak dana berlipat ganda. Bila baginda pulang menemui Khadijah dengan keuntungan yang diperolehi, Baginda terus menyerahkan hasil keuntungan tersebut kepada Khadijah. Semasa di Syam, Maisarah telah melihat dengan mata kepalanya sendiri dan tertawa dengan budi pekerti baginda Nabi Muhammad yang mulia dan segala-galanya it uterus diceritakan kepada Khadijah. Khadijah sungguh tertawa dengan sifat amanah dan budi pekertinya yang tinggi dan lebih menghairankan lagi ialah kelabaan dan kelebihan yang diperolehinya dengan berkat baginda.
Dengan perantaraan Nafsiah binti Manbah, Khadijah telah menawarkan dirinya kepada Nabi Muhammad untuk menjadi teman hidupnya yang halal. Tawarannya tadi tlah disambut baik oleh Muhammad dan dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya Amru bin Asad. Maka perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamatnya. Di kala itu Baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.

6. Tahun 610 Masihi,Wahyu pertama turun: Makkah
Daripad Aisyah Ummil Mu’minin dikhabarkan bahawa ia telah berkata :
Permulaan wahyu yang dimulakan kepada Rasulullah ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah junjungan bermimpi satu mimpi melainkan datangnya mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan kepadanya berkhalwat berasing diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira’ dan beribadat didalamnya, iaitu beribadat didalam masa beberapa malam.
Malam itu ialah suatu malam di dalam bulan Ramadhan, bertepatan pula pada malam Lailatul Qadar, ketika Baginda sedang baring terdengar satu suara menggema datangnya yang mengatakan ‘Iqra’ lalu jawab nabi Muhammad aku tidak boleh membaca, keudia Baginda merasakan seperti orang mendakapnya, hamper sahaja Baginda lemas dalam dakapan dan kedengaran sekali lagi suara tersebut sehingga 3x diulangkan perkataan tersebut. Lalu Malaikat yang diperintahkan Allah untuk memimpin Muhammad terus membaca ayat Iqra tersebut.

7. Tahun 610 Masihi, Ditunjuk sebagai Nabi: Makkah
Sekembalinya nabi dari Gua Hira’ dalam keadaan ketakutan dan menggigil lalu Baginda meminta isterinya Khadijah untuk menyelimutkannya, lalu baginda menceritakan apa yang berlaku terhadapnya. Semasa Baginda sedang berehat, Khadijah pergi kerumah Waraqah bin Naufal anak bapa saudaranya untuk menceritakan apa yang berlaku kepada suaminya. Waraqah adalah seorang yang alim dan mempelajari Taurat dan Injil, lalu katanya setelah diceritakan oleh Khadijah yang dating pada nabi Muhammad adalah Malaikat Jibril dan sesungguhnya suamimu adalah seorang Nabi

8. Tahun 613 masihi, Memulai menyebarkan Islam kepada umum: Makkah
Pada tahun ini nabi Muhammad telah memulakan tugas yang dipertanggunjawabkan kepadanya iaitu berdakwah secara sulit. Ia dijalankan secara sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya kerana mereka fanatik dengan penyembahan berhala.

9. Tahun 614 Masihi, Mendapatkan Pengikut:
Setelah usaha dakwah dilakukan secara sulit, maka terhasillah pengikut-pengikut nabi yang menerima seruan yang disampaikan nabi Muhammad,antara orang yang terawal menerima seruan nabi ialah :
• Sayyidatian Khadijah
• Ali bin Abi Talib
• Zaid bin Harithah
• Abu Bakar bin Quhafah
• Uthman bin Affan
• Al-Zubir bin Awwam
• Abdul Rahman Auf
• Saad bin Waqqas

10. Tahun 615 Masihi, Hijrah pertama ke Habsyah
Setelah Rasulullah sendiri melihat penyeksaan demi penyelsaan yang dilakukan oleh pihak Quraisy terhadap orang-orang Islam, Baginda sendiri tidak dapat melindungi mereka lalu Baginda sendiri mengemukalan cadangan agar mereka berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) kerana raja di Negara itu tidak kejam dan zalim. Antara mereka yang turut dalam penghijrahan tersebut ialah : Uthman bin Affan dan isterinya Ruqaiyah putrid Rasulullah, Abu Huzaifah berserta isterinya, Al-Zubir bin Al-Awwam

11. Tahun 619 Masihi, Tahun kesedihan: Khadijah dan Abu Thalib meninngal
Kemangkatan Siti Khadijah isteri Rasulullah dan Abu Talib bapa saudaranya di tahun kesepuluh selepas kebangkitan dan pengutusannya sebagai Rasul, merupakan saat yang paling pahit ditempoh oleh Rasulullah. Ibnu Sa’ad menceritakan: bahawa selepas sebulan lima hari dari kematian Khadijah maka Abu Talib pula turut wafat. Khadijah seperti mana yang diterangkan oleh Ibnu Hisyam adalah meneri kebenaran dan kepercayaan bagi Islam, di mana Rasulullah mengadu hal perihal dirinya, dan khadijahlah orang yang menghiburkan dan menghilangkan kedukaan Rasulullah, sedangkan Abu Talib pula adalah pembantu dan penolongnya membantu untuk menghalang pencerobohan kaumnya.

12. Tahun 620 Masihi,Isra’ dan Mi’raj
Dimaksudkan dengan isra’ disini ialah perjalanan yang mulia lagi bersejarah dari Masjid Al-Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Al-Quds di Palastin, adapun Mi’raj pula ialah peristiwa naik kelapisan langit teringgi dimana Nabi Muhammad telah bertemu dengan Allah dan peristiwa itu berlaku dalam semalam sahaja.

13. Tahun 621 Masihi Bai’at Aqabah pertama
Islam mula berkembang di Madinah sekitar tahun ini, sekumpulan orang Ansar pun tiba seramai 12 orang lelaki bertemu di Al-Aqabah. Pertemuan ini dikenali sebagai Al-Aqabah Al-Ula atau Aqabah pertama. Perjanjian pun dimeterai seperti perjanjian wanita juga (perjanjian yang tidak melibatkan soal peperangan dan jihad) diantara mereka itu ialah :
• As’ad bin Zurarah
• Rafia’ bin Malik
• Ubadah bin Al-Samit
• Abu Al-Haitham bin Al-Tihan

14. Tahun 622 Masihi Bai’at Aqabah kedua
Menurut Muhammad bin Ishak yang diriwayahkan dari Kaab bin Malik katanya : kami telah berjanji dengan Rasulullah untuk bertemu di Al-Aqabah pada hari Tasriy. Selepas selesai kami mengerjakan Haji dan tepat pada malam yang telah kami janjikan itu, kami pun tidur bersama-sama keluarga dan barang-barang kami. Bila sampai sepertiga malam kami pun keluar dari kediaman menuju ke tempat yang dijanjikan untuk menemui Rasulullah. Keluar dengan perlahan-lahan bersembunyi seperti burung qata sehingga kami bertemu kesemua berjumlah 70 orang lelaki dan 2 orang perempuan keluarga kami iaitu Nasibah binti Kaab dan Asma’ binti Amru bin Adiy.

15. Tahun 622 Masihi, Hijrah ke Madinah (Awal hijrah )
Sokongan dan pertolongan yang diberikan penduduk Yathrib merupakan tamparan hebat yang cukup memalukan para pemimpin Quraisy di Mekah. Kejadian ini membuat mereka semakin menganiaya kaum muslimin yang berada di Mekah. Para sahabat yang semakin tidak tahan menanggung siksaan itu dating brtemu Nabi meminta izin untuk berhijrah. Akhirnya setelah berfikir beberapa hari, nabi menyuruh mereka berhijrah ke Yathrib berperingkat-peringkat.

16. Tahun 624 Masihi, Pertempuran Badar ( 2 H )
Pada 17 ramadhan tahun ke-2 hijrah telah tercetusnya peperangan badar yang berpunca dari sekatan yang dilakukan Nabi Muhammad keatas rombongan Quraisy yang besar menuju ke Syam untuk mengambil kembali harta rampasan yang telah di ambil oleh pihak Quraisy dari orang muslimin di Mekah satu ketika dahulu, ketua dagangan Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufian membawa 950 orang tentera, 100 ekor kuda dan 700 ekor unta untuk menghadapi Nabi . Dengan kekuatan seramai 313 orang dari pihak muslimin maka peperangan tercetus di lembah Badar. Kemenangan berpihak kepada tentera muslimin
17. Tahun 625 Masihi, Pertempuran Uhud (3 H )

Apa yang menimpa Quraisy semasa di Badar sangat dirasai hingga kini, lalu dengan harta yang berbaki dengan mereka, mereka golongan Quraisy telah bertekada untuk menyusun tetera bagi memerangi tentera islam, pihak Quraisy dapat mengumpul orang-orangnya seramai 3000 orang yang turut disertai oleh Al-Ahabisy iaitu sekutu kepada bani Al-Mustholiq dan bani al-Hun bin Khazimah. Nabi mendapat berita tentang kemaraan tetera musyrikin melalui surat yang dihantar oleh bapa saudaranya Al-Abbas bin Mutalib, lalu nabi bersiap siaga mengumpul bala tentera pihak muslimin. Dengan takdir Allah kaum muslimin hamper kalah dalam pertempuran uhud ini kerana tidak mengikut arahan yang dikeluarkan nabi kepada tentera berpanah yang duduk diatas bukit uhud dari turun mengambil harta ghanimah yang ditinggalkan

18. Tahun 627 Masihi,Pertempuran Khandak-Ahzab ( 5 H )
Islam telah berkembang pesat di Madinah, dengan perkembangan Islam itu penduduk Madinah menjadi lebih kuat, kaum Yahudi tidak senang duduk, lalu mereka bercadang untuk membunuh nabi, laklu mereka menyusun langkah bertemu dengan pimpinan Quraisy di Mekah. Oleh itu Quraisy dan pengikut-pengikutnya telah membuat persiapan. Mereka diketuai oleh Abu Sufian membawa panji-panji dan bilangan mereka ialah 4000 orang, 300 ekor kuda dan 1500 ekor unta. mereka juga dibantu oleh bani-bani lain yang jumlah bilangan mereka ialah 10000 berbanding dengan tentera muslimin yang hanya sekitar 3000 orang sahaja. Tetapi dengan stratergi yang disusun oleh nabi sebagai contoh menggali parit di sekitar Madinah membuahkan kejayaaan kepada tentera muslimin dalam peperangan tersebut.

19. Tahun 628 Masihi, Perjanjian Hudaybiyah ( 6 H )
Renteten dari peperanga yang dilalui oleh kaum Quraisy mereka merasa takut dan menghantar Suhail bin Amru untuk berbincang mengenai perjanjian damai, maka termetrailah satu perjanjian damai yang dipanggil perjanjian Hudaibiyyah, antara isi perjanjian tersebut ialah :
• Gencatan senjata di antara Quraisy dan Muslimin selama 10 tahun
• Orang Quraisy yang pergi mendapatkan orang islam hendaklah dikembalikan, dan orang islam yang pergi mendapatkan orang Quraisy tidak perlu dikembalikan
• Nabi tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun ini melainkan tahun hadapan
• Sesiapa orang Quraisy yang ingin bergabung dengan nabi dibolehkan.

20. Tahun, 628 masihi pertempuran khaybar ( 7 H )
Pada tahun ini nabi mengarahkan muslimin supaya bersedia untuk menyerang orang-orang Yahudi yang tinggal di Khaibar. Nabi keluar menuju ke Khaibar setelah melantik Siba’ bin Urfuthoh al-Ghifari sebagai penggantinya di Madinah. Isteri Baginda yang turut menyertai peperangan ini ialah Ummu Salamah. Nabi yang melantik Ali bin Abu Talib mengepalai tetera muslimin berjaya mencapai kemenangan dan menawan kubu kuat kaum Yahudi.

21. Tahun 629 Masihi, Pertempuran Mu’tah ( 8 H )
Peperangan ini berlaku diatas tuntut bela keatas kematian Al-Harith bin Umar Al-Azdiyy, utusannya ke Basra. Baginda melantik Zaid bin Hariithah sebagai ketua dan berpesan : sekiranya Zaid terbunuh, maka Jakfar akan menggantinya dan sekiranya Jakfar terbunuh maka yang menggantikkannya ialah Abdullah bin Rawahah. Tentera muslimin menghadapi hentangan sengit di kerana mereka bergabung dengan bala tentera Rom yang beragama Nasrani. Ketiga-tiga pemimpin yang diutuskan nabi telah mati syahid di pertempuran mu’tah, didalam kekalutan tentera muslimin yang kehilangan pemimpin maka muncul pedang Allah iaitu Khalid al-Walid mengambil tempat sebagai ketua bagi kaum muslimin. Maka berbekalkan kemahiran yang ada padanya yang mahir dengan strategi peperangan tentera islam diberi kemenangan oleh Allah.

22. Tahun 630 Masihi, Pembukaan Kota Makkah ( 8 H )
Hasil dari perjanjian Hudaibiyyah yang telah dipersetujui bersama di antara Rasulullah dan kaum Quraisy itu dipatuhi oleh kedu-dua pihak, tidak lama kemudian nabi memerintahkan kaum muslimin untuk bersiap sedia untuk berangkat ke Mekah, seramai 10000 orang muslimin mengikut nabi ketika itu. Kaum muslimin yang berjumlah 10000 rang itu menyalakan api dipinggir khemah masing-masing. Mereka duduk di dalam khemah sambil berzikir dan bertasbih. Lalu abu sufiyan terpandang nyalaan unggun api itu dengan rasa terkejut melihat satu nyalaan yang banyak. Takkala perasaan cemas menyelubungi Abu Sufian dengan keadaan Mekah keesokan harinya lalu bertemu Abbas untuk menyatakan pendapatnya. Lalu dengan nasihat dari Abbas, Abu Sufian telah menyatakan keislamnnya.

23. Tahun 630 Masihi, Pertempuran Hunain ( 8 H )
Dengan pembukaan kota Makkah itu berkecailah kerajaan berhala, dan semua orang arab tunduk kepada Islam dan mereka memeluk Islam beramai-ramai. Tetapi terdapat dua kabilah yang masih berdegil den diresapi oleh semangat jahiliyyah iaitu Hawazin dan Thaqif. Lalu mereka mengatur rancangan untuk memerangi rasulullah dan melantik Malik bin Auf al-Nasri sebagai ketua. Apabila Rasulullah mengetahui berita tersebut seramai 12000 orang tentera keluar bersama Rasulullah, orang muslimin yang bangga dengan ramainya mereka hampir kalah dalam pertempuran ini dengan tipu muslihat yang dilakukan oleh pihak musuh. Walaupun begitu, dengan kebijaksanaan nabi menguruskan barisan tentera perang akhirnya berjaya merai kemenangan dalam peperangan tersebut.

24. Tahun 632 Masihi, Pertempuran Tabuk ( 9 H )
Peperangan yang terakhir disertai Nabi ini adalah disebabkan Rom telah mempersiapkan tentera untuk memerangi Madinah, dalam peperangan ini Nabi sendiri mengarahkan muslim yang kaya menyerahkan harta bagi membantu tentera muslimin ini kerana peperangan ini terjadi semasa keadaan yang agak susah dan tiada kelengkapan serta banyak kesulitan yang dihadapi tentera Islam. Dikhabarkan seramai 30 000 orang menyertai Nabi dalam peperangan ini, peperangan yang berlaku di Syam itu akhirnya berpihak kepada tentera Islam walaupun ia dibayar dengan harga dan pengorbanan yang tinggi oleh para sahabat. Nabi yang selama ini merahsiakan perjalanan sesuatu peperangan memberitahu perjalanan peperangan ini menggambarkan kesukaran yang dihadapi oleh tentera muslimin.

25. Tahun 632 Masihi, Haji Wada’ ( 10 H )
Pada tahun ini, Rasulullah mengerjakan haji wada’ bersama-sama orang ramai. Itulah haji selamat tinggal kepada muslimin. Itulah juga satu-satunya ibadat haji yang dilakukan oleh Rasulullah. Baginda keluar mengerjakan haji pada 5 zul qaedah dan melantik Abu Dujanah al-Anasari sebagai penggantinya di Madinah. Bilangan yang mengikuti Rasulullah mengerjakan haji menjangkau 90 000 orang. Rasulullah s.a.w berihram haji ketika manaiki tunggangannya kemudia bertabliah

26. Tahun 632 Masihi, Meninggal (8 Juni): Madinah ( 10 H )
Pada tahun ini, adalah tahun wafatnya penghulu segala anbia, waktu dhuha Baginda wafat. Peristiwa ini berlaku pada hari Isnin 13 Rabi’al-Awwal tahun 10 H denagn usia Baginda 63 tahun 3 hari berdasarkan tahun hijrah 61 tahun 84 hari berdasarkan tahun Masihi. Sahabat yang amat merasai pemergian Baginda adalah Umar al-Khotob yang mengatakan sambil menghunuskan pedangnya , barang siap yang mengatakan Nabi wafat akan aku potong tangan dan kakinya, lalu Abu Bakar pun datang menenangkan beliau dengan mengatakan nabi benar-benar telah wafat.




PENUTUP

Daripada kronologi yang dipaparkan dapatkah kita mengetahui dengan lengkap dan terperinci berhubung dengan kehidupan insane mulai baginda Nabi Muhammad s.a.w manusia paling mulia dan teragung yang mendapat pujian dan sanjungan seluruh dunia menjadi sebutan ramai dan merupakan sauatu kepercayaan umat Islam. Beliau idola umat. Segala peristiwa dan kejadian yang dialami, bermula dari awal kelahirannya sehingga tarikh kemangkatan beliau, semuanya tercatat disini, meliputi tanah tumpah darahnya, sejarah bangsa arab sebelum kelahirannya, keturunan baginda, keajaiban yang mengiringi kelahirannya, siri-siri perjuangan belaiu, sejarah sebagai seorang pengembala, perkahwinan dan rumah tangganya, sejarah kerasulannya, sejarah pemelukan Islam pertama, tamatnya penurunan wahyu, misi dakwah, pandangan kaum Quraisy terhadap mukjizat Al-Quran, penghijrahan dan banyak lagi sehingga kemangkatan Baginda telah tercatat dilembah sejarah. Seharusnya kita mengambil iktibar dan panduan hidup berpandukan sirah yang nabi tinggalkan dalam menjalani hidup sebagai hamba dan khalifah diatas muka bumi ini.

Tuesday, December 22, 2009

GERAK KERJA MESTI KOLEKTIF

KONSEP AMAL JAMAIE
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Amal Jamaie adalah di antara ciri utama Harakah Islamiyyah. Malahan, tanpanya akan hilanglah kepaduan dan keseragaman di dalam tindakan harakah. Ia mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan dengan sebarang aktiviti berkumpulan dan ianya hanya akan dapat dilakukan di dalam konteks sebuah jamaah.
Perlu diberi penekanan bahawa amal jamaie adalah satu tuntutan syari’e khususnya dalam gerakan da’wah dan perjuangan Islam seluruhnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan” (Surah Ali Imran : 104)


HUKUM AMAL JAMAIE’
Tuntutan terhadap amal jamaie tidak seharusnya dipandang ringan dengan melihat beberapa penegasan yang telah diturunkan oleh syariat Allah sama ada melalui Al-Qur’an dan as-Sunnah serta kaedah Usul Fiqh.

1. Al-Qur’an
Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya memberitahu manusia bahawa amal jamaie itu adalah kerja nabi dan pengikutnya. Allah telah berfirman:

Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia kepada umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata, dan aku menegaskan maha Suci Allah dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain” (Surah Yusuf : 108)
FirmanNya lagi di dalam al-Qur’an:

Maksudnya:
“Seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (Surah as-Soff: 4)
2. As-Sunnah
Kita akan dapat melihat dengan jelasnya tuntutan sunnah supaya bekerja secara amal jamaie apabila kita meneliti hadith berikut:
Maksudnya: “seungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kambing jua. Ia menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka kamu berjemaah dan bercampur dengan orang ramai serta menghadiri masjid”
Sabdanya lagi:
Maksudnya: “Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah orang-orang muslimin dan pimpinan mereka”
3. Kaedah usul Fiqh
Kerja da’wah ini sangat besar, tidak mampu dilakukan secara individu dan tentulah ia terlebih dahulu memerlukan usaha jamaie berdasarkan kaedah fiqh:
Maksudnya: “sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya, maka ianya juga menjadi wajib”

PENGERTIAN AMAL JAMAIE
Amal jamaie dapat diertikan sebagai satu usaha secara berjemaah atau kegiatan yang lahir bersumberkan dari satu jamaah yang teratur (berorganisasi) menurut dan menepati manhaj dan skima tertentu menjurus ke arah matlamat yang tertentu.
Untuk penelitian yang lebih mendalam, perlulah dihuraikan beberapa anasir amal jamaie di dalam pengertian tersebut iaitu:

1. Amal yang diputuskan oleh jamaah
2. Jamaah yang Munazzamah (teratur)
3. Menurut manhaj yang tertentu dan kaedah-kaedah pencapainya
4. Untuk mencapai matlamat yang tertentu

1. AMAL YANG DIPUTUSKAN OLEH JAMAAH
Amal yang dimaksudkan di sini ialah semua kegiatan jamaah sama ada luaran atau dalaman. Ia akan menjadi amal apabila diputuskan oleh jamaah dan dilakukan di atas keputusan jamaah yang diberi mandat oleh jamaah untuk membuat sesuatu keputusan.
Sebahagian daripada amal jamaah di peringkat luaran ialah seperti menerbitkan sebaran am, menulis majalah atau akhbar, mengadakan perjumpaan, menziarahi orang-orang tertentu, mengadakan tunjuk perasaan (demonstrasi), mengadakan kelas pelajaran dan lain-lain yang diterima oleh syara’.

Syarat-syarat Amal Jamaie
a) Amal tersebut tidak disyaratkan kepada semua anggota jamaah agar terlibat sama, malah mencukupi dengan dilakukan oleh sebahagian daripadanya sahaja. Walaupun demikian, dalam semua keadaan amal yang dilakukan itu diputuskan oleh jamaah dan mendapat persetujuan yang jelas dari jamaah.
b) Amal yang diputuskan itu hendaklah menepati syara’. Apabila amal itu diterima syara’, maka tidak perlulah lagi dipertikaikan jenis, kadar, masa amal tersebut. Termasuk dalam amal yang disyariatkan ialah semua amal yang diharuskan oleh syariat dalam keadaan darurat atau yang diharuskan kerana rukhsah.
c) Amal yang diputuskan oleh jamaah mestilah disertakan dengan niat yang baik dan ikhlas juga dilakukan semata-mata kerana Allah.
d) Amal yang dilakukan mestilah disertakan dengan muqarabah kepada Allah, berjihad melawan nafsu agar amal tersebut tidak ditulari oleh sifat-sifat syirik dan riya’.

2. JAMAAH YANG MUNAZZAMAH (TERATUR)
Jamaah yang membuat keputusan terhadap sebarang amal jamaie itu mestilah berada dalam satu tanzim yang kemas, teratur dan berencana serta berstrategi, unsur ini merupakan suatu yang asasi dan dharuri bagi mana-mana jamaah yang mempunyai matlamat tertentu. Tanpa tanzim, jamaah tidak akan berjaya dalam gerak kerjanya.
Terdapat beberapa aspek yang perlu wujud dalam jamaah munazzamah:
a)Baiah
Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas landasan yang ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam. Baiah hendaklah diberikan dengan kefahaman yang jelas tentang setiap aspek jamaah dengan keyakinan yang tinggi dan disusuli dengan iltizam kepada jamaah.
b)Imarah
Kepimpinan merupakan ciri asas dalam jamaah Islam. Adanya baiah bererti adanya kepimpinan. Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia mampu, cekap dalam melaksanakan tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-lunas Islam.
c)Ta’at
Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah. Pendokong dan ahli jamaah wajib mentaati pemimpin terutamanya dalam melakukan amal jamaie.
d)Musyawarah
Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura kerana ia adalah tuntutan syara’ bagi menjamin perkembangan jamaah berjalan dengan baik.

3. MANHAJ
Manhaj ialah metodologi atau kumpulan tindakan-tindakan atau perencanaan-perencanaan yang digunakan oleh harakah Islamiyyah untuk mencapai matlamatnya. Ia mestilah dibentuk berlandaskan kepada sumber-sumber berikut:
1. Al-Quran
2. Sunnah Rasulullah s.a.w
3. Sirah para sahabat
4. Pendapat Fuqaha’
5. Pengalaman para duat
Perlu dijelaskan di sini bahawa manhaj itu dibentuk berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:
a. berusaha sedaya upaya menyelaraskannya dengan kehendak-kehendak syara’. Pencapaian matlamat yang murni hendaklah melalui jalan yang murni juga. Oleh itu, Islam tidak menerima dasar matlamat menghalalkan cara.
b. Hendaklah bersesuaian dengan kemampuan jamaah dan suasana.
c. Bersedia untuk mengalami proses ubah suai jika keadaan memerlukan.
d.Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.
e. Hazar dan waspada.

4. MATLAMAT
Jamaah adalah satu wadah untuk mencapai dakwah. Amal jamaie sebagai satu program pengembelingan tenaga ke arah menjayakan aspisari perjuangan suci ini sudah tentu matlamatnya ialah untuk menegakkan Uluhiyyah Allah dengan mengajak manusia mengabdikan diri kepadaNya.

KEKUATAN ORGANISASI ISLAM

Apabila membicarakan tentang kekuatan sesebuah organisasi Islam atau jamaah, ia akan menyentuh soal asas pembinaan organisasi / jamaah tersebut dan anggota individu yang melibatkan diri di dalamnya. Setiap anggota hendaklah memberi ketaatan dan kesetian kepada pemimpin atau pemerintahan Islam yang diasaskan oleh organisasi Islam / jamaah. Mereka merasakan lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan Islam daripada musuh (al-Maududi 1985). Kekuatan akan berupaya selagi mana asasnya masih teguh dan utuh. Faktor utama yang berhubung dengan organisasi atau jamaah ialah (Harun Taib 1991):
1. Kekuatan dari sudut tarbiyah
Ia meliputi semua ahli yang terlibat dengan organisasi Islam / Jamaah. Tumpuan utama yang menjadi perhatian dan perhitungan masyarakat ialah kepada para pemimpin jemaah. Pemimpin yang mempunyai pentarbiyahan yang sempurna akan dapat pula mentarbiyahkan ahlinya dengan baik seterusnya akan membawa kepada kekuatan jemaah itu sendiri. Tanggungjawab yang paling besar dan berat ialah memastikan tarbiyah anggota rohiyyah (kerohanian) telah sampai kepada setiap anggota jemaah. Kelemahan tarbiyah boleh mengancam dan merobohkan benteng kekuatan perjuangan Islam.
2. Meletakkan seseorang di tempat yang sesuai.
Organisasi Islam/jamaah yang kuat dan matang ialah yang mengetahui keupayaan anggotanya serta kecenderungan mereka. Berdasarkan pengenalan inilah ia memilih dan memberi tugas yang sesuai dengan kemampuan seseorang. Dari sini, seseorang yang ditugaskan itu dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Keadaan ini akan memantapkan lagi organisasi/jamaah tersebut. Tugas yang diberikan bersesuaian dengan kealiman, pengetahuan, pengalaman dan disiplin seseorang. Tanggungjawab kepimpinan pula mengikut kewibawaan, kewarakan, kejujuran, amanah dan berkebolehan memimpin serta mempunyai pengaruh di kalangan masyarakat. Manakala kedudukan pegawai dan pekerja-pekerja Islam lain ditentukan mengikut kebolehan, pengalaman dan kesanggupan untuk meneruskan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.
3. Mengambil berat tentang hal anggotanya.
Organisasi Islam / jamaah yang mantap ialah yang mengambil berat tentang hal ehwal anggotanya. Ini mencerminkan keperihatinan terhadap ahli. Ia akan membantu menyelesaikan permasalahan yang timbul. Tindakan ini akan mengelakkan anggotanya dari meninggalkan organisasi Islam / jamaah. Ia sentiasa memastikan kebajikan ahlinya. Segala keperluan asas dalam organisasi Islam / jamaah disediakan untuk kemudahan bersama. Faktor kedua pula ialah yang berkaitan dengan anggota individu dalam sesebuah organisasi Islam / jamaah (Yakan 1987):
i. Tabie yang tetap
Seseorang anggota yang telah beriltizam dengan sesuatu organisasi Islam / jamaah itu hendaklah mengekalkan keiltizaman dan kedudukannya tanpa tergugat oleh mana-mana sebab atau situasi yang boleh menyebabkan ianya keluar dari organisasi Islam/jamaah tersebut. Jangan pula mudah terpedaya dan merajuk lantaran kerana terpengaruh dengan situasi dan persekitaran atau oleh nilai kebendaan. Sebagai pengajarannya, kita dapati para sahabat di zaman Rasulullah saw tidak sedikitpun berganjak dari kebenaran Islam walaupun terpaksa menerima berbagai ancaman dan azab yang tidak terperi. Para ulama yang memimpin organisasi Islam/jamaah tidak pernah luntur keiltizaman mereka walaupun terdapat beberapa kepincangan di dalam organisasi atau jamaah tersebut. Mereka tetap berusaha memperbaiki dan memperteguhkan kelemahan yang sedang dialami oleh organisasi/jamaah.
ii. Daya ketahanan jiwa yang tinggi
Setiap manusia tidak sukakan kejahatan dan tidak sanggup menghadapi permasalahan. Akan tetapi di dalam memperjuangkan hakikat kebenaran Islam, setiap anggota pejuang tidak boleh lari dari permasalahan. Kadang-kala permasalahan menyebabkan perasaan lemah semangat dan kabur harapannya. Oleh itu untuk mengatasi masalah ini, setiap anggota yang terlibat dengan organisasi / jamaah hendaklah mempunyai ketahanan jiwa yang kuat, berbekalkan iman dan ketakwaan kepada Allah swt. Amalan-amalan sunat, amalan-amalan mulia (Fadhail al A’mal) dan sentiasa mengingati Allah (Zikrullah) adalah perkara-perkara yang boleh membantu memperteguhkan jiwa. Anggota jamaah yang sentiasa bertaqqarub kepada Allah swt tidak boleh bersifat putus asa, lemah semangat dan putus harapan.
iii. Tidak melampau
Kemampuan anggota hendaklah dikenalpasti sendiri oleh setiap anggota tersebut. Kawalan dalam diri perlu diutamakan supaya tidak bertindak luar kemampuan atau secara emosi. Sikap melampau ini akan mengakibatkan seseorang itu mudah berputus asa dan menerima risiko yang berat. Oleh itu setiap anggota jamaah haruslah berwaspada, berhati-hati dan bersikap sederhana dalam menegakkan Islam atau memimpin organisasi/jamaah. Tuntutan Islam tidak boleh hendak dicepatkan mengatasi kemampuan ummah, kerana ia perlu kepada masa yang lama serta perjalanan yang jauh. Ini tidak bermaksud terpaksa leka atau sengaja melambat-lambatkan dan mencari alasan supaya tuntutan Islam tidak dilaksanakan. Pemimpin dan ulama hendaklah peka terhadap sikap setiap ahli. Mereka bertanggungjawab mengawasi anggota jamaah dan membuat penilaian dari semasa ke semasa agar setiap arahan dan tindakan akan diambil tidak menimbulkan reaksi buruk. Firman Allah swt:

“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh) nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata ” Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang - orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)”. (Surah at-Taubah:42)

Kekuatan sesebuah organisasi / jamaah bergantung kepada pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap orang mukmin. Pengorbanan merangkumi dua skop utama iaitu pengorbanan yang dapat dinilai dan pengorbanan yang tidak dapat dinilai. Pengorbanan pertama yang dapat dinilai ialah pengorbanan masa, harta benda dan diri atau kekuatan fizikal. Pengorbanan kedua pula ialah pengorbanan nyawa, buah fikiran, budi pekerti, kasih sayang kekeluargaan, persaudaraan serta perasaan (Khurasam Murad 1987). Pengorbanan ini mestilah dibentuk dalam disiplin diri, rohani, mental, organsisasi serta sosial. Asas ini akan menjamin kestabilan dan kelancaran pertadbiran organisasi Islam / jamaah.

PENUTUP
Keperluan dan kepentingan bekerja secara amal Jamaie sebenarnya dapat dirasakan apabila menceburkan diri dalam gerak kerja di dalam harakah Islamiyyah. Teori yang tersebut di atas diharap dapat dipraktikkan dan bukan hanya bahan perbincangan intelektual semata-mata.


Wallahu ‘alam

Thursday, December 17, 2009

PEMIMPIN MESTI BERPANDANGAN JAUH KE HADAPAN

PEMIMPIN MESTI BERPANDANGAN JAUH KE HADAPAN


Sesetengah orang kata seorang pemimpin yang mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang dilakukan sukar difahami dengan mudah oleh mereka yang dipimpin, tetapi jika seseworang pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas dan hebat jika apa yang dilakukan pada mulanya tidak difahami oleh mereka yang dipimpin, malah hanya memahami setelah perlaksaaan atau setelah seseorang pemimpin itu telah tiada.


Seseorang pemimpin mestilah memiliki wawasan yang jauh ke hadapan melihat apa yang tidak dapat dilihat orang lain dan menjangka apa yang tidak dijangka orang lain, setelah arahan dan perlaksanaan dilakukan barulah orang berkata “ ye tak ye kan”


Mungkin ada yang tidak setuju dengan perkara ini dan mungkin juga ramai yang berpendapat begini. Apa yang lebih penting pemimpin harus memiliki idea-idea yang luar biasa (out of the box) yang menabjubkan untuk mengangkat martabat mereka yang dipimpin sehingga kadang kala ianya tidak masuk akal, atau untuk membawa organisasi yang dipimpin ke satu tahap yang lebih tinggi atau mencapai sasaran yang Nampak mustahak.


MEMIMPIN MASYARAKAT KAMPUS SATU CABARAN MAHASISWA


Perkara ini penting dalam suasana GMUKM adalah sebuah kerajaan dibeberapa kawasan sekitar kampus yang mendapat mandat dari Mahasiswa, pemimpin GMUKM harus sedar akan perkara ini untuk dilaksanakan, samaada tanggungjawab ini berat atau sebaliknya.

Sekarang masyarakat kampus mula menumpu kepada GMUKM untuk urusan yang melibatkan proses pembelajaran mahupun kebajikan mereka sehingga sekecik perkara mereka menilai cara kepimpinan yang ditunjukkan oleh GMUKM.


Kalau kita berjiwa kerdil kita melihatnya sebagai masalah kepada diri dan keluarga kita. Tetapi jika kita berjiwa besar kita akan melihat ia sebagai satu cabaran dan peluang untuk mengukuh serta mengembangkan GMUKM.


Ada mereka yang sanggup mengenalkan diri mereka sebagai agen GMUKM semata-mata senang mencari mereka yang memerlukan bantuan supaya mereka dapat membantu masyarakat kampus, ada juga yang sanggup menjadi penghubung diantara masyarakat kampus dan YB-YB GMUKM


PEMIMPIN YANG LUAR BIASA MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG LUAR BIASA


Kita perlu memipin masyarakat dan kita tidak akan dapat diterima sebagai pemimpin masyarakat sekiranya kita tidak berjiwa besar. Lebih-lebih lagi masyarakat yang hendak kita pimpin bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India, malah orang Indonesia, Myammar, Kemboja dan sebagainya yang ada di kampus kita.


Sudah tentu ianya memerlukan kualiti dan pendekatan yang berlainan dari memimpin hanya orang-orang GMUKM. Selari dengan semangat 1 Malaysia orang Melayu tidak hanya memimpi orang Melayu sahaja, orang Cina tidak memimpin orang Cina sahaja, orang India tidak hanya memimpi orang India sahaja tetapi kita memimpin seluruh rakyat.


BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN


Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Presiden PAS ketiak itu, Ustaz Fadhil Noor, telah mengilhamkan penubuhan GERAK. Cadangan itu akhirnya berjaya menyatukan tenaga-tenaga yang menentang kepimpinan Tun Mahadhir.


Satu perhimpunan raksasa telah dianjurkan di Taman Melewar sehingga sekitar 100.000 yang hadir, ianya menjadi pemulaan kepada penyatuan suara pembangkang yang akhirnya menjadi Pakatan Rakyat sekarang.


Tetapi ketika itu ada yang mempertikaikan tindakan Ustaz Fadhil, ada yang kata “ buat apa nak tolong Anwar, dia kan UMNO” atau ada yang menyatakan GERAK tidak berdaftar, nanti akan memburukan imej PAS, tetapi akhirnya kita semua memahami pandangna jauh Ustaz Fadhil itu.


TUN MAHADHIR YANG KUCINTAI


Tun Mahadir menempuhi banyak perkara dalam pemerintahanya, mungkin kerana pemerintahannya beliau lebih panjang dari mana-mana Perdana Menteri maka banyak perkara yang telah dilaksanakn lebih menyerlah.


Sama ada perkara yang dilakukan menguntungkan rakyat atau sebaliknya, pemerintahan beliau banyak mencatatkan perkara-perkara baru di dalam sejarah Negara kita. Mungin ada yang setuju dan tidak dengan Tun Mahadhir sebagai seorang pemimpin Islam, atau seorang pemimpin yang menjaga kepentingan para Marhaen tetapi terdapat perkara-perkara yang dilaksanakan oleh beliau yang akhirnya diakui membawa manfaat kepada rakyat, yang meletakkan Malaysia dipeta dunia.


Walaupun ada perkara yang dilaksanakan Tun merugikan rakyat tetapi keberaniannya membuat keputusan adalah sesuatu yang dikagumi ramai. SEBAGAI PEMIMPIN MESTI BERANI DAN TEGAS, TIDAK KELIHATAN LEMAH KETIKA MEMBUAT KEPUTUSAN, TIDAK TERAGAK-AGAK.


Sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah dan al-‘Ibar, seseorang pemimpin perlu disayangi dan digeruni.


Baik dimana posisi pemimpin itu ditaklifkan, memikul tanggungjawab masing-masing, pemimpin harus memiliki jiwa besar dan tidak kelihatan lemah dalam mencorak organisasi mereka dan mesti memiliki idea-idea yang luar biasa dan berani menghadapi resiko. Bak kata orang putih No Pain, No Gain.

SELAMAT BERJUANG.

Monday, November 30, 2009

10 SEBAB KENAPA MAHASISWA/I UKM PERLU MENGUNDI CALON GMUKM

10 Sebab Kenapa Mahasiswa/i UKM Perlu Mengundi Calon GMUKM

Dengan berbaki 1 bulan lagi kita akan melangah ke tahun baru iaitu tahun 2010. Apa yang pasti tahun 2010 pasti menjanjikan kita pelbagai cabaran mendatang yang harus kita tempuhi bersama.

Tahun ini juga bakal menyaksikan kepada kita pertukaran pimpinan disemua peringkat baik Negara, negeri, mahupun kampus yang kita cinta. Diwar-warkan berlakunya pilihan raya umum pada tahun 2010, tetapi kite serahkan perkara ini kepada PM kita yang kita cintai.

Pada tahun ini juga akan berlakunya Pemilihan Majlis Perwakilan pelajar (MPP) dikebanyakan kampus sekitar Lembah Klang. Jika di UKM menyaksikan 2 pertembungan seteru yang tidak asing lagi kepada kita iaitulah Gabungan Mahasiswa (GMUKM) dan Aspirasi.

Justeru saya mengajak rakan-rakan mahasiwa/i khususnya UKM untuk bersama melakukan perubahan pada pemilihan MPP tahun akan datang yang dijangka berlangsung pada 13 hb 2010.

Sudah 6 tahun/sesi Mahasiswa/i UKM memberi Aspirasi peluang untuk membawa Mahasiswa/i ketahap yang sepatutnya, tetapi malang yang menimpa.

Disini saya menyatakan hujah kenapa Mahasiswa/i UKM harus memilih GMUKM sebagai barisan pimpinan pada pemilihan MPP yang akan datang,

1. GMUKM menjunjung tinggi Falsafah Universiti selaras dengan program-program yang dianjurkan oleh GMUKM.
2. 3 dasar utama GMUKM iaitu Falsafah Universiti, Keintelektualan, dan Kebajikan pelajar menjadi tunjang kepada pembentukan GMUKM.
3. GMUKM menjuarai program-program Keintelekutalan yang meningkatkan thaqafah (ilmu) Mahasiswa/i
4. Faktor kebajikan menjadi isu dan fokus utama didalam GMUKM
5. GMUKM berhasrat untuk meletak ranking Universiti ketahap yang sepatutnya, yang telah jatuh pada tangga ke 250 ranking seluruh dunia.
6. Calon dari GMUKM adalah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh badan pemilihan Calon yang dilantik oleh Universiti sendiri.
7. Barisan pimpinan GMUKM berhasrat mendokong Aspirasi rakyat terutamanya Mahasiswa/i UKM selaras dengan dasar yang dibawa
8. 1 Malaysia menjadi teras utama dalam mencapai perpaduan semua kaum yang ada didalam kampus
9. Proses melahirkan modal insan dan pelapis pimpinan Negara satu hari nanti menjadi agenda utama dalam program-program anjuran GMUKM
10. Kuasa dikembalikan kepada Mahasiswa/i dalam mencorak masa depan dan kerjaya yang mereka akan ceburi

Marilah bersama kita kembalikan sinar kecemerlangan dan kegemilangan Mahasiswa/i yang kian pudar ditelan zaman.

BERSATU BERUBAH

Tuesday, November 3, 2009

KURSUS BEKAM MODEN DAN URUT TRADISIONAL AL-HIJAMAH

SABTU DAN AHAD

19/20 DISEMBER 2009

KANDUNGAN KURUSUS :

1.BEKAM MODEN
2.URUT TRADISIONAL
3.RAWATAN IDEOLOGI MATA
4.URUT REFLEKSILOGI
5.BEKAM ANGIN
6.URUT TAPAK TANGAN

ANJURAN :

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT AL- HIJAMAH
25-105, JALAN RAJA MUDA MUSA 53000 KG. BARU KUALA LUMPUR.

sebarang pertanyaan boleh dibuat di talian :
013-6357990 ( encik HIJAMAH )





BORANG PENDAFTARAN KURSUS BEKAM MODEN DAN URUT TRADISIONAL AL-HIJAMAH

SIRI KE-2 2009


NAMA :
ALAMAT :


NO I/C :
PEKERJAAN :
JANTINA :
UMUR :
NO TELEFON RUMAH :
H/P :
E-MAIL :
TANDATANGAN :


PERNAHKAH ANDA MENGIKUTI KURSUS SEPERTI INI SEBELUM INI, SILA NYATAKAN SEKALI DIMANA ?

YA :
TIDAK :

KEGUNAAN PEJABAT

PENERIMA :_____________________________

NO RESIT :___________________

BAYARAN :_________________

TANDA TANGAN :_______________ TARIKH :______________

Wednesday, October 21, 2009

MAHASISWA MENYAMBUT BAIK SARANAN TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH.

MAHASISWA MENYAMBUT BAIK SARANAN TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH.

Sudah sekian lama Mahasiswa dibelenggu dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1975, banyak kesan yang kelihatan pada Mahasiswa hari ini yang buta tentang isu-isu semasa malah mereka dibantutkan potensi mereka dengan Akta ini selama hampir 35 tahun.

Hasilnya boleh kita lihat sekarang bagaimana Mahasiswa langsung tidak diharapkan oleh masyarakat dalam mendepani isu-isu yang menperjuangkan kebajikan masyarakat malah apa yang lebih malang lagi suara mahasiswa sunyi dari memberi pandangan hatta mereka berada didalam bilik kuliah sekalipun.

Apa yang harus dilakukan oleh Mahasiswa ialah mengembalikan zaman kegemilangan mereka satu ketika dahulu yang diidamkan oleh masyarakat untuk memperjuangkan nasib mereka apabila dizalim pemerintah.

Jika dahulu zaman Anwar Ibrahim memimpin Mahasiswa menperjuangkan isu-isu kemiskinan di Baling dan peristiwa mogok lapar yang berlaku satu ketika dahulu atas sebab Mahasiswa peka dan didedahkan oleh pimpinan pelajar melalui speaker Corner atau sudut pidato yang disediakan oleh pihak Universiti, Mahasiswa hari ini begitu Positif dengan saranan atau pendangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi untuk mewujudkan semua sudut tersebut.

Sudat tiba masanya mahasiswa diberi hak mereka semula setelah sekian lama hampir 35 tahun dibatutkan oleh AKTA AUKU tersebut.

Pimpinan Negara harus sedar bahawa Mahasiswa adalah tonggak pimpinan Negara pada masa akan datang, mahu tidak mahu, mereka mesti member ruang dan peluang seluas-luasnya kepada Mahasiswa untuk menunjukkan potensi mereka memimpin Negara satu masa akan datang.

Mahasiswa juga berharap agar perkara ini diperhalusi di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi supaya perkara ini benar-benar dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Besar harapan Mahasiswa untuk membantu dan menjadi agen check and balane kepada kerajaan sekarang agar dasar-dasar Negara dapat sama-sama di perhalusi di semua peringkat masyarakat.

Wednesday, July 22, 2009

KOMPETENSI GENERIK SENJATA BARU MENAKUTKAN MAHASISWA

Berlalu sudah minggu orentasi mahasiswa/i untuk sesi kali ini yang berlangsung selama seminggu. Jika ditanya kepada mahasiswa/i baru sesi kali ini tentang pendekatan yang digunakan oleh PMUKM dalam membentu mahasiswa minda kelas pertama, rata-rata antara mereka mengatakan tidak ubah seperti apa yang mereka lalui semasa disekolah .

Gamaran yang diberikan oleh mereka jelas menunjukkan mereka sudah bosan dengan pendekatan yang diterapkan didalam minggu orentasi tersebut. Pelbagai aktiviti yang dijalankan menunjukkan cara berfikir pihak yang menjalankan program tersebut berakal pendek.

Lahir sindrom baru bagi mahasiswa /i yang ketakutan tanpa alasan untuk sesi kali ini dek kerana bercampuran penerapan yang disajikan kepada mereka. Pelbagai penerapan yang tidak jelas sehingga hari ini dimainkan bagi menggertak mahasiswa/i baru berada dalam keadaan kesamaran atau sindrom ketakutan berpesatuan.

Sekarang berlangsung minggu pendaftaran persatuan, kajian dilakukan rata-rata pendaftaran persatuan untuk sesi kali ini merosot dan tidak mendapat sambutan. Ini adalah kesan penerapan pemikiran mahasiswa/i didalam minggu mesra pelajar yang sudah berlalu selama 2 minggu.

Pokoknya, apakah releven penerapan yang dijalankan oleh abg-abg dan kakak-kakak fasi semasa minggu orentasi tersebut. Mahasiswa/i digambarkan seolah-olah jika mereka melibatkan diri didalam aktiviti berpesatuan mereka memperolehi merit yang rendah berbanding dengan merit yang diperolehi jika melibatkan diri diperingkat kolej.

Ternyata budaya kekolejan cuba diterapkan didada mahasiswa/i supaya mereka senang memperkotak katikkan mahasiswa/i baru yang kurang mengenali kehidupan dikampus. Sekarang ini mereka juga cuba memainkan isu kompetensi generic kepada mahasiswa/i baru dengan mengatakan peratus merit yang diberikan dikolej lebih tinggi sebanyak 51% berbanding dengan persatuan-persatuan lain.

Kita ingin menyatakan, penerapan ini salah dan bercanggah dengan falsafah universiti sendiri. Mana mungkin mahasiswa/i yang melibatkan diri diperingkat kolej sahaja dapat mencapai matlamat 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita sendiri. Ternyata jika kita melibatkan diri diperingkat kolej sahaja budaya kekita akan menebal sesame kita dan rakan-rakan dikolej dan seterusnya membantutkan matlamat 1 Mahasiswa dikecapi bersama.

Sebenarnya apa yang cuba diterapakan kepada mereka ini adalah menjadi kepentingan politik puak aspirasi untuk prk akan datang, mereka tahu undi adik-adik 1 year ini sahajalah yang boleh memenangkan calon2 mereka dalam prk sebelum ini dan akan datang.

Pesanan kepada akh sarfa, cukup-cukup lah memperbodohkan adik-adik 1 year yang baru setahun jagung semata-mata untuk mencapai cite-cita murni kami sebagai Tuan Presiden akan datang, bagi mencapai matlamat peribadi sehingga sanggup memandulkan mahasiswa/i harapan baru masa hadapan.

Pelbagai kepincangan dilihat pada sistem penilaian kompetensi generik ini, persoalan yang harus dijelaskan seperti skala penilaian yang digunakan masih diragui, penilai-penilai juga bukan dikalangan orang yang dekat dengan mahasiswa,
lantas perkara ini harus diteliti semula, bukan sekadar melepaskan beban kepada mahasiswa untuk memahami perkara yang masih kabur.

Sunday, July 5, 2009

Tahniah Kepada Mahasisawa/i Baru UKM sesi 2009/2010

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik-adik mahasiswa/i baru UKM sesi kali ini 2009/2010 yang bertuah terpilih memikul amanah Allah s.w.t dan keluarga tercinta dalam mendalami ilmu dibumi bertuah ini.

Sedar dan yakinlah adik-adik sekalian, pemilihan adik-adik semua adalah ketentuan Allah s.w.t untuk bersama mendokong amanah besar diatas muka bumi ini sebagai pemimpin dan khalifat Allah.

Seramai butir-butir mutiara yang ada diluar dalam bersaing untuk memenuhi tempat belajar di UKM ini, adik-adik adalah orang yang bertuah dan beramanah untuk meneruskan proses mendalami ilmu pengetahuan bagi memakmurkan muka bumi Allah ini dengan ilmu yang dipelajari.

Dunia mahasiswa/i bukan seperti digambarkan pada hari ini, cukup sekadar memenuhi ruang didalam kelas, asyik bermain dengan (3 k). kelas, kolej dan kafe sahaja, malah ia lebih parah lagi apabila mahasiswa/i melibatkan diri dengan dunia anggan-anggan yang tak sudah iaitu dunia “kekasih” ini semua membantutkan mahasiswa/i dan potensinya untuk maju, bangun dalam mencipta tamadun yang hebat ditinggalkan oleh para sarjana Islam satu ketika dahulu.

Budaya keintelekualan dan berkebajikan harus diterapkan didalam diri mahasiswa/i selaras dengan nama yang gah diberikan kepada kita, dimana kekuatan MAHA yang dicanangkan boleh menukar sesuatu ruang dalam kampus seterusnya Negara tercinta.

Tentunya ia terletak pada diri adik-adik yang akan menentukan hala tuju mahasiswa/i kemana hendak kita corakkan. Adakah sekadar berbangga dengan segulug ijazah yang tidak tahu kemana mahu dipersembahkan satu hari nanti.

Ayuh !!!mari sama-sama kita bangunkan semula kehebatan mahasiswa/i satu ketika dahulu yang telah digari.

BERGERAK SEIRINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN

Sunday, June 21, 2009

“ UNITY GOVERNMENT ” MENCARI DAMAI YANG HILANG

Masih ramai yang tidak faham Unity Government, itulah luahan kata-kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang didalam Harakah bertarikh 20-23 April 2009 berkenaan dengan isu kerajaan perpaduan yang hangat diperkatakan sekarang.

Meskipun telah ditarik balik !! cadangan kerajaan Perpaduan oleh Tuan Guru sendiri memandangkan masih ramai yang tidak faham akan istilah yang dimaksudkan termasuk ahli-ahli PAS sendiri, namun isu ini menjadi topic hangat dan mendapat liputan yang luar biasa oleh kebanyakan media massa.

Apa puncanya, sehinggakan perkara ini tidak dapat lagi dikawal, yang berani mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan soal individu lain. Adakah ini sandiwara politik yang dimainkan oleh UMNO.??

Zahirnya kita melihat pertikaman lidah antara dua permata Tuan Guru berkaitan isu ini, ditambah pula dengan propaganda yang dimainkan oleh media UMNO sendiri,namun pastinya apa yang diucapkan oleh mereka sudah terlebih dahulu difikirkan oleh mereka sendiri.

Pokoknya dimana damai yang hilang selepas PAS baru selesai bermuktamar, seolah-olah muktamar tahun ini hanya sekadar melepaskan batuk ditangga, tidak dijadikan medan bermuhasabah dan mencari titik persamaan pendapat antara pimpinan.

Ketahuilah, satu ketika dahulu pernah dilafazkan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sendiri bahawa kita menarik balik cadangan gagasan Kerajaan Perpaduan ini dan kita yakin satu hari gagasan ini akan diterima oleh semua..

Nah…sekarang telah terbukti, bahawa bapak PM kita telah menagih simpati menyatakan kesungguhan mereka untuk duduk semeja membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Guru.

Jika kita orang kebanyakan melihat sesuatu perkara itu secara zahiriyyahnya, atau taktikalitinya sahaja, tetapi yakin dan percayalah bahawa para alim ulama diberi oleh Allah untuk melihat sesuatu perkara itu berpandukan mata hati yang suci bersih atas panduanNyadisusuli dengan perkara-perkara yang disebutkan tadi.

Setiap hujjah yang dikemukakan mestilah disusuli dengan ilmu dan fakta, ada baiknya dalam menangani ini begini semua yang terlibat perlu berlapang dada untuk menerima hujjah yang dikemukakan dan dianalisa supaya ianya dapat membentuk satu keputusan yang bernas.

Kita yakin didalam PAS adanya majlis syura yang akan menentukan dasar parti tersebut.
Tidak mungkin sesuatu keputusan dan cadangan dari individu tertentu terus diterima untuk dijadikan bahawa itu datangnya dari PAS sendiri.

Semua yang hadir ini adalah ketentuan Ilahi, menunggu masa untuk kita merasai hikmahnya. Jangalah kita hebat bercakap hari ini, dikemudian hari kita yang akan menjorokkan muka kita.
Bersama kita merapatkan kembali saf-saf yang baru kita perkuatkan pada muktamar yang lalu untuk kita bersama memimpin perubahan mencipta masa depan bersama ISLAM.

Wednesday, June 17, 2009

AKSI MAHASISWA DITAGIH

Kurang dari 2 jam dari sekarang sebutan semula kes perbicaraan ISA 7 akan diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.

Kes yang melibatkan 7 orang mahasiswa yang dicekup tanpa dibuktikan oleh Mahkamah kesalahan-kesalahan mereka terlebih dahulu pada 6 tahun yang lalu.

Dengan niat yang murni untuk menentang kezaliman ISA yang digunakan kerajaan tetapi ini balasan yang diterima.

Ayuh, jika satu ketika dahulu, mahasiswalah menjadi kayu ukur jatuh bangunnya sesebuah pemerintahan, mari kita buktikan bahawa mahasiswa masih boleh membawa angin perubahan demi mengkuburkan kezaliman

Sahutlah seruan, marilah kita bersama menyatakan sokongan kita kepada rakan2 mahasiswa demi menjaga title mahasiswa yang mendapat mandat dari rakyat jelata.

bersama kita keluar untuk berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini pada pukul 10 pagi untuk kita beraksi kepada rakyah...

ingat rakyah sentiase menagih aksi mahasiswa yang kian pudar.

KHAIRY OH KHAIRY JAMALUDDIN

Mengambil petikan dari akhbar sinar harian pada 14 jun (ahad) mengenai kenyataan saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang menyatakan tindakan PR satu ugutan, menyifatkan pembangkang mendahului keputusan mahkamah berhubung perbicaraan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, begitu menunjukkan kebodohan Khairy Jamaluddin sendiri.

Lupakah beliau badan kehakiman terutamanya keputusan mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak sekalipun, hatta beliau menyatakan ada ura-ura akan berlaku demonstrasi jalanan sekiranya Anwar didapati bersalah sebagai satu ugutan kepada mahkamah….

Nampak sangat kebodohan Khairy dengan alasan yang diberikan berikutan demonstrasi itu boleh mempengaruhi keputusan mahkamah.

Beliau juga turut menyatakan bahawa perkara ini seolah-olah mendahului keputusan mahkamah, mereka (pembangkang) sudah mengeluarkan ugutan ternyata tidak berasas.

Jika beliau menyatakan itu satu ugutan, kami meminta beliau membuktikan bahawa itu satu ugutan kepada mahkamah yang boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat.

Ternyata Khairy masih terbawa-bawa rentaknya sendiri yang selalu melakukan sediemikian, ini adalah satu budaya dalam UMNO yang telah dijelmakan oleh Khairy sendiri.

Ucapkan selamat tinggal pada UMNO dan Barisan Nasional.

Sunday, June 14, 2009

new blog

maaf, kerja2 menyiapkan blog baru sedang dijalankan
blog ni dah kene virus

Friday, May 22, 2009

MB HARAM MENANG HARAM

Akhirnya keputusan mahkamah rayuan hari ni berpihak kepada MB HARAM dengan keputusan yang mengecewakan rakyat jelata.

apakah yang akan terjadi selepas ini :

jangan kemana-mana

Wednesday, May 13, 2009

PANDUAN BERBEKAM SECARA BERKESAN

Pengenalan Bekam

Berbekam Dari Sudut Islam :

Sebagaimana telah diperakui oleh Junjungan besar umat Islam nabi Muhammad s.a.w di dalam satu hadisnya bahawa sebaik-baik ubat untuk umatku adalah berbekam, sabda baginda :
خير ما تداويتم به الحجامه و الفصد
“ sebaik- baik ubat yang kalian gunakan adalah berbekam dan fash”
sehinggakan sebuah riwayat lagi mengatakan penduduk langit (malaikat) memerintahkan kepada penduduk bumi (melalui nabi Muhammad s.a.w) melakukan bekam kerana terdapat rahmat Allah di dalamnya. Demikianlah peringatan yang diberikan oleh malaikat kepada nabi Muhammad sewaktu perjalanan isra’ nabi.
Bagi kita yang beragama islam harus percaya bahawa berbekam banyak keistimewaanya dan faedahnya kepada pengamal rawatan tersebut, kerana ia adalah kaedah pengubatan syari’ah yang diajar oleh nabi sendiri melalui hadis-hadisnya yang sahih.

Berbekam Dari Sudut Sains :

Jika dikaji pula dari sudut sains menurut kedoktoran tradisional di bawah kulit, otot mahupun fascia terdapat suatu point atau titik yang mempunyai sifat istemewanya, jaringan antara point yang ada saling berhubungan membujur dan melintang membentuk jaring-jaring atau jala atau dikenali oleh istilah sains meridian atau habl, dengan adanya jala ini, maka terdapat hubungan erat antara bahagian tubuh sebelah atas dan bawah, kiri dan kanan, organ tubuh dan jaringan bawah kulit, organ satu dengan yang lain, kaki dan tangan, padat dan berongga dan lain-lain sehingga membentuk satu kesatuan dan beraksi secara serentak.
Maka teori yang dinyatakan diatas dapatkah dijelaskan bahawa seseorang yang sakit mata tidak perlu dibekam dimatanya, tetapi dibekam ditempat pointnya iaitu di kepala atau tengkuknya, manakala seseorang yang mengalami masalah pencernaan dapat dilihat gambaran penyakitnya di lidahnya, dan dibekam di point pencernaanya.
Adapun point istimewa yang disebut diatas dikenali sebagai motor point oleh doktor moden yang mengandungi mitokondria, kaya pembuluh darah, tinggi mioglobin dan selnya mengandungi metabolism oksidatif dan lebih banyak mengandungi cell mast, kelenja limfe, kapiler, venula, bundle dan plekus saraf.
Mereka membuat kajian apabila dibekam pada satu point, maka kulit, jaringan bawah kulit, fascia dan ototnya akan terjadi kerosakan dari mast cell dan lain-lain. Akibat dari kerosakan itu maka akan dilepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamine, bradikinin, slow reacting substance (srs) serta zat-zat yang dapat mengelokan sistem badan. Zat-zat ini menyebabkan terjadinya dilatsi kapiler yang menyebabkan terjadinya pembaikan mikrosirkulasi pembuluh darah, akibat dari itu timbul efek relakasi otot-otot yang kaku serta akibat vasodilatasi umum yang akan menurunkan tekanan darah secara stabil.
Satu lagi penelitian menunjukan bahawa pembekaman di kulit akan menstimulasi kuat saraf pemukaan kulit yang akan dilanjutkan pada pada cornu posterior medulla spinalis melalui saraf A-delta dan C, serta traktus spino thalamicus kea rah thalamus yang akan menghasilkan endorphin. Sedangkan sebahagian rangsangan lainnya akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju ke motor neuron dan menimbulkan reflek intubasi,efek lainnya adalah dilatasi pembuluh darah kulit dan peningkatan kerja jantung
Demikianlah kajian yang dibuat mengenai kelebihan berbekam menurut pandangan sains dan banyak lagi penemuan yang dibuat dengan mengkaji proses berbekam yang tidak dinyatakan di sini. Diharap dengan pendedahan yang dinyatakan diatas dapat meyakinkan kita terutamanya umat Islam untuk mengamalkan sunnah yang semakin ditinggalkan.

Persediaan Awal Perawat dan Pesakit
Persedian Perawat
• Amalan pendinding bagi perawat islam
• Ikhlas
• Alatan bekam termasuk pump vakum, gelas bekam moden, paip penyambung
• Minyak gano
• Sarung tangan satu kali pakai
• Jarum bekam satu kali pakai
• Pisau cukur satu kali pakai
• Dettol
• Kapas


Persedian Pesakit
• Puasa sebelum berbekam selama 2 jam
• Berwuduk lebih baik sebelum memulakan rawatan
• Tidak mandi selama 4 jam selepas melakukan rawatan bekam
• Jangan makan makanan yang gatal seperti telur selepas melakukan rawatan bekam
• Lakukan secara berterusan (istiqamah) rujuk perawat tempoh rawatan
• Tawakal kepada Allah yang menyembuhkan penyakit yang dihidapi
• Upah untuk perawat

Keistimewaan Amalan Berbekam
Bekam Angin
• Sunnah nabi
• Mengeluarkan angin jahat di dalam badan
• Melancarkan perjalanan darah kesemua anggota badan
• Melegakan lenguh-lenguh anggota badan
• Mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur
• Membaiki sistem dalam badan
• Mengatasi penyakit lelah, asma
• Menambah tenaga
• Mencerahkan mata
• Menyihatkan tubuh badan

Bekam Darah
• Sunnah nabi
• Mengeluarkan darah kotor dalam badan
• Mengatasi masalah kulit cth : bisul, jerawat, gatal-gatal dan sbgnya
• Mengatasi keracunan
• Cuci darah, pembuluh darah yang tersumbat
• Menyahkan toksin yang tidak diperlukan badan
• Memperbaiki sistem ketahanan badan
• Mencerahkan mata
• Menghilangkan pening kepala
• Menghilangkan sengal-sengal anggota badan
• Membetulkan sistem pencernaan
• Menyihatkan tubuh badan


Waktu Yang Terbaik Untuk Berbekam
• Pagi hari sehinggah tengahari tempoh yang terbaik
• Semasa perut kosong
• Pertengahan bulan
• Sunnah nabi pada 17, 19, 21 hb
• Sunnah nabi pada hari isnin dan selasa kerana nabi ayub disembuhkan pada hari tersebut
• Hari khamis juga sunnah mendapat berkat dari Allah

Cara / Kaedah Berbekam
Bekam angin :
1. Gosok tubuh pesakit dengan minyak gano disertakan dengan urutan
2. Letakan gelas bekam keatas tubuh pesakit dengan kadar pam yang sedarhana
3. Gerakan gelas tadi keatas dan kebawah, kiri dan kanan selama 2 minit (ini untuk menjalankan darah dan membuang angin)
4. Letakan gelas ketitik tubuh pesakit, pum gelas sehingga dapat dirasai pesakit, tekan punat hujung gelas
5. Tunggu selama 5-10 minit setiap satu gelas
6. Lakukan langkah 1-4 untuk gelas yang seterusnya
7. Selepas itu cabut gelas dari tubuh pesakit dengan menarik punat tujung gelas
8. Sapu minyak ditempat yang dibekam
9. Untuk ulangi rawatan bekam tunggu selepas 1 hari
10. Jika gelas tidak dapat menyedut,tukar punat dengan bahan bekalan yang dibekalkan
11. Akhirnya cuci alat bekam dengan dettol
12. Lap sebelum digunakan semula alat tersebut




Bekam Darah :
1. Gosok tubuh pesakit dengan menggunakan minyak gano disertakakan dengan urutan
2. Letakan gelas keatas tubuh pesakit dengan kadar pum yang sedarhana
3. Gerakan gelas tadi keatas dan kebawah kiri dan kanan(ini untuk menjalankan darah dan membuang angin)
4. Letakan gelas ketitik tubuh pesakit, pum gelas sehingga dapat dirasai pesakit, tekan punat hujung gelas
5. Tunggu selama 5-10 minit setiap gelas
6. Cabut gelas, sediakan jarum bekam untuk mengeluarkan darah kotor
7. Cucuk jarum bekam ditempat yang dibekam tadi
8. Bilangan cucukan sebanyak 40 kali untuk gelas kecil dan 50 bagi gelas besar
9. Kemudian tarik balik tempat cucukan dengan gelas yang digunakan tadi
10. Tunggu selama 10 minit lagi untuk memberi peluang darah kotor & toksin keluar
11. Sediakan kapas untuk menyapu darah kotor
12. Balut gelas bekam dengan kapas
13. Cabut punat gelas, tarik gelas tersebut dan salutkan kapas ke darah kotor
14. Lap permukaan tubuh yang dibekam dengan kapas baru dan diletakan sedikit minyak ke atas permukaan tubuh
15. Lakukan langkah 1-14 untuk gelas yang seterusnya
16. Lakukan urutan sedikit keatas tubuh pesakit
17. Basuh gelas tersebut dengan dettol
18. Jarum dan sarung tangan yang digunakan hendaklah dibuang
19. Lap alatan bekam selepas dicuci
20. Lap semula sebelum digunakan kembali

Contoh-contoh gambar rajah kaedah rawatan bekam darah :






Kelebihan Rawatan Bekam Moden
• Selamat
• Bersih
• Mudah untuk digunakan
• Boleh selaraskan kadar tarikan angin mengikut kemampuan pesakit
• Sesuai untuk semua golongan tua, muda, kanak-kanak mahupun bayi
• Lebih diyakini








Contoh alatan bekam angin & darah moden




Orang-orang Yang Dilarang Berbekam
• Orang yang sangat lemah tubuhnya cth : demam panas, terlalu tua
• Wanita yang selalu keguguran kandungan
• Wanita hamil pada tiga bulan pertama
• Orang yang baru menderma darah
• Orang yang sangat lapar atau terlalu kenyang
• Pengidap gout yang serius
• Bayi 2 tahun kebawah

Tuesday, May 5, 2009

'GHAIBNYA' SEORANG MUFTI

Pergolakan yang berlaku dinegeri Perak sehingga kini menemui jalan buntu. Peralihan kuasa yang dilakukan oleh Umno amatlah jijik dengan menggunakan Undang-undang sebagai mainan politik mereka.

Sehingga hari ini ketidakpuasan hati pimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak masih membeku didalam diri, mereka buntu dengan apa yang dilakukan Umno, betul pelbagai keputusan telah diambil, tetapi adakah keputusan itu dapat dilaksanankan dan memberi kesan kepada penceroboh untuk mengadakan Pilihan Raya semula.

Dahulunya seorang mufti yang lantang bersuara, bak singa dirimba dengan perjuangannya membela agama, dan anak bangsa, kes murtad diketengahkan, masalah sosial dikalangan remaja di suarakan, tampil mengelurkan hujah dan pendapat.

Namun apabila isu besar yang melanda melibatkan pemimpin negeri tersebut, dimana perginya suara yang lantang negara itu, dimana hujahnya berkenaan dengan kes pencerobohan yang dilakukan oleh Umno keatas kerajaan PR di Perak.

Adakah seorang mufti layak bercerita tentang agama sahaja, adakah seorang yang arif dan faqih tentang ilmu agama dan dunia layak bercerita tentang masalah sosial sahaja, siapa yang mahu mempedulikan tentang kepimpinan.

Isu kepimpinan dan menyalahgunakan kuasa adalah isu yang besar, bagaimana seorang mufti yang diberi kepercayaan dan dihormat hilang entah kemana bagaikan menyorok dibelakang dinding istana sahaja..

Sentimen tidak berpolitik, tidak berpihak harus dibuang ke tong sampah, isu di Perak adalah isu agama, bagaimana dahulunya begitu lantang dan amat digeruni dengan isu yang dibawa, tidak sedikitpun menyatakan pendapat tentang apa yang berlaku di Perak,


Golongan perundangan menyatakan hujjah dari skop perundangan, golongan agama juga wajib tampil menyatakan hujjah mereka dari skop agama. Jangan sampai nasi menjadi bubur baru terdetik untuk bersuara…

Islam itu berada pada semua perkara. Maka adakah islam lupa menunjukkan bagaimana cara berpolitik Islam.

FIKIR DAN ZIKIR...

SAYUQ HANYA SATU ISTILAH

Penulis rase terpanggil untuk menerangkan perkataan sayuq yang kebelakangan ini selalu digunakan dikalangan mahasiswa UKM. Istilah sayuq ini pada asalnya berasal dari perkataan sayur,sayur sayuran yang mana lahjah atau lograt kedahnya dipanggil sayuq.

Apa yang menggamit jiwa ialah, perkataan ini digunapakai oleh golongan senior ke atas golongan junior untuk melambangkan mereka ini lemah, lesu, tak kehadapan dan sebagainya. Rase tercabar juga apabila mengetahui makna disebalik istilah tersebut..

Kerana penulis juga salah seorang junior di UKM, tapi berpangkat senior. Apa yang nak dikongsikan disini, istilah sayuq itu jika melambangkan maksud yang sedemikian, ini bermakna kita golongan senior ini secara tidak langsung telah mendoakan adik2 kita ini menjadi lemah dengan tidak sengaja..

Patutkah apa yang dicapai oleh golongan junior pada hari ini langsung tidak membanggakan golongan senior, malah mereka memperlekehkan kita dalam usaha2 kearah yang mereka harapkan…

Berhentilah wahai abang2 senior dari menceluparkan mulut kalian tu..menyingkap sejarah anda semua menjadi junior dahulu, adakah abg2 senior pada ketika itu mengata seperti anda mengata kami sekarang..

Mana buktinya, cuba tunjukkan, cukuplah dari mendoakan kami kearah itu..kami tahu akan kemampuan kami, kami tahu kebolehan kami, sepatutnya kami dan anda dapat bersama mengembeling tenaga dan ilmu dalam mencapai masud yang satu…

Ini satu amaran dari kami golongan junior, nantikan kebangkitan kami pada semester hadapan dalam melawan arus masa yang terlaju ini…tunggulah sayuq itu akan berbalik ke tempat asalnya sedia kala..

Ayuh rakan-rakan junior, buktikan bahawa kita bukan seperti yang mereka maksudkan,kita anak jantan yang tahu berkokok, diajak bersabung kita turun…mmari bersatu dalam mencari bergerak seiringan memimpin perubahan

Sunday, April 26, 2009

ORANG MAHU DEKATI KITA, TAPI....

Wah !! syok tengok artikel yang ditulis minggu lalu mendapat sambutan hangat dari rakan 2, mekasih kepada sesiapa yang beri komen tuk artikel tu...


Ye betul jika ditanya kepada golongan yang terlibat mestikah mereka menegakan hujah2 untuk mendepent diri dan golongan mereka.


Kalau kita mahu mendapat impak maksima hasil dari luaran yang kita tonjolkan, maka mahu tidak mahu kita mesti memanggil orang lain tu dijadikan cermin kepada diri yang hina dina ni kan..


Nah..ape lagi nak ditegakkan kepada golongan yang terasa tu....ini perakuan dari cermin itu sendiri..


Jika dalam kaedah usul fiqh hukum boleh meraikan urf sesuatu tempat, nah, orang dekat UKM ni dah melihat dengan mata kasa mereka dengan tidak dapat menerima golongan tertentu, bagaimana kita mahu salurkan thaqafah kita,pemahanan kita, yang paling penting dakwah kita..


Merai juga klasifikasi sumber hukum maslahah mursalah yang mendatangkan kebaikan dengan mengubah bentuk praktikal semata-mata mencapai matlamat yang utama,


Dulu kan Imam Hassan AL-Banna penah ajak rakan2nya untuk mencukur janggut dan melepaskan lebai dikepala semata-mata untuk masuk disko dengan tujuan berdakwah...janggut tu ape ye...sunnah tu bro...


Janggut dan tudung boleh ke disamakan....


Titik persamaan disini kita harus berubah dengan tidak menggadaikan prinsip-prinsip syariat yang kita genggam semata-mata memenagi hati golongan lain...


BERSATU BERUBAH.....

Friday, April 24, 2009

POLITIK RETORIK KAMPUS

Cakap tak serupa bikin, itulah lafaz yang paling layak diberikan kpd ahli majlis perwakilan pelajar 09 yang terpilih dalam pilihanraya kampus tahun ini.

Pelbagai janji dan manifestor ditabur dihadapan mahasiswa/I semasa sesi berkempen untuk merai undi simpati, namun janji tinggal janji..

Sudah hampir 5 bulan diberikan peluang dan ruang kepada mereka Mpp 09, tetapi tidak nampak satu habuk pun usaha yang mereka jalankan untuk memperjuangkan hak2 mahasiswa/i

Berjuang atas nama kebajikan, tidak ketinggalan mencanang nama sebagai aspirasi kepada pelajar, hanya istilah sahaja gah, tetapi perlaksanaan goyah.

Faktor keilmuan dan pengamalan harus diterapkan kedalam diri Mpp, jangan jadi macam burung kakak tua yang hanya pandai berlagu tetapi tidak ngeri apa yang disebut..

Ayuh rakan2 yang diberi kesedaran, gerakan minda bawah sedar anda untuk memberi kesan kepada mereka2 yang masih nyenyak tidur dikolej2 supaya bangun memperjuangkan hak kta bersama.

Mari kita gerakan Mpp yang sedang lena dibuai mimpi yang panjang, supaya mereka terkesan dengan kehadiran kita..

Mari, besatu berubah

Tuesday, April 21, 2009

NGAUMAN SANG SINGA

Tertarik membaca berita dalam akhbar hari ini yang bertajuk Ahmadinejad kecam Barat, diplomat EU keluar dewan.

 

Persidangan PBB yang berlaku di Geneva pada 21 April itu sewajarnya membuka mata para pemimpin Islam supaya mencontohi keberanian yang ditunjukan oleh Presiden Iran itu.

 

Beliau memulakan ucapan dengan bacaan doa dan meneruskan ucapan dengan kritikan yang berani keatas AS dan sekutunya Israel sebagai rejim paling kejam dan kuat menindas, selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi zionis..

 

Terang lagi bersuluh lontaran ucapan yang dibuat dihadapan pemimpin kesatuan EU menjadi igauan kepada mereka sehingga bertindak keluar dewan kerana sombong dan bongkak dengan kuasa yang ada pada mereka.

 

Justeru diingatkan kepada pemimpin2 Islam agar mengikut jejak keberanian yang ditunjukan oleh Presiden Iran itu.

 

Tidak lupa juga kepada leader future yang berada di menara gading supaya memiliki dan memupuk keberanian seperti yang ditunjukan oleh Presiden Iran. Gunakan peluang yang ada untuk MEMUPUK SIFAT BERANI UNTUK MENCABAR.

 

BERGERAK SEIRINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN

 

Monday, April 20, 2009

KAU MAHU DIDEKATI, TAPI....


Macam ragam manusia kite boleh lihat disekeliling kita terutamanya kita yang duduk ditempat yang dipanggil menara gading

 

Ada satu golongan ashik dengan buku-bukunya....ada pula golongan yang sebok dengan lap topnya..tak ketinggalan ada juga yang sebok mencari keseronokan dunia....di sini.

 

Dressingnya tak payah cerita, kalah golongan artis yang diluar sana, mekapnya tebal 2 inci, pakainya berkilat mcm bintang dilangit, sumenya hanya ingin didekati.

 

Ada juga golongan yang berkopiah, berjubah sebok pula dengan dakwah bil halnya, lantaran kesibokanya habis tidak dihiraukan orang sekelilingnya yang dahagakan mahu didekati...

 

Jika diperhatikan semua golongan diatas ada alasannya yang tersendiri mahu didekati...mahu mencuri perhatian.. maka adakah mereka layak didekati orang kebanyakan dan tidak sebulu dengannya..

 

Jika golongan minah baju ketat dengan baju ketatnya, bro seluar londeh dengan seluar londehnya, mamat rambut dai dengan rambut dainya...ustazah tudung labuh dengan tudung labuhnya, ustaz kopiah dengan kopiahnya adakah mereka ini ingin didekati...

 

Semua ada alasannya tersendiri...pokoknya dimana kita mahu cari sepadan dan sedondonya yang boleh menghilangkan tanggapan (first imprestion) golongan yang mahu dekati kita...

 

Tiada guna kita hebat berkata hanya diplanet kita sahaja sehingga tiada terkesan orang disekeliling kita..berjayakah matlamat KAU MAHU DIDEKATI...

 

Atau tunggu sahaja orang yang berubah mengikut rentak kita, nak masuk golongan ini kene berkopiah, nak join golongan ini mesti berdai rambut....bukankah terbantutnya MAHU DIDEKATI ITU TADI..

 

Jika MAHU DIDEKATI pun sukar dicari...bagaimana dengan matlamat kita yang ingin dicapai bersama..

 

Bergerak seiringan memimpin perubahan

ISU PEMBUANGAN KOLEJ MENGHANTUI PELAJAR

Saban tahun mahasiswa/i yang menginap di kolej-kolej sering dimomok-momokkan dengan khabar yang kurang enak didengari..

Isu ini sering dijadikan senjata ampuh bg pihak JAKSA kolej-kolej kediaman di sekitar UKM untuk menggerunkan pelajar first year yang tak ngerti lagi tentang politik kampus yang direncanakan..

Ada antara pelajar yang aktif di kolej kediaman mereka tetapi tidak dapat menjadi tiket untuk mereka kekal terus di kolej tersebut..

Apakah semua ini, mengajar budak yang baru setahun jagung bermain api di medan perang, menguguh tak tentu pasal, memeras tak tentu tempat...ape salah kami

Ingat....setiap perbuatan ada balasan,setiap tindakan disusuli keputusan, jika hari ini kamu buang kami dari kolej..satu hari kamu juga akan dibuang dari dunia ini....berlakulah adil kepada semua...

Bukti nya saudara nazri tahir dari kolej ibu zain yang begitu komited untuk aktif dan membantu JAKSA dalam membangunkan prestasi kolej tersebut..dibuang tanpa apa hujah dan sebab...kesian dia dik...kalau anak kamu dibuat cam tu ape cer beb...

Tak pe bro...hari ni hari di...kite tunggu prk akan datang untuk menghukum kesalahan yang dilakukan keatas rakan-rakan kita...

Bergerak seiringan memimpin perubahan

Tuesday, April 14, 2009

SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM

Kepada rakan-rakan seperjuangan di kampus UKM yang kita cintai ini...saya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester.

Semoga dipermudahkan segala urusan menjawab soalan dalam peperiksaan nanti..
Saya doakan kejayaan anda semua.

Bi taufiq wan najjah...jumpe di puncak jaya..

hafizhuffaz

Sunday, April 5, 2009

CUBE JAWAB SOALAN DIBAWAH YE


1. Nabi Isa lebih mulia daripada Nabi Muhammad, kerana didalam Al-Quran nama Nabi Isa disebut sebanyak 25 kali berbanding Nama Muhammad sebanyak 5 kali ?

2. Manusia dijadikan dari tanah ke air mani, mane yang betul nih ?

3. Poligami menindas kau hawa, betul ke ?

4. Nabi Muhammad seorang pengganas yang suke berperang ?

5. Agama semua mengajak kepada kebaikan, jadi semua agama sama sahaja ?

6. Betul ke manusia mewarisi dose warisan ?

Dan banyak lagi soalan-soalan yang menarik boleh dijawab dengan cara yang menarik...

Rase2 korang, boleh jawab ke soalan diatas,tu baru sikit tu


Tu la, sape SURUH TAK IKUT SEMINAR DAKWAH FARDIYYAH DAN PERBANDINGAN AGAMA YANG DIANJURKAN ISIUKM SEMALAM...


Kan dah rugi ilmu yang bermanfaat, tido lagi kat kolej

Saturday, April 4, 2009

CINTA MAHASISWA SENIOR

Cinta, cinta, cinta…perlukah kite bercinta, demi bahagia, dimana dia, siape punye, untuk siape cinta bahagia….

Satu perkara subjektif yang tidak dijemput kehadirannya, tidak juga terfikir selamanya adakah perlu bercinta, bagaimana, macammana, ape2 je lah….

Saluran ada..cinta ada..siapa ada..tahu ada..nah ape lagi yang difikirkan oleh akal manusia yang hanya mengharapkan cinta Ilahi

Persoalan cinta hati satu subjek sukar untuk ditutorkan, apatah lagi dikuliahkan dengan ungkapan dan perbincangan yang halus dan kompleks.

Pokoknya siapa dia kita punya model untuk dijadikan contoh untuk melayari bahtera..

Bolehkah kita menjadi hamba cinta?

Cinta bagaimana yang ada classnya??

Ternyata mahasiswa hanya pandai bercinta-cinta monyet di fuu 

CINTA ILAHI ADALAH CINTA HAKIKI SETIAP INSAN :-)

Monday, March 30, 2009

Bahang Exam Telah Terase

huh...tu la kau ni 1 year dah sebok2 nak aktif ngan persatuan, aku dah pesan kat kau banyak kali...relekxx dulu, awal lagi nak aktif-aktif pun...kan dah tak cukup tangan nak wat keje pesatuan lagi,kelas lagi,mcm2 la lagi...aku tengok sekarang ni kau pun dah tak terurus la bro..

itulah ucapan yang terpacul dari rakan2 yang menyayangi diri ku yang hina nih...ape boleh buat, dah jadi tanggungjawab tu pikul sume tugas-tugas nih...terutamanya tugas yang ditinggalkan o nabi-nabi terdahulukan...

ape pun, kehidupan mesti diteruskan, ini lah yang akan mematangkan kita dalam kehidupan bro....kelas, kelas la cam biase, persatuan tetap persatuan kan, sape yang dah berkeluarg, berkeluarga la kan...exam, exam la..nak wat cam ne, SUNNATULLAH sume nih, cam ne kite nak maneg timeing kt bagi betul dengan kehidupan realiti kt kan..

kadang-kadang kite je tak sedar yang hari-hari kt dah terbuat keje persatuan secara tak langsung kn...yang kt belaja tu bukan ke kesatuan untuk daulah islamiyyah...kene ade orang yang sebahagiannya pergi perang yang sebahagian yang lain pergi belajar, ape pun, nak cakap kat sini..kalau kite terlibat ngan persatuan, kite dapat bonus untuk mengasuh,mengasah bakat kepimpinan dalam persatuan kan

kite tak sedar ke sehari-hari kite exam dengan Allah, malaikat kiri,kanan tak henti2 perhatikan kite buat exam dalam kehidupan...dah ape nak takut ngan exam dunia ni brooo...kate aktif persatuan poiter jatuh la....pointer tu sape yang bagi...usaha tu sape yang bagi broooo....


sory la tak sempat nak ngadap com betul2...edit ape yang ade je,salam

Saturday, March 21, 2009

DKI V MEMBUKTIKAN KESYUMULAN ISLAM

DKI V MEMBUKTIKAN KESYUMULAN ISLAM

Syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya ISIUKM dengan kerjasama Aman Palestin telah berjaya menganjurkan konsert Dimensi Kesenian Islam KE – 5 pada hari semalam.

Apa yang boleh dikongsi disini, bahawa konsert ini telah membuktikan kesyumulan Islam dalam memberi alternetif kepada program-program hiburan yang menjalar di vasiti kita yang tercinta ini.

Konsert yang di mc kan oleh saudara Amin Idris yang diimport khas dari UIAM itu telah membuka mata hati para pencinta muzik tanah air bahawa konsert ini bukan sekadar dihadir oleh umat islam sahaja malah turut menyertainya ialah orang dari Negara Jepun yang baru sahaja ditanyakan soalan kepadanya oleh bro Amin Idris pada malam tadi.

Hahaha..ape lagi hujah ayang boleh kamu semua berikan yang mengatakan Islam ini jumud, tak bersifat kontemperori dan sebagainya..hari ini kami telah buktikan..berhibur bolehhhhh…

Berhibur boleh, tetapi islam tidak terhenti setakat berhibur sahaja, malah Islam menyediakan elemen2 untuk menyedapkan lagi hiburan tersebut..

Takkan Islam yang selama ini mengajar kita bersifat future view tidak dapat menyelesaikan masalah yang kecil ini…atau kita yang tidak tahu bagaimana berhibur dengan betul kan..fikir2 kan,

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ISIUKM DAN AMAN PALESTIN KERANA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN KONSERT YANG GILANG GEMILANG, KESAN YANG CEMERLANG DAN INSYALLAH TERBILANG INI..

ISLAM 4 ALLL LAH…

Monday, March 16, 2009

ALTERNATIF KEPADA SEMUA KONSERT DI UKM

Konsert Amal Manis V (DKI II)

Anjuran ISIUKM, Dengan kerjasama Aman Palestin, Nasyid Fm dan Pusat Kebudayaan UKM yang akan diadakan pada 21 MAC 2009 jam 8.00 malam di DECTAR UKM, akan menjadi alternatif kepada pencinta-pencinta seni suara terutamanya yang masih mencari-cari muzik yang bercorak mengajak kepada insan kembali menyulan jiwa dengan ketuhanan..konsert ini dirasakan memberi peluang kepada para muda-mudi terutamanya di UKM ini untuk berhibur mengikut lunas-lunas syariat yang ditetapkan, orang lain berhibur juga kan..tetapi tidaklah sampai lupa akan dunia yang dipinjamkan kepada kita nihhh..

Cite banyak tak guna..jom beli tiket yang berharga 6 ringgit shj

Jumpa disana..

Tuesday, March 3, 2009

Ekonomi Menurut Islam

Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap merangkumi segala aspek, termasuklah dari segi menentukan kelakuan ekonomi. Islam mempunyai nilai yang berbeza dari segi menentukan kelakuan ekonomi ini disebabkan islam itu sendiri bermaksud tunduk dan menyerah diri. Segala amalan ekonomi mestilah dirujuk pada perintah Allah s.w.t dari segi hukum halal, haram, wajib, sunat, harus dan makruh. Islam juga melengkapkan sistem ekonominya dengan ciri-ciri akhlak yang unik seperti sifat ikhlas, jujur, amanah, ihsan, sabar, takwa, tidak angkuh, tidak tamak, tidak dengki semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., ini kerana ekonomi Islam ditegakkan berdasarkan peganagan ajaran agama terhadap kehidupan, manusia dan Allah s.w.t. Dapat ditegaskan di sini bahawa ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian demi mendapat keredhaan Allah s.w.t

Muamalat merupakan perhubungan sosial yang mengandungi berbagai-bagai kegiatan ekonomi dan bukan ekonomi, dari segi hubungan dengan kegiatan ekonomi, islam mengatur kegiatan ini dengan peraturan dan prinsip yang unik, ia merupakan had-had Allah s.w.t yang barangkali dapat memberikan kelebihan sistem-sistem ekonomi Islam jika dibandingkan dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Ekonomi Islam dengan sendirinya melibatkan ibadat dan diberi nilai pahala jika mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan baik dari segi memenuhi tuntutan aqidah, akhlak mahupun syariat. Disamping menyentuh soal pemberian pahala yang akan dibawa di ke akhirat kelak ia juga membincangkan konsep hak milik dan kesamaan manusia yang berlandaskan konsep tauhid kepada Allah s.w.t . Konsep tauhid merangkumi hubungan antara manusia dengan penciptanya dan hubungan manusia dengan manusia. Ini dikuatkan lagi dengan konsep rububiyyah kepada Allah s.w.t sebagai penguasa yang membuat peraturan bertujuan menjaga dan menampung kehidupan mahluk kepada kesempuraan. Dalam konteks ekonomi, rububiyyah merupakan peraturan Ilahi bagi menyusun rezeki dan kegiatan ekonomi manusia demi kepentingan yang sebenar. Konsep Tazkiyyah pula memberi kesucian jiwa dan ketinggian akhlak, pembersihan harta adalah melalui zakat dan sedekah dapat memenuhi konsep rububiyyah seterusnya menjadikan pengamalnya terpaut dengan ketiga –tiga konsep yang disebut untuk melahirkan perlakuan yang mereka lakukan terutamanya dalam bidang ekonomi ini sebagai satu tuntutan Ilahi.

CIRI – CIRI EKONOMI ISLAM

Ekonomi Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri berbeza dengan sistem yang diperkenalkan oleh barat yang hanya mementingkan keuntungan menjadi ciri utamanya. Al-Assal dan Abdul Karim mengemukakan dua ciri ekonomi Islam yang penting iaitu merupakan sebahagian daripada sistem kehidupan dan kedua keseimbangan antara kepentingan individu dengan masyarakat. Ciri-ciri yang terdapat dalam Islam itu juga sebenarnya menjadi ciri-ciri ekonomi Islam. Antara ciri-ciri ekonomi Islam ialah :

1. Ekonomi yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah

2. Ekonomi yang merupakan bahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan Islam yang lengkap.

3. Ekonomi yang akan sentiasa menyeimbangkan kepentingan individu dan masyarakat.

4. Kegiatan ekonomi yang bersifat kebendaan tetapi masih bercorak kerohanian

5. Ekonomi yang sentiasa sesuai sepanjang zaman dan masa kerana sifatnya yang tetap dan dinamik

6. Ekonomi yang asas hukumnya ialah Al-Quran dan As-Sunnah.



Saturday, February 28, 2009

Saturday, February 14, 2009

JUNIOR TAPI SENIOR

Buat ape kau nak susah-susah nak sambung belajar, buat pening kepala kau je, umur kau pun dah tua meningkat bauk kau keje je ngan diploma yang kau ade tu lagi bagus pis..
kata arip kawan baik aku.

tu la aku ingat pun cam tu gak, kalau keje dapat simpan duit, boleh beli kereta, rumah dan sebagainya yang aku nak kan, tapiiii hati aku rase mcm tak cukup ilmu lagi la rip.....tengok la kalau ade rezeki sambung la belajar.

demikianlah interaksi antara aku ngan kawan baik aku satu ketika dulu yang konfik same ada nak sambung belajar atau keje lebih baik bagi kami..

tapi ape yang dirancang itu hanya rancangan manusia biasa sahaja, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah kan...

sampailah aku dikurniakan rezeki untuk sambung belajar di bumi yang indah ini, ukm,tapi kat sini status aku pelik la sikit dari orang lain, ini merujuk kepada faktor umur aku yang dianggap senior tapi aku tetap junior di ukm ni...

ape yang aku nak ceritakan, dengan izin ALLah dapat aku mengadap pc computer aku ni (dah lame tak bukak blog ni) akunak kongsi sikit tentang pengorbanan aku untuk cari ilmu, tak kira la ilmu formal (kelas) atau ilmu umum yang lain...

aku bersyukur sangat-sangat sebab ape yang aku nak tu bukan setakat Allah makbulkan malah Dia bagi lebih dari ape yang aku hajati selame ni, rupe-rupenya ALLAH anta aku kat sini (ukm) ini banyak hikmahnya yang boleh aku listkan untuk kite insafi bersame tapi cukuplah aku katakan nikmatnya DAPAT BERSAMA-SAMA MELANGSAIKAN KERJA TAK FORMAL (tak dapat markah pun) DENGAN JEMAAH KAMPUS. wah rase puas, tak menyesal, tak keluh kesal walaupun niat aku pada mulanya ragu-ragu tuk sambung belajar,,,

walaupun aku junior tapi aku tetap senior, jiwaku mesti senior, gayaku mesti senior, tindakanku mesti senior, kataku mesti senior, pemikiranku mesti senior,keputusanku mesti senior, dan semua melibatkan aku mesti senior kalau nak lihat ISLAM UNTUK SEMUA.....