hafiz razak

Wednesday, December 3, 2008

Btn oh bTN

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana mengizinkan juga penulis menamatkan pengajian utk tahun yang pertama semester pertama dengan jayanya. Final exam yang tamat pada 20 hb nov 2008 utk subjek Maharat qiraat 2008 menjadi penutup tirai bagi sesi semester pertamaku dipergunungan ilmu ukm bangi...terlintas di benak pemikiran penulis, apakah aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan semasa cuti sem selama 5 minggu ni.
Sebelum kami ( penulis dan sahabat2) bercuti, kami telah dimaklumkan oleh pihak pentadbiran universiti supaya mengikuti kem biro tatanegara di Tanjung Rhu Sepang. Terlintas dihati penulis rasa malas, boring nak ikuti kem tersebut sebab dah dengar cite dari abg2 senior kem tu dijadikan medan untuk membasuh, cuci minda kami ni yang katenya berkarat, tak de semangat petriotik dan sebagainya..lebih-lebih lg nak dekat pr kampus yang akan berlangsung dalam bulan 1 tahun 2009, ape lagi mereka gunakan peluang ni habis-habisan.

22 HB 2008

Kami berangkat ke sana dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak ukm. Kami diberi tempat tinggal yang agak selesa dan makanan yang best-best, mcm kene bela la pulak...
kem biro tatanegara tersebut dijadualkan berlangsung selama 3 hari seningga 25 hb. penulis dan sahabat2 terpaksa mengikhlaskan niat untuk datang ke kem tersebut. untuk hari pertama tidak banyak program yang dijalankan memandangkan kami baru sahaja tiba cuma berlaku sesi pendaftaran dan taklimat program sahaja di sebelah malam.

23 HB 2008

Hari ini kami diarahkan mendengar ceramah 1 berkaitan dengan sejarah tanah melayu, penceramahnya juga bekas pelajar ukm, ni yang nak cerita..entah ape2 punye ceramah la yang diberikan, pada permulaannya not bad la, menceritakan tentang sejarah tanah melayu, perjuangan tokoh-tokoh yang terdahulu dan banyak lagi berisukan Malaysia yang tercinta..tetapi bab ending ceramah tu yang tak best, penceramah mengambil kesempatan untuk memghentam tokoh-tokoh dari pihak pembangkang dengan melabelkan sebagai ancaman kepada negara, terutamanya Anwar Ibrahim..dan banyak la isu-isu berkaitan rasuah, ISA, keselamatan Negara, negara islam, orang melayu dan sebagainya disambut oleh penceramah yang seterusnya..bukan main lagi, dengan berhujah menggunakan ayat-ayat Al-Quran semata-mata untuk menegakan hujjah-hujjah korap mereka. Penulis yakin dan percaya kepada sahabat2 yang faham secara mendalam akan perjuangan yang hakiki, tetapi penulis amat bimbang dengan rakan-rakan yang tidak kuat fahamanya dan pendirianya boleh terpengaruh dengan fakta-fakta yang bohong dan tidak releven semat-mata untuk mengaburi mata kita.

No comments:

Post a Comment