hafiz razak

Sunday, December 7, 2008

Sejarah dan Sirah

Perkataan sejarah dan sirah mengikut makna secara literalnya adalah satu perkataan yang membawa makna yang sama iaitu peristiwa yang telah berlaku, tetapi sejarah adalah perkataan dari bahasa melayu dan sirah pula lahir dari perkataan bahasa arab.
apa yang nak dibawa dan diceritakan disini, ramai manusia di kalangan orang melayu menyalah ertikan makna sebenar sejarah tersebut, malah ada dikalangan pemimpin-pemimpin masyarakat mengaum dengan kuatnya bahawa melayu sudah lupa pada sejarah yang lampau, seolah-olah mereka menganggap ada segelintir orang dikalangan melayu sendiri telah lupa pada sejarah lantaran daripada itu mereka tidak mengenang budi pemimpin pada masa lampau. Tidak ketinggalan juga sesetengah pemimpin mengatakan golongan muda buta sejarah oleh kerana itu mereka tidak menghargai apa yang kita kecapi sekarang. Mereka seolah-olah menyuruh kita mengambil sejarah tersebut secara bulat-bulat tanpa penapisan dari Al-Quran, adakah ini dianggap orang yang khianat pada bangsanya sendiri.
Suka saya lontarkan satu analogi berkaitan dengan sejarah, diambil dari kisah seorang anak dan bapanya yang mana anak tersebut teah dipelihara oleh bapanya sejak kecil dan diberi cukup makan, pakai, tempat tinggal, ilmu dan sebagainya, menjelang dewasa adakan anak itu tidak dianggap bersyukur, lupa daratan, tak mengenang budi dan sebagainya oleh kerana anak tadi mengambil jalan hidup lain dari apa yang diajarkan oleh si bapa tadi, contoh lain : menambah ilmu dari sudut atau sumber lain daripada bapanya, tidak tinggal ditempat yang sama seperti bapanya, adakah ini dianggap tidak mengenang budi, lupa daratan, buta sejarah. Malah bagi penulis ini adalah satu anjakan paradikma yang baik bagi anak tersebut, mengambil sesuatu yang baru tanpa melupakan yang lama dan mengambil iktibar hasil dari sejarah bapanya tadi.
begitulah kita hari ini, sejarah bukalah satu benda yang mesti diikut atau dicanang sana sini untuk membanggakan diri sendiri, apa ada dengan sejarah jika kita tidak mahu mengambil iktibar hasil dari sejarah tersebut..
Ini berbeza dengan sirah, ia adalah sumber dari Allah Taala yang diilhamkan kepada insannya yang terpilih, malah sirah juga wajib diambil iktibar agar hidup ini lebih teratur dan aman sejahtera. penulis teringat satu kisah yang berlaku pada nabi Allah Musa A.s, takkala semasa beliau diasuh oleh firaun laknatullah, beliau cukup benci bangsa qibti yang mana beliau sendiri telah ketahui perangai dan sifat bangsa qibti melalui firaun sendiri. Lalu semasa beliau keluar dari istana firaun belaiu terserempak dengan orang yang sedang bergaduh, pergaduhan tersebut belaku antara seorang yang berbangsa qibti dan seorang berbangsa bani israil, lalu seorang yang berbangsa israil itu memohon pertolongan dari nabi Allah Musa A.s, denagn tidak membuang masa nabi Musa menumbuk orang yang berbangsa Qibti itu sehingga mati hasil dari perasaan yang membuak-buak kebencianya kepada kaum Qibti tersebut.
Ini merupakan contoh sirah nabi Allah Musa yang patut diambil iktibar dan tidaklah disuruh Allah mengikutinya kerana semasa itu nabi Musa belum lagi dilantik menjadi nabi.

Persoalannya, adakah kita hanya mahu mengikuti sejarah yang tidak tahu betul atau salah iktibar dari kejadian itu yang memungkinkan kita mengambil terus tanpa membuat penapisan yang cukup rapi dengan berhujjahkan Al-uran dan As-sunnah...

No comments:

Post a Comment