hafiz razak

Sunday, December 7, 2008

Sejarah dan Sirah

Perkataan sejarah dan sirah mengikut makna secara literalnya adalah satu perkataan yang membawa makna yang sama iaitu peristiwa yang telah berlaku, tetapi sejarah adalah perkataan dari bahasa melayu dan sirah pula lahir dari perkataan bahasa arab.
apa yang nak dibawa dan diceritakan disini, ramai manusia di kalangan orang melayu menyalah ertikan makna sebenar sejarah tersebut, malah ada dikalangan pemimpin-pemimpin masyarakat mengaum dengan kuatnya bahawa melayu sudah lupa pada sejarah yang lampau, seolah-olah mereka menganggap ada segelintir orang dikalangan melayu sendiri telah lupa pada sejarah lantaran daripada itu mereka tidak mengenang budi pemimpin pada masa lampau. Tidak ketinggalan juga sesetengah pemimpin mengatakan golongan muda buta sejarah oleh kerana itu mereka tidak menghargai apa yang kita kecapi sekarang. Mereka seolah-olah menyuruh kita mengambil sejarah tersebut secara bulat-bulat tanpa penapisan dari Al-Quran, adakah ini dianggap orang yang khianat pada bangsanya sendiri.
Suka saya lontarkan satu analogi berkaitan dengan sejarah, diambil dari kisah seorang anak dan bapanya yang mana anak tersebut teah dipelihara oleh bapanya sejak kecil dan diberi cukup makan, pakai, tempat tinggal, ilmu dan sebagainya, menjelang dewasa adakan anak itu tidak dianggap bersyukur, lupa daratan, tak mengenang budi dan sebagainya oleh kerana anak tadi mengambil jalan hidup lain dari apa yang diajarkan oleh si bapa tadi, contoh lain : menambah ilmu dari sudut atau sumber lain daripada bapanya, tidak tinggal ditempat yang sama seperti bapanya, adakah ini dianggap tidak mengenang budi, lupa daratan, buta sejarah. Malah bagi penulis ini adalah satu anjakan paradikma yang baik bagi anak tersebut, mengambil sesuatu yang baru tanpa melupakan yang lama dan mengambil iktibar hasil dari sejarah bapanya tadi.
begitulah kita hari ini, sejarah bukalah satu benda yang mesti diikut atau dicanang sana sini untuk membanggakan diri sendiri, apa ada dengan sejarah jika kita tidak mahu mengambil iktibar hasil dari sejarah tersebut..
Ini berbeza dengan sirah, ia adalah sumber dari Allah Taala yang diilhamkan kepada insannya yang terpilih, malah sirah juga wajib diambil iktibar agar hidup ini lebih teratur dan aman sejahtera. penulis teringat satu kisah yang berlaku pada nabi Allah Musa A.s, takkala semasa beliau diasuh oleh firaun laknatullah, beliau cukup benci bangsa qibti yang mana beliau sendiri telah ketahui perangai dan sifat bangsa qibti melalui firaun sendiri. Lalu semasa beliau keluar dari istana firaun belaiu terserempak dengan orang yang sedang bergaduh, pergaduhan tersebut belaku antara seorang yang berbangsa qibti dan seorang berbangsa bani israil, lalu seorang yang berbangsa israil itu memohon pertolongan dari nabi Allah Musa A.s, denagn tidak membuang masa nabi Musa menumbuk orang yang berbangsa Qibti itu sehingga mati hasil dari perasaan yang membuak-buak kebencianya kepada kaum Qibti tersebut.
Ini merupakan contoh sirah nabi Allah Musa yang patut diambil iktibar dan tidaklah disuruh Allah mengikutinya kerana semasa itu nabi Musa belum lagi dilantik menjadi nabi.

Persoalannya, adakah kita hanya mahu mengikuti sejarah yang tidak tahu betul atau salah iktibar dari kejadian itu yang memungkinkan kita mengambil terus tanpa membuat penapisan yang cukup rapi dengan berhujjahkan Al-uran dan As-sunnah...

Saturday, December 6, 2008

Perlembagaan Malaysia

Dalam perlembagaan malaysia perkara ke 160(2) mentafsirkan bahawa pengertian orang melayu itu ialah :

1. beragama islam
2. bertutur dengan bahasa malayu
3. mengamalkan adat istiadat melayu

tetapi apa yang dilaporkan dari akhbar siasah lebih 64503 orang melayu tidak beragama islam, malah mereka menganut agama kristian, buddha, hindu, confucius dan ada melayu yang tidak beragama. adakah perkara 160 (2) termaktub dalam perlembagaan jika kita negara kita ini masih releven untuk mentafsirkan pengertian melayu itu sendiri...semakin ramai melayu yang murtad meninggalkan agama islam adakah anda masih lagi menunggu dan terus menunggu perkara ini berlaku tanpa penyelesaian, sayanglah jika hanya pandai melaungkan HIDUP MELAYU, sedangkan kampung yang dibina tergadai dan diracik-racik oleh orang lain, kita hanya pandai mencium keris membuktikan kitalah pejuang Melayu yang tulin, ttp perkara ini pun kita tidak dapat nak settlekan..

MELAYU maju dan mulia jika ISLAM dijadikan PANDUAN hidup

Wednesday, December 3, 2008

Btn oh bTN

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana mengizinkan juga penulis menamatkan pengajian utk tahun yang pertama semester pertama dengan jayanya. Final exam yang tamat pada 20 hb nov 2008 utk subjek Maharat qiraat 2008 menjadi penutup tirai bagi sesi semester pertamaku dipergunungan ilmu ukm bangi...terlintas di benak pemikiran penulis, apakah aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan semasa cuti sem selama 5 minggu ni.
Sebelum kami ( penulis dan sahabat2) bercuti, kami telah dimaklumkan oleh pihak pentadbiran universiti supaya mengikuti kem biro tatanegara di Tanjung Rhu Sepang. Terlintas dihati penulis rasa malas, boring nak ikuti kem tersebut sebab dah dengar cite dari abg2 senior kem tu dijadikan medan untuk membasuh, cuci minda kami ni yang katenya berkarat, tak de semangat petriotik dan sebagainya..lebih-lebih lg nak dekat pr kampus yang akan berlangsung dalam bulan 1 tahun 2009, ape lagi mereka gunakan peluang ni habis-habisan.

22 HB 2008

Kami berangkat ke sana dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak ukm. Kami diberi tempat tinggal yang agak selesa dan makanan yang best-best, mcm kene bela la pulak...
kem biro tatanegara tersebut dijadualkan berlangsung selama 3 hari seningga 25 hb. penulis dan sahabat2 terpaksa mengikhlaskan niat untuk datang ke kem tersebut. untuk hari pertama tidak banyak program yang dijalankan memandangkan kami baru sahaja tiba cuma berlaku sesi pendaftaran dan taklimat program sahaja di sebelah malam.

23 HB 2008

Hari ini kami diarahkan mendengar ceramah 1 berkaitan dengan sejarah tanah melayu, penceramahnya juga bekas pelajar ukm, ni yang nak cerita..entah ape2 punye ceramah la yang diberikan, pada permulaannya not bad la, menceritakan tentang sejarah tanah melayu, perjuangan tokoh-tokoh yang terdahulu dan banyak lagi berisukan Malaysia yang tercinta..tetapi bab ending ceramah tu yang tak best, penceramah mengambil kesempatan untuk memghentam tokoh-tokoh dari pihak pembangkang dengan melabelkan sebagai ancaman kepada negara, terutamanya Anwar Ibrahim..dan banyak la isu-isu berkaitan rasuah, ISA, keselamatan Negara, negara islam, orang melayu dan sebagainya disambut oleh penceramah yang seterusnya..bukan main lagi, dengan berhujah menggunakan ayat-ayat Al-Quran semata-mata untuk menegakan hujjah-hujjah korap mereka. Penulis yakin dan percaya kepada sahabat2 yang faham secara mendalam akan perjuangan yang hakiki, tetapi penulis amat bimbang dengan rakan-rakan yang tidak kuat fahamanya dan pendirianya boleh terpengaruh dengan fakta-fakta yang bohong dan tidak releven semat-mata untuk mengaburi mata kita.